Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Nasi Goreng mamak Style
April 13, 2016October 5, 2023

Nasi Goreng Mamak style | kenapa sedapnya lain macam? Ini resepi rahsia nya

Korang biasa tak alami, bila buntu nak makan apa dan kat mana,  selalu gak kedai makan mamak yang diterjah. Tak tau kenapa kannn.. Selalu tau macam ni. Kenapa ehh? Adakah sebab menu restoran mamak yang pelbagai? Ada roti canai, mee goreng mamak, nasi goreng mamak style atau restoran itu sendiri? Korang rasa kenapa?

Isi Kandungan hide
1 RESEPI NASI GORENG MAMAK STYLE
2 Related posts:
3 Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE
4 Anak susah makan nasi? Cuba Resepi Pasta Carbonara
5 Sotong tin REX masak asam.. Menu mudah lagi nostalgia
6 Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Pes Segera

Kalau Nina suka makan kat kedai mamak sebab roti canai. Menu ringkas dan anak-anak pun makan tanpa banyak kerenah. Selain tuu, Nina juga suka Mee Goreng Mamak dan Nasi Goreng Mamak. Tak tau kenapa, sedapnya lain macam kannn? Contohnya Resepi Maggi Goreng Mamak Style lain rasa dia dari kita masak kat rumah. Betul tak? Masakan mereka lain dari yang lain. Masakan mereka punya rasa ala-ala kari walaupun rencah nya hanya sekadar telur dan sayuran aje. Atau mungkin juga sebab Aney tuu ketuk kuali kuat-kuat kot.. mandrem mandremm Hahaa . . .

Cuba masak : Resepi Maggi Goreng

Resipi Mee Goreng Mamak Sedap

Selalu juga Nina masak Resipi Mee Goreng Mamak  namun Nasi Goreng style mamak tak selalu. Sebab anak-anak lebih sukakan Chinese Style untuk Nasi Goreng.  Antara Nasi Goreng kegemaran anak-anak Nasi Goreng Ikan Bilis klik) . Mungkin sebab tak pedas, anak-anak suka laaa . . . . Mak pak kalau nak lagi sedap tambah cili padi atau sambal belacan. Wallaa..

Tapi hari ni Nina try masak Nasi Goreng mamak style yang Nina olah dari resepi  Mee Goreng Mamak. Kot korang nak try boleh laaa . . . Nak lagi sedap kena lah ketuk kuali tuu kuat-kuat sambil masak! Macam Aney selalu buat tuu…..  Hahaa . . .

Nasi-Goreng-mamak-Style

RESEPI NASI GORENG MAMAK STYLE

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4 cawan Nasi putih
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
3 paket serbuk rencah Maggi kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
2 batang sayur sawi  dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran  masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.

“ Adek maniss, Nasi goreng mamak siap!” hehee…..

Walaupun Nasi Goreng Mamak style ni tak banyak rencah dan bahan, namun ianya punya citarasa yang tersendiri. Nina nak share tips kat korang,  >>>>> Sambal ready made tuu nak lagi sedap kan, korang beli roti canai minta laaa sambal extra pastu Sambal tu laa korang pakai buat masak Nasi Goreng Mamak atau Mee Goreng Mamak. Terasa sangat aura mamak nya nanti! hehee . . . .

resepi Mee Goreng Mamak

Tapi ini lah kot rahsia masakan goreng-goreng style mamak mereka. Cuba perati betul-betul. Depa pakai sambal roti canai kannn dalam setiap masakan goreng-goreng mereka??

Okies, Ini pula Resipi Mee Goreng Mamak. Food lover mamak style boleh lah cuba!

Related posts:

Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE

Anak susah makan nasi? Cuba Resepi Pasta Carbonara

Sotong tin REX masak asam.. Menu mudah lagi nostalgia

Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Pes Segera

Resepi Maggi GorengMamak Nasi GorengMee Goreng Mamakmenu minum petangNasinasi gorengNasi Goreng MamakNasi Goreng Popularresepi mudahResepi Nasi Goreng Macam Kedai Mamakresepi ringkasresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Mama Kembar 3 says:
    April 13, 2016 at 8:08 am

    Memang selalu simpan lebihan sambal roti canai tu, boleh laa cuba nasi goreng ni nanti

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 13, 2016 at 8:36 am

      Nani,
      Bijak bijak …..!! Nanti try ehh…

      Reply
  2. Cik za says:
    April 13, 2016 at 8:14 am

    Nice! Peminat tegar nasi goreng, “)

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 13, 2016 at 8:37 am

      TQ Za… Nanti kita gi makan sesama ehh

      Reply
  3. puan pink says:
    April 13, 2016 at 4:35 pm

    Kite kureng sikit nasi goreng mamak style 😛

    Reply
  4. resepiasia.com says:
    August 1, 2019 at 3:25 pm

    weyy try buat ni …. boleh tahan laa rase… nyum 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes