RESEPI UDANG TELUR MASIN MUDAH SEDAP! Nina suka masak menu ni pakai Tepung Bestari Campuran TELUR MASIN Keemasan je lagi jimat cepat masak dan gerenti jadi! Bukan apa, kekadang bila beli telur masin pernah dapat yang tak elok. Sabar je laa.. Lagipun, kita nak pakai telur kuning dia je, sapa pulak nak makan part telur putih sesaja kann?
RESEPI UDANG TELUR MASIN
Sempena Chinese New Year tak lama lagi so Nina saja lah share menu ala Chinese Style. Ini antara menu favorite yang Nina akan order bila makan kat luar. Kalau tanya Nina, Best Restaurant Chinese Muslim Sedap Selangor di Blue Ginger yang terletak di Seri Kembangan Selangor ni sedap! Buat penggemar Chinese food rekemen to try. Tak jauh dari Bukit Jalil, Puchong. Korang cuba laaa…
TEPUNG BESTARI Campuran TELUR MASIN Keemasan
Rekemen korang cuba je pakai Tepung Bestari Salted Egg. Banyak jual kat memana Hypermarket, kedai Eco pun ada! Buat apa susah-susah, ada instant pakai aje yang mudah. Tapi kalau korang nak jugak cuba cara lama pun tak susah sangat. Korang hanya perlu rebus telur masin dalam 5-6 biji, ambik telur kuningnya, hancur dan ramas-ramas dalam tepung.
Beli mana Tepung Bestari Salted Egg
Tak susah pun nak cari sebab kat mana-mana hypermarket ada jual. Buat yang suka beli online pun ada!
Atau korang boleh intai sendiri di website rasmi Bestari Food https://www.bestarifood.com/
Harga tepung bestari dalam RM15 sekotak
Resepi Udang Telur Masin Mudah Sedap Menjilat Jari
Bahan bahan
1kg udang – bersih kan , celup udang dalam telur dan salut dengan tepung jagung dan garam sikit. Goreng, tos dan ketepikan.
7 sudu besar butter
Sedikit minyak masak
8-9 ulas bawang putih – di cincang
15 biji cili padi – hiris halus (kalau nak pedas berapi buh laaa segenggam) Hehee
4 tangkai daun kari
4 sudu besar salted egg powder instant
1 atau 2 cawan susu cair atau UHT (kuantiti susu ikut citarasa nak kuah lebih, lebihkan susu)
1 sudu kecil tepung jagung dan air – untuk pekatkan kuah. Tak perlu pun takpe
Cara Masak Resepi Udang Telur Masin Sedap Mudah
1. Udang dibersihkan , celop dalam telur dan salut dengan tepung jagung dan sedikit garam. Goreng, tos dan ketepikan
2. Cairkan butter, buh sikit minyak masak supaya butter tak hangit
3. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi
4. Masukkan serbuk instant salted egg dan susu. Gaul rata masak hingga mendidih
5. Pekatkan kuah dengan air tepung jagung
6. Masukkan udang yang dah digoreng tadi. Gaul rata
7. Sedia dihidangkan… Nyummy! 😋😋
Senang jer kannn?
Tonton video tutorial cara masak Resipi Udang Salted Egg
Nah… Nina sharekan Video Tutorial Cara Masak Resipi Masak Udang Salted Egg Paling Mudah Sedap Jangan lupa pas tonton click Subcribers eh…
Selain tu, kalau korang sukakan menu ada cheese, korang follow step by step cara masak Resipi Udang Buttermilk paling mudah sedap wajib korang cuba!
Comment