Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI
December 24, 2021December 24, 2021

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI tonton online episod akhir happy ending!

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini
1.1 Kerana Dendam, harta!
1.2 Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini
1.3 Haira terpaksa! Maafkan Haira
1.3.1 Watak Pelakon Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI
1.4 Related posts:
2 Alahai ...!! Cantik nya SCRUMMY RESTAURANT & CAFE
3 Sinopsis Drama SCAMMER Astro
4 Roti Telur Mayonnaise | Menu mudah, ringkas buat anak
5 Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Nama Intan Najuwa cukup femes, tidak dinafikan Nina suka tonton lakonan beliau. Santai bersahaja! Senang citer sampai laaa lakonan dia pada penonton. Paling suka seronok tonton masa Intan bergandingan dengan Redza Rosli dalam Drama Tak Sempurna Mencintaimu . Jadi budak kampung pun masuk lakonannya sebab dah biasa sebelum ni tengok dia jadi anak orang kaya je..

Kali ni terkini slot Samrindra , Intan Najuwa bergandingan Idris Khan dalam Drama Saat Kau Takluk Hati Ini, kita tunggu chemistry mereka! Onz ke tak onz . . .

Okies, Nina dah tonton beberapa episod dan nampak menarik jalan cerita nya tambahan lagi barisan pelakon pun best best! Sebab best laa Nina spend time share ngan kroang sinopsis drama Saat Kau Takluk Cinta Ini. Jommm baca!

Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini

Mengisahkan Haira Melissa (Intan Najuwa)  telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya Kamelia (Wafariena Roslan) . Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. (Idris Khan)

Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah (Wan Maimunah) telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Kerana Dendam, harta!

Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril (Syazwan Zukifly) mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Semua kerana harta!

Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya. Cara Rahhal melayan ibunya yang terlantar sakit, ketabahan Rahhal serta semangatnya ingin bangkit dan berjaya membuatkan hati Haira mula cair dan bibit rasa sayang pada Rahhal.

Khadijah (Shakilla Koriri) gadis kampung yang mencintai Rahhal rasa kecewa dengan kedatangan Haira di kampungnya. Fakhril amat sukakan Khadijah namun pinangannya di tolak.  Bertambah dendam dan amarah Fakhril pada Rahhal. Dia sanggup melakukan apa saja untuk memisahkan mereka berdua.

Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi.  Adakah rahsia nya akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?
Alamak! Haira ni ada niat jahat ke? Sampai hati dia mempermainkan cinta Rahhal. Benar kah atau sebaliknya ..

Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhianatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Haira terpaksa! Maafkan Haira

Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.

Rahhal memutuskan untuk berhenti menyintai namun Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Dalam Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

Drama adaptasi novel ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ karya Sara Hezra akan mengisi slot Samarinda TV3 bermula 20 Disember 2021. Menampilkan gandingan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd, diarahkan oleh Zamri Zakaria, nukilan skrip oleh Eja Lorena. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Saat Kau Takluk Cinta Ini
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 20 Disember 2021
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Novel: Sara Hezra
Penulis Skrip: Eja Lorena
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd

Watak Pelakon Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
Wafariena Roslan sebagai Kamelia
Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
Farhan Asri sebagai Rafael
Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
Edika Yusof sebagai Dato Zhar
Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
Qazem Nor sebagai Hamad
Raja Baizura sebagai Puan Sally
Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
Raja Azmi sebagai Mak Jah
Ariell Izz sebagai Faizal
Asyiqin Zaed sebagai Nelly
Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya
Sri Idrina sebagai Ezaty
Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan
Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi

Lagu Tema (OST)
Takluk Cinta – Hafiz Suip
Takdir – Aliff Iskandar
Hebatnya Rasa Bercinta – Lakaa Idris

Jeng jeng jenggg … Banyak lagi konflik kekeluargaan yang bakal terbongkar! Buat yang dah baca novel, memang best jalan cerita nya dan adakah ending akan sama seperti drama? Mmmm…

Okies, buat yang terlepas tayangan dont worries. Korang masih boleh layan di Tonton Online Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI www.iq.com  Selamat menonton!

Related posts:

Alahai ...!! Cantik nya SCRUMMY RESTAURANT & CAFE

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Roti Telur Mayonnaise | Menu mudah, ringkas buat anak

Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Drama Movie Lifestyle Review Drama 10pmFull Episod hingga AkhirFull SinopsisIdris KhanIntan NajuwaiQIYISamarinda TV3Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INISyazwan ZulkiflyTonton Drama Onlinetonton OnlineWan Maimunah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. David Walter says:
    December 29, 2021 at 7:52 pm

    Such a nice post it was. Thanks a lot for sharing it!

    Reply
  2. E. Wanrun says:
    September 20, 2023 at 3:43 pm

    I read this post post is so nice and very informative post thanks for sharing this post,

    Reply
  3. Jack Daniel says:
    November 23, 2023 at 12:42 pm

    That was really a great Article Thanks for sharing information. Continue doing this.

    Reply
  4. Boaz Wright says:
    November 23, 2023 at 12:49 pm

    thanks for taking time to create a helpful article

    Reply
  5. deyuetech says:
    December 7, 2023 at 6:16 pm

    Thank you so much for this! It was so beautiful.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes