Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Review BEAUTEA by SAFI
October 4, 2019November 30, 2021

Dah cuba BEAUTEA by SAFI. Paling BEST Nina suka . . . .

BEAUTEA by SAFI Dengan 100% Ekstrak Teh Premium

Isi Kandungan hide
1 Pencuci muka apa BEST yang korang pakai?
2 BEAUTEA by SAFI berasaskan estrak TEA 100%
2.1 Beautea By Safi ni mempunyai 4 variasi iaitu Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose Apricot Tea Revitalising Face Scrub Green Tea & Neem Anti Acne Gel Clenser Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser
3 BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose
4 BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem
5 BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid
6 BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea
7 Yang mana paling Nina suka?
7.1 Harga RM23.20 (150g)
8 Related posts:
9 TUGAS SURI RUMAH - Sakit, Perlukah MC untuk Surirumah?
10 Wahh... Bestnya! Makan makan makan... Pastu redeem FREE FOOD di Paradigm Mall PJ
11 Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang
12 Wahh … !! Dah join ke PG Mall NESTLE TOP SPENDER CONTEST? Lumayan weyhh

Cuci muka! Penting … Kenapa kena cuci muka? Tentu laaa sebab nak bersihkan muka dari sebarang kekotoran kannn? 

Punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadi penyumbang kepada masalah kulit kusam, bintik hitam dan masalah penuaan pramatang.

Pastu ditambah plak dengan tekanan jadual harian yang padat acah-acah sibuk tuuuu, berjaga lewat malam, dan tak lupa masalah hormon tidak seimbang penyumbang punca kedua masalah kulit yang mengumpul minyak di bawah lapisan kulit wajah seterusnya menyebabkan jerawat, tekstur kulit berminyak serta tona tidak sekata. Bab naik jerawat tuuu seram kannn?

Ooppsss…!! Gambar hiasan ni andaian jer tau ..

Punca ketiga masalah kulit muka adalah sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan dengan menyeluruh. Dah rajin make up cecantik kena gak laaa RAJIN remove makeup sebersih-bersihnya.

Sebab bila cuci tak cukup bersih,  akan mengumpul bakteria dan memakan kulit wajah kita sendiri menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik yang disangka mencantikkan wajah, akhirnya memakan diri. Kalau tak jaga muka betul-betul sila salahkan diri sendiri… Huhuhu . . 

Pencuci muka apa BEST yang korang pakai? 

Meh Nina nak share  . . . Terkini terbaharu dari SAFI Malaysia . Jenama yang tidak asing lagi. Sebut jer SAFI dari remaja hingga lah ke tok nenek kenal jenama ni kannn? Range dia pun ada pelbagai  berseuaian dengan umur dan permasalahan kulit wajah kita. 

Baca : Antara Nina dan SAFI RANIA GOLD BEETOX

BEAUTEA by SAFI berasaskan estrak TEA 100%

BEAUTEA by SAFI

Ramai sedia maklum sumber bahan semulajadi contohnya pokok teh yang mengandungi antioksida yang tinggi, terkenal dengan pelbagai manfaat kecantikan kulit wajah yang dapat membantu anda memiliki rupa paras yang sihat, berseri dan cerah bermaya.

Oleh itu, antioksida daripada sumber luaran adalah jalan penyelesaianya!

Terkini – BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.

Beautea By Safi ni mempunyai 4 variasi iaitu
Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose
Apricot Tea Revitalising Face Scrub
Green Tea & Neem Anti Acne Gel Clenser
Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser

Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas.

Hasilnya? BEAUTEA by SAFI menjadikan kulit kembali halus, sihat dan berseri, bebas dari musuh kulit!

BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose

Yang ini sesuai untuk kulit kering dan normal sebab ia menghidrat dan mengecilkan liang pori. 

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah korang. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori.

BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem

BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem

Yang ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak sebab ia melindungi kulit daripada jerawat dan mengawal sebum. 

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat. 

Macam Nina time nak dekat ABC , hormon mula laaa tak balance. Biasanya  tuk elakkan jerawat mula menyerang siap-siap pakai cuci muka ni dulu.

BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid

BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid

Yang ini lak sesuai untuk kulit sensitif kulit untuk mencegah tanda penuaan. Kena laaa detoks kulit muka tuuu… Bukan kita jer perlu minum detox segala untuk dalaman, luaran pun perlukan detox tau! Bebas haruman dan amat sesuai  laaa untuk kulit sensitif

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal. Nina suka bau dia!

BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea

BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea

Yang ni korang tentu suka sebab sesuai untuk semua jenis kulit. Berfungsi  membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat. Penting tau seminggu dalam 2 kali gitu korang scrub muka korang tu

Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri. 

BEAUTEA by SAFI best sebab ia menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif.

Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.

Yang mana paling Nina suka?

So far Nina suka pakai BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem masa nak dekat-dekat waktu Cik P datang. Jerawat tak jadi naik.

Selain tu Nina suka BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose sebab bau rose tuu menenangkan! Dan sesuai dengan kulit wajah Nina yang kering ni. Selepas cucian, kulit tak de rasa tegang tapi rasa lembut lembab segar jer . . .

BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea ni pun Nina suka.  Butiran nya yang halus tak sakit nak scrub tonyoh muka. Selesa!

Review BEAUTEA by SAFI

Eh … Macam semua pun Nina suka! HAhaa . . . Korang lak suka yang mana? 

Harga
RM23.20 (150g)

Kat mana nak beli?
Alahai yanggg … Poduk SAFI laaa paling senang nak beli. Kat memana farmasi ada, hypermarket pun ada. Atau nak lagi senang korang boleh jer beli online. 

Ok laaa… Kot korang nak kan lebih infomasi korang pi laaa mentelaah kat
Web : http://www.safi.com.my
Facebook  : http://www.facebook.com/SAFI.my
Instagram :http://www.instagram.com/SAFIMalaysia 

Korang dah cuba? Yang mana satu korang suka?

Related posts:

TUGAS SURI RUMAH - Sakit, Perlukah MC untuk Surirumah?

Wahh... Bestnya! Makan makan makan... Pastu redeem FREE FOOD di Paradigm Mall PJ

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang

Wahh … !! Dah join ke PG Mall NESTLE TOP SPENDER CONTEST? Lumayan weyhh

Lifestyle Review Tips BEAUTEA by SAFInak cantikPencuci MukaSAFISAFI Beautyscrub mukaskincareTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. Veronica~ says:
    October 5, 2019 at 12:56 pm

    Macam best je!!!!!!!!!!!!!
    Price affordable jugak!
    will try it after mine finish~

    Reply
  2. Kinah says:
    October 5, 2019 at 4:28 pm

    Kinah dah cub yang detox dengan apricot scrub tu. Memang best. Mana-mana produk safi memang best. Nanti nak cuba yang neem tu pulak. Sebab lately kulit asyik naik jerawat je

    Reply
  3. mekyunie says:
    October 5, 2019 at 5:50 pm

    best sangat ! mek pun dah cuba and buat cycle 28 hari untuk scrub muka dengan beautea ni. setakat ni seronok dan tiada apa apa iritasi pada kulit.

    Reply
  4. ZAIDALIFAH HUSSIN says:
    October 6, 2019 at 12:33 am

    dah cuba pakai yang black tea & black Orcid dan green tea & neem memang best, rasa selesa bau pun wangi.

    Reply
  5. Liez says:
    October 6, 2019 at 11:16 am

    Dah cuba.. suka sgt yang green tea sebab dia gel. Bau pun best.. duk pakai dah sehulan memang ok sangat.. sesuai dgnnkulit yang beminyak ni..

    Reply
  6. Fadzil Ahmad says:
    October 6, 2019 at 11:16 am

    Wah. Bukan main pencuci muka siap ada perisa mcm air lagi. Haha. Nk cuba jugak la. Perisa tea tu sedap tak ? Khasiat sama je kan semua tu

    Reply
  7. airah syahirah says:
    October 7, 2019 at 1:51 am

    aaaa ngam-ngam pencuci muka nak habis lepastu baca post kaknina terus rasa nak try. esok juga cari

    Reply
  8. Ummi Zarra says:
    October 9, 2019 at 11:33 pm

    Waaaaa new produklah dari safi. Pembersih muka ni tak pernah try lagi. Tapi mcm mekikat hati. Macam best tengoknyalah.

    Reply
  9. RAIHANAH AHMAD says:
    November 13, 2019 at 7:24 am

    lama juga safi di pasaran. tahniah dah ada produk baru ni

    Reply
  10. Pingback: SAFI YOUTH GOLD Lifting Golden C Duo Serum Review

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes