Cara Masak Resipi PASTA CARBONARA Paling Mudah

Senang jerrr . . . Masak PASTA CARBONARA guna Susu Segar lagi sedap berkhasiat

Sapa anak dia suka makan Pasta Carbonara?
Tapi  . . . Rasanya bukan anak-anak jer suka, MakPak pun suka gak kann? Andai dihidangkan depan mata, sapa pun tak akan menolaknya. Menu yang lemak berkrim, lagi menyedapkan adalah cheese nya! Setuju kann?

Nina kalau masak Pasta Carbonara selalu pakai Susu Segar atau Susu UHT untuk kuah.  Tak mo citer sos instant tuu sebab Nina memang jarang sekali Nina pakai instant kat rumah ni melainkan keadaan terpaksa.

Contohnya kalau travel ker atau dapat gift . Yelah… Kadang tu ada promosi, beli pasta ker spaghetti ker akan dapat sebotol sos instant. Dah ada pakai laaa kan, takkan nak buang. Tak baekkk buang, amalan syaitonnnn kann.

Cara Masak Resipi PASTA CARBONARA Paling Mudah

Actually masak ni ikut suka jer, tak de yang salah pun walau apa pun cara.  Kalau ikut omputeh, macam ni Step by step cara masak Pasta Carbonara  yang betul  dan paling senang mudah sihat.  Tapi kadang kalau malas, Nina buh terus susu lepas tumis dan masuk bahan rencah. Pekatkan kuah Nina buh bancuhan air tepung jagung. Memana style pun ok jer .. . Kita yang nak makan kannn..??

Kali ni Nina share style Nina yang paling mudah senang dan sihat. Bahan rencah ikut korang nak letak apa contohnya ayam, daging, udang, seafood lain, sausage, carrots, brokoli, jagung atau apa-apa laaa.. Lebih pentingkan apa yang suka makan.  . Tak makan tak yah letak. Idok ler membazir.

Macam ayam daging tu, sebaiknya yang fresh tapi kalau tak de beli yang dah kisar pun ok.  Kadang nak cepat, Nina pakai aje daging burger. Potong dadu, goreng dulu, letak last.

Part pekatkan kuah tu kalau  korang tak mo letak air tepung jagung, Nina selalu gak buh oats sebagai agen pemekat kuah. Nak cepatkan tempoh masak kuah tu , korang kasi blend halus Oats tu dulu eh..

Banyak cara kann? Pepandai laaa korang try an error tengok  hasil yang mana jadi kegemaran family dan paling penting ianya mudah senang cepat korang nak masak.

Kebetulan mood Nina rajin, Nina sharekan video tutorial masak style Nina. Sudi laaa tonton eh . . .

Cara Masak PASTA CARBONARA PALING MUDAH

Bahan-bahan
1 paket pasta **
Sedikit garam **
Sedikit minyak **

*** masak air hingga mendidihkan, masukkan sedikit garam dan pasta. Masak sehingga pasta lembut. Toskan dan renjiskan sedikit minyak dan gaul rata. Fungsi minyak agar pasta tak melekat antara satu sama lain.

Cara Masak PASTA CARBONARA Paling Mudah

Bahan-bahan
1 biji bawang besar/holand – dipotong dadu (Kot rajin nak tumbuk pun ok)
3 ulas bawang putih – diketuk hiris halus
1 litter susu segar
1 atau 2  sudu besar mix herb
1 tin mushroom – hiris nipis
3 ke 4 keping burger ayam – potong dadu  atau ayam kisar
½ pack sausage ( dalam 4 – 5 batang sausage)
5- 7 keping cheese slice
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1- Panaskan minyak sedikit goreng burger hingga sedikit garing, pastu ketepikan
2- Pastu tumis bawang holand dan bawang putih hingga keemasan
3- Kemudian bahan rencah lain seperti mushroom, sausage dan mixed herbs
4- Dah masak, masukkan susu. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese! Kacau rata.
5- Pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung atau oats. Kepekatan kuah mengikut citarasa korang.  Pastu buh garam secukup rasa.
6- Siap dan curahkan kat atas pasta. Nak lagi sedap, lebih cheezyy  taburkan parutan cheese! Sedia dihidangkan. Wallaaaa..!!

Selamat mencuba

Pasta Carbonara ni kalau melayu ramai panggil Pasta Kuah Putih Berkrim. Menu mudah ni kegemaran kanak-kanak. Sapa anaknya  tak suka makan tu korang try laa masakkan pasta kuah putih gini.  Jarang sekali anak yang tolak menu ni. Creamy Sause kata omputeh!

Cuba : Resipi Pasta Kuah Putih Berkrim Tanpa Tepung Jagung

Camner lak cara korang masak Pasta Carbonara? Meh laaa share ngan Nina, manalah tahu kot lagi mudah cepat sedap! Boleh laaa Nina try . . .

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
15 Comments
  • Lilly Kan
    Posted at 16:06h, 25 October Reply

    Look so good & the recipe is so easy to follow. Oh yes, milk is one of the important ingredients to cooking super creamy carbonara. Bet your family enjoy this wholesome pasta dish with fresh milk.

  • Muhammad Naim Abdullah
    Posted at 20:26h, 25 October Reply

    Wah melihat gambar pun dah terliur sudah. haha. Terima kasih kak sudi share resipi yang bagi Naim nampak sedap. Lepas ini boleh Naim mencuba untuk masak dan makan. hehe

  • ziana eunos
    Posted at 21:08h, 25 October Reply

    teringin nak makan.. dah lama tak buat ni.. terliur nak makan lagi hehe

  • budak bandung laici
    Posted at 21:39h, 25 October Reply

    simple tapi nampak menyelerakan betul. setuju sangat kalu guna susu fresh kuah carbona lebih sedap. tak muak la orang cakap

  • Fas
    Posted at 08:12h, 26 October Reply

    Pasta pasta ni sis tak berapa nak makan. Ini makanan kesukaan anak anak gen Y sekarang… ibu ibu muda harus belajar

  • Liez
    Posted at 09:32h, 26 October Reply

    Sedapnya tgk pasta time2 lapar ni.. tapi mmg sedap buat pakai susu segar sbb rs dia light sikit. Dan boleh kata sihat la jugak. Nnt nak cuba resepi ni lah

  • Nadia johari
    Posted at 10:00h, 26 October Reply

    Memang sedap makan ni.. Lagi kalau buat kuah dia creamer gitu.. Nad dengan anak-anak suka.. Husbnd kureng.. Heehhe.. Nanti nak cubala.. Tengok sedp pulak kak nina buat

  • Marina
    Posted at 10:16h, 26 October Reply

    Senangnye masak carbonara ni. Lagi senang dan sedap ye guna susu farmhouse freshmilk

  • Mimi Azirah
    Posted at 12:02h, 26 October Reply

    Memnag sennag dna mudah cara nak masak pasta ni. Nak nak resipi kak nina ni nampak menyeleakan. Nanti nak teylah. Thanks kak nina share resipi. Favourite saya kena lah cuba

  • Mat Drat
    Posted at 13:55h, 26 October Reply

    Thank you share resepi ni. Nampak menjadi Dan sedap. Boleh dijadikan rujukan sape sape yg Cari resepi ni

  • Jiashinlee
    Posted at 19:54h, 26 October Reply

    Yummy sedapnye I love this dish, Cabonara is rich and creamy and its the dish my entire family likes.

  • Mekyunie
    Posted at 14:22h, 29 October Reply

    Mudah sangat tu kan. Cuma mek sendiri tak pernah masak pasta untuk anak anak. Tak tahu diaorang okei ke tak dengan menu ni. So dengan ada resepi mudah ni boleh lah mek cuba. Thankyou nina.

  • Mama Kembar Tiga
    Posted at 10:23h, 31 October Reply

    Nak try buat gak lah, anak anak I memang suka sangat makan pasta carbonara ni

  • Wan Syahida
    Posted at 08:51h, 13 November Reply

    Nampak sedap, senang dimasak dan yang penting cepat je cara memasaknya. Boleh la rehat lebih dan luangkan masa lebih dgn anak2 pula.. saya pun suka macam ni sekali-sekala..

  • tekkaus
    Posted at 15:46h, 01 January Reply

    Wow looks like really good. Didn’t know you can use fresh milk to cook pasta. That is something new.

Post A Comment

Follow by Email
Instagram