Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Masak apa sedap kerang indera kayangan
March 30, 2019June 13, 2023

Resipi Kerang Indera Kayangan. Amboi… Nama! HAhaa

Kerang sedap masak apa? Korang pernah cuba tak Resipi Kerang Indera Kayangan ? Ahaa.. kalau belum pernah, rekemen korang cuba. Dah nama pun dah macam orang bukan biasher-biasher, rasa dia ala kayangan gitu. Kurlass!

Isi Kandungan hide
1 Kerang masak apa sedap ?
1.1 Resipi KERANG INDERA KAYANGAN
1.2 Cara masak Kerang Indera Kayangan
1.3 Related posts:
2 Resipi Meatballs Ikea Homemade untuk anak tak mau makan nasi
3 Resepi untuk orang sakit... Bubur Lambuk Sedap
4 Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS
5 Jommm.. BRISK WALK senaman paling mudah untuk sihat

Kerang masak apa sedap ?

Okey, kali ni Nina kongsikan resipi kerang yang rare nama dia. Cuba Resipi Kerang Indera Kayangan  laaa…  Gempak teroks kannnn nama dia! Walau nama dia giler rare tapi korang kena cuba masak dan rasai sendiri keunikkan rasa dia.

Resipi ni dari Chef Arm yang fofular satu ketika dulu kat facebook. Lately agak lama dah tak nampak beliau. Chef, Nina panjang-panjangkan resipinya kat sini lak eh… Moga memberi manfaat buat yang memerlukan hendaknya. Aamiin

Masak apa sedap kerang indera kayangan

Resipi KERANG INDERA KAYANGAN

Bahan-bahan
500g Kerang
3 Sudu Besar Minyak Masak
1 Camca Besar Cili Boh
1 Sudu Teh Belacan
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Teh Gula
1 Sudu Teh Garam
2 Biji Bawang Merah
6 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia

Cara masak Kerang Indera Kayangan 

1. Basuh kerang hingga bersih dan kemudiannya rebus di dalam kuali yang berisi air.
2. Biarkan kerang hingga buka dan masak.
3. panaskan minyak dan masukkan bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili boh dan belacan serta bersama sedikit air, didihkan.
5. Masukkan kerang dan kacau sekata.Masukkan sos tiram, gula dan garam.

Amacam senang jer kann? Korang try laaa… Selamat mencuba!
nanti dah cuba kasitau Nina feed back dia eh

Selalunya ni dok masak kerang rebus je buh bawang, serai, halia. So sekali sekala Nina akan masak Kerang Indera Kayangan tapi anak-anak Nina lebih suka  Kerang Goreng Berempah

Resepi Kerang Goreng berempah Sedap Mudah

Nampak sedap tak kerang goreng berempah ni? Mmmm… pendapat jujur Nina lagi suka masak goreng berempah, lagi puas rasa sos rempah nya berbanding rebus gitu aje. Tapi ada je yang tak gemar sebab kulit kerang pun dimasak sekali dalam kuali. Deme risau kuali nya calar gamaknya. So pakai aje kuali legend , diketuk dengan lesung pun masih kekal utuh. Eh! Dah macam nak promote periuk pulak. HAhaa.. Ok, sila cuba!

Related posts:

Resipi Meatballs Ikea Homemade untuk anak tak mau makan nasi

Resepi untuk orang sakit... Bubur Lambuk Sedap

Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS

Jommm.. BRISK WALK senaman paling mudah untuk sihat

Lifestyle Resepi KerangKerang Indera KayanganResipi cepatresipi mudahTips masak kerang sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. sueizza says:
    March 30, 2019 at 12:12 pm

    fuhhhh sue memang peminat kerang boleh try ni…

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    March 31, 2019 at 1:22 pm

    Sedapnyaaaa! Nina masakkan i nak pi makan ni hehehe

    Reply
  3. Liez says:
    March 31, 2019 at 9:00 pm

    nampak sedap.. tapi Liez tak makan kerang pulak..boleh cuba buat sotong kot kann

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes