SAFI RANIA GOLD REVIEW dari Nina. Bila dah berusia pasti nya kita akan mula tukar skincare produk anti penuaan atau puteh kata anti aging . Nina tidak terkecuali.. Cari jugak produk yang pudarkan jeragat, pigmentasi, kedutan dan seangkatan dengannya. Korang pun sama ke? Jom sambung
Alhamdulillah … Sedar tak sedar rupa-rupanya hujung tahun ni umur Nina masuk 4 series! Oh my oh my…!!
Macam tak percaya jer. Nak suka ker, nak teriak nangis ni?!? Hurmm… Confius lak tetiba. Yelah, rasa macam baru jer celebrate sweet 17 gitu. Korang tengok muka Nina masih sweet 17th kannn..?? Hahaaa… Ok Perasan tak sudah Abaikan
Happy Birthday to me! Dah 40 tahun
Bila usia dah semakin meningkat, cerewet Nina perihal penjagaan wajah semakin menjadi-jadi. Sapa tak risau weyy… Risau bab kedutan halus mula ada kat sekitar muka ni, kalau zoom memang boleh nampak! Dah dahh … Haishh… jangan lak korang cari gambar Nina pi telek muka Nina lak! Parah parah …
Dan lagi … Bila hampirnya 4 series ni, lebih risau munculnya nanti jeragat laaa, pigmentasi laaa, warna tidak sekata laaa. Haishh … Apa lagi eh?
Buat masa sekarang ni, Alhamdulillah keburukkan tu tak muncul lagi, tapi risau laa kan… Kalau artis banyak duit, tak payah lah risau. Pegi aje klinik dok cucuk botox sana sini. Settel hilang kedutan wajah sekelip mata! Kann…?? #Botoxharam
Memandangkan Nina bukan artis sedar diri maka pilihan skincare Nina lebih pada yang memberi kesan lebih berganda tanpa perlu cucuk botox tapi ada gak sikit nama ‘tox’ iatu BEETOX Technology. Aduduuu… Nak gak asal ada bunyi TOX. Hahaa.. Apa tu..??
Ahaa… nak share ngan korang, SAFI RANIA GOLD memperbaharui rangkaian mereka dengan memformulasikan BEETOX Technology dalam set SAFI RANIA GOLD yang terkini. Produk SAFI ni sememangnya diyakini HALAL dan jenama yang dipercayai. Nina sendiri pengguna SAFI. Kali ni sebab umur dah meningkat, Nina cuba lak set GOLD terkini yang ada BEETOX Technology.
Kalau korang rasa aapa yang Nina rasa sekarang rasa TUA daaa tentu korang kemaruk nak pakai skincare yang lebih khasiat dan kesan yang lebih dari biasa! Kannn…?? hehee…
Safi Rania Gold Beetox Technology ni lebih advance dengan formulasi dan khasiat dan kesan berganda. Sesuai laaa tuk usia macam Nina ni. Korang yang umur 30-an pun dah boleh mula pakai SAFI RANIA GOLD Beetox Technology ni. Meh tengok apa kelebihannya :-
Kelebihan Safi Rania Gold Beetox Technology
- Royal Jelly
jMewah dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk merangsang pembaharuan kolagen dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya. Amboi..!! Nampak sangat bila berusia ni kulit pun mudah stress. Huhuu . . . - Madu
pelembap semulajadi yang bertindak menghalus dan melembutkan kulit serta mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit wajah - Propolis
Bertugas sebagai Anti-Oksidan semulajadi yang melawan radikal bebas dan mencegah penuaan awal. Sila kulit : lambat tua yaa… hehee - Bee Venom
Bertindak menegang dan menganjalkan kulit agar kekal remaja gitu …
Emas = Gold memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Korang tau tak Gold 24K ni punya banyak kelebihan untuk kulit wajah kita. Bukan emas 916 tuu tau! Jangan lak korang pi gosok gelang tangan emas, cincin, rantai emas korang kat muka lak… Ayoo Amaa Apaa.. Jangan ehh! Haha…
Safi Rania Gold diformulasikan dengan khasiat dan kelebihan Bio Nano Gold 24K. Bukan emas 916 yang Mummy Penang dok penuhkan kat tangan depa tuu tau! Ini Bio Gold 24K. Faham naaa…
Ok, Nina share sini ngan korang kelebihan Bio Nano Gold 24K
Kelebihan Bio Nano Gold 24K
- Mampu meresap hingga lapisan dermis
- Merangsang penghasilan kolagen
- Menganjal dan menghaluskan kulit
- Mengurangkan garis halus dan kedutan
Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser
- Diformulasikan dengan Micro-Foam dan Anti-Oksidan dan membersih dengan menyeluruh
- Buih yang lembut, mewah dan berkrim
- Mampu membersihkan makeup
- Tekstur lembut, halus, creamy dan wangi
Nina suka Pembersih Wajah Safi Rania Gold ni sebab ianya pekat! Jimat sangat. Bab jimat-jimat gini memang mak mak suka! hehe . . . Pakai sikit pun dah cukup. Buihnya mewah dan banyakkk.. Lepas bilas, tak mengeringkan kulit, terasa lembab. Wangi lak tuu
Safi Rania Gold Youthful Gold Essence
- Diformulasikan dengan Bio Nano Gold 24K, Gold Flake 24K dan Protein Sutera
- Kuasa melembab sehingga 24 jam yang bagus dengan Hyaluronic Acid
- Jadikan kulit lembab, licin
Esen ni tekstur nya ringan sangat dan tidak melekit. Macam air, sejuk jer tatkala sapu kat muka. . Pastu kat esen ni ada kepingan emas. Korang jangan lak pi asingkan kepingan tu pastu jual lak! Hahaa…
Sapu jer semua kat muka. Sikit pun dah cukup. Kepingan emas tu akan cair meresap dalam kulit korang saat korang sapu esen ni kat wajah korang. Emas tuu lah yang memberi khasiat dan manfaat tuk kulit korang. lepas sapuan, korang akan rasa muka korang fresh jer…
Safi Rania Gold Youthful Elixir Eliksir
SAFI RANIA GOLD BEETOX ELIKSIR Kesan Lebih Berganda
- Membantu mengurangkan tanda penuaan, jeragat, pigmentasi, parut jerawat, UV spot
Ini yang penting ni…Korang pakai Elixir ni sebelum pakai serum. Ianya bertindak melambatkan proses tanda penuaan sebanyak 3X! Dalam ni ada Beetox, Nano Hold 24K dan Vitamin C yang meningkatkan keanjalan, merawat lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan. Kulit korang yang ada masalah, bagus cuba ni..!!
Korang akan perasan cairan ni macam ada layer. Tuu kan layer propolis dan beetox. Kombinasi kedua tu lah yang penting untuk kulit wajah terus remaja gitu.
Sebelum pakai Eliksir ni korang kena gongcangkan dulu. Bagi propolis dan beetox tu sebati. Pastu baru titiskan kat muka. Sapu rata. teksturnya ringan, mudah serap, sejuk dan tak melekit…
Safi Rania Gold Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR
- Melembabkan kulit
- Melindungi kukit dari Sinar UV, UVB
- SPF25PA++IR
- bertindak menganjalkan kulit agar kekal remaja
Memang wajib tuk Nina pakai day cream. Terutama sekali Nina akan pastikan ianya ada SPF. Sejak sekolah memang ini paling Nina titik beratkan. Kenapa? Sebab UV bahaya untuk kulit muka kita. Tanpa pelindung UV iatu SPF – punca jeragat akan muncul bila kulit muka kita tak de pelingdung SPF. Walaupun korang jenis dok berkurung rumah! Alhamdulillah, sampai la ni muka Nina masih flawless tanpa sebarang jeragat. Chewah … Puji diri sendiri .
Krim pelembap Safi Rania Gold Beetox Technology ni ringan, tidak melekit lepas sapuan dan cepat meresap. Lepas dah sapu day cream baru lah yakin keluar menjalankan sebarang aktiviti.
Nak beli kat mana?
Ok.. Poyo sangat soalan ni weyyy… Haha.. Rangkaian produk SAFI ni mana-mana ada. Boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Senang jer nak beli. Kedai runcit, kedai acheh, kedai ubat, kedai sensei ada. Merata hado! Korang pi usha aje…
Bab harga .. Semamangnya SAFI ni mampu beli tuk semua golongan. Harga yang berpatutan!
Review Nina
So far, Nina memang pengguna rangkain SAFI OXYWHITE sebelum ni. Memang tak de sebarang alahan, kemerahan, nak jerawat ke, gatal-gatal ke… Tak de! Alhamdullilah sesuai ngan Nina. Bila guna yang ada Beetox Technology ni, memang lagi berganda kesannya dan Nina suka!
Paling suka serum dan Eliksir. Nina memang belum pernah pakai serum. Eliksir ni lak benda baru gak buat Nina. Best laa pakai. ..
SAFI RANIA GOLD Terbaik! Wajib cuba
Yakin dengan produk SAFI sebab disahkan HALAL dan selamat digunakan. Sejak zaman Nina sekolah kot produk ni dah ada kat pasaran. Kot korang nak tau lebih lanjut , korang pi usha mentelaah kat
Web : www.safi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia
Tips kecantikan awet muda
Ok sikit tips kecantikan dari Nina yang tak berapa cantik tapi comey. Ok perasan! HAhaa
Wajib pakai sunscreen. Ya setiap hari. Nina dah share Review Sunscreen muka paling bagus best terbaik murah yang Nina dok pakai selama ni.
Ya dok rumah pun wajib pakai sunscreen.
Sebab dok dalam rumah pun tempias kena cahaya matahari kann? Bahaya Sinar UV ni tau, teruk nya bukan biasa-biasa. Lain laa kot ada yang menetap dalam gua. Hidup dalam kegelapan. Oh no kesian.
Ppsstttt >>>>> Disember ni Birthday Nina korang janganlah acah-acah lupa lak kasi hadiah tuk Nina. hehe… Alah.. Nina bukannya materealistik, tak payah hadiah mewah-mewah pun.. Korang sudi sedekahkan tuk Nina DOA yang baik-baik pun dah cukup mahal hadiah tuk Nina. Jangan lupa tau! Sayang korang . . . Muahhxx!! 🙂
Dulu pernah pakai semua dari pencuci sampai pelembab safi rania gold, sekarang pakai dua saja, toner dan krim kontur mata. Produk ni memang bagus!
makin lawa la kak nina comey ni hehhehee
Produk Safi antara kegemaran cik Isteri. Hubby wajib tolong belikan dan tolong bayor. Ha ha.
Oh, cantiknya kalau pakai Safi Rania ni serupa Che Ta dan Nora Danish pulak
lisa pun pakai.. bestt wooo
Lagi nampak muda remaja la kak nina lepas nie. Migha nak masuk 30 nie pun rasanya dah kena start pakai..
Menarik botol dia..suka tengok serum dia tu
Packaging lawa, nampak eksklusif
pakai Safi sejak dulu.hehe
tertarik dengan Safi Rania Gold Youthful Gold Essence tu..sebab gold dia tu
xpernah nmpk packaging box glitter mcm ni..mana ya beli? nak jugak
Farhana, cantik kannn box ni
kelmarin Nina pi Mydin ada nampak box sama macam Nina punya ni
Wahh,Kat Mana bleh dpt box glitter Ni???tgk lat Watson xde la plak
Syuhada, kelmarin Nina pi Mydin ada nampak box sama macam Nina punya ni
Salam pakai safi rania gold niii ade kesan sampingan ke kak..sbb sy pkai serum dgn krim malam muka saya byk naik jerawat..ke ia mmg begitu mula2 pakai??
Salam Intan,
Kak nina pakai tak de alahan. Kemungkinan tak sesuai ngan intan kot … Sebaiknya refer doktor dan stop dulu pakai buat masa ni sampai pulih.
salam…yang ni sama kes dgn saya… tapi saya lepas pakai pembersih wajah hari tu muka habis gatal2,rupanya saya baru teringat, sebelum bertukar produk kulit kita kena rest dulu 4-5 hari… lepas seminggu tak pakai pembersih muka, saya start pakai produk safi rania gold. dan Alhamdulillah.. hihi 😉
Salam kak intan, antara esen emas dgn eliksir tu nak pakai yg mana 1 dulu yea?