Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 3, 2016May 3, 2016

Makan Seafood Best | CHIEF IKAN BAKAR Selayang

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Nina dan family antara penggemar tegar makanan berasaskan  seafood. Asal ada tempat yang orang canang dok cakap sedap akan kami terjah. Usahkan ke Muara di Perlabuhan Klang, Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor, malah ke Muara, Sg. Duyong Melaka pun kami redah. Sanggup ooo… book hotel tido semalam kat Melaka semata-mata malamnya nak pekena seafood kat Muara, Sg.Duyong. Makan Seafood Best Selayang | CHIEF IKAN BAKAR

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Kek Gulung Oren
3 Asal Wednesday ajer, Nasi Goreng.... Jangan membazir!
4 Telur Dadar Berinti
5 Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~

Kali ni kami tak pegi jauh ….. dekat aje. Kat mana? Ahaa . . .  Restoran Chief Ikan Bakar yang terletak di Selayang.  Perjalanan sekitar 15 minit aje dari rumah Nina (Batu Caves). Menuju arah ke Ulu Yam,  selepas Kolam Renang MPS atau Dewan Beringin Selayang dalam 50m toleh ke kanan, dah sampai. .. Tak susah pun nak cari. Singboard yang cukup gah ini menarik perhatian Nina.

Inilah signboard Restoran Chief Ikan Bakar. Terpampang besar dan terang-benderang menghiasi malam.
Inilah signboard Restoran Chief Ikan Bakar. Terpampang besar dan terang-benderang menghiasi malam.

Ok, usai masuk ke Restoran Chief Ikan Bakar ni, mata Nina tertumpu terus ke ruang dalaman restoran yang santai tapi cukup kemas. Ruang makan  yang amat sesuai untuk makan berkeluarga. Walaupun susun aturnya ringkas namun kekemasan restoran membuat kita rasa selesa. Staff mereka juga ramah-tamah.

Chief Ikan Bakar deco restoran
Picture wall ‘CHIEF’ batu-bata merah ni menarik!

Kat sini juga boleh pilih-pilih ikan segar mengikut citarasa. Pelbagai jenis ikan, sotong, seafood lain yang segar ada! Pilih aje ikut size perut korang. #ehh ….. Babab jari perut lak, size pilihan dihati. Hahaa . . . . Harga jelas dinyatakan dan berpatutan. Bagus gini… idok ler nanti seriau kannnn

Tadaaa....!! Besar Sotong ni. Buat Sotong goreng tepung pun sodap ni... hehee
Tadaaa….!! Besarnya sotong ni. Ok, ambik ni, buat sotong goreng tepung. Hehee

Setelah di intai, di risik akhirnya kata sepakat yang telah di persetujui chewahh ….   inilah antara menu utama yang kami order. malu nak tunjuk semua hehee …. Service pun cepat tau! Tak perlu menunggu hingga berjanggut lamanya. Sekitar 20minit lepas order, makanan pun sampai. Bagus!

Sotong giant tadi - Sotong goreng tepung. Isi fresh! Pandai dia goreng, tak liat pun sedap ...
Sotong giant tadi – Sotong goreng tepung. Isi fresh! Pandai dia goreng, tak liat pun – sedap …!!
Ikan Kerapu Masak Masam Manis. Nina suka ikannya yang digoreng rangup diluar tapi isinya lembut kat dalam. Sos pun sedap.
Ikan Kerapu Masak Masam Manis. Nina suka ikannya yang digoreng rangup diluar tapi isinya lembut kat dalam. Sos pun sedap.
Chief Ikan Bakar punya Ikan Siakap Stim Limau terbaik! saya suka .. saya suka ..!!
Chief Ikan Bakar punya Ikan Siakap Stim Limau terbaik! Serba serbi cukup rasa. Saya suka .. saya suka ..!!

Ok, so far Restoran Chief Ikan Bakar lulus dengan cemerlang..!! Kalau ikut selera tekak Nina sekeluarga semuanya sedap dan menepati selera kami. Aunty Uncle Nina yang cadangkan makan kat sini. Mereka dah berkali-kali datang sini rupanya…. Jutaan Terima Kasih banyak yaaa Mak Anjang sekeluarga. Muahh!!

Parking pun senang kat sini. Park aje depan restoran dan sepanjang jalan ni pun boleh.. Pepandai korang susun atur kereta ya.. Tak kena bayar pun.

Waktu perniagaan bermula jam 5petang hingga 2pagi. Kalau datang waktu makan malam  aka waktu kemuncak sekitar jam 8-9malam memang penuh restoran ni…

Walaupun sedap tuu sesuatu yang subjektif  namun perkara yang baik sewajarnya di war-warkan. Bukan apa, nanti ada plak selera taste ala Chef kat obersi tuuu kot serba serbi, itu ini tak kena janganlah kecam saya yaaa…  Ini base dari pengalaman Nina.  **peace no war**

So pasni buat yang dok area seangkatan Nina ( Gombak, Selayang, Batu Caves, Kepong) tak payah dah pegi jauh-jauh… Dekat sini pun ada seafood yang best! Restoran Chief Ikan Bakar Selayang terbaik!

Nanti kami mai lagi naaa . . . . .

 

Related posts:

Kek Gulung Oren

Asal Wednesday ajer, Nasi Goreng.... Jangan membazir!

Telur Dadar Berinti

Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~

Lifestyle Review Jalan Jalan Cari MakanRestoran Chief Ikan BakarselayangSiakap Stim Limau sedapTempat Best Jalan-jalan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. rozita says:
    May 3, 2016 at 10:39 am

    Sedapnya ikan tu nina..lapar terus rasa..

    Reply
  2. lia says:
    May 3, 2016 at 11:31 am

    serius nampak sedap

    Reply
  3. yaya cendana says:
    May 3, 2016 at 12:44 pm

    hai kak nina…hihihi…lama tak singgah sini kakk….comella kak nina dalam gambar …. makanan tu laagiii comelll…wahhh sedapnyeee

    Reply
  4. Anuar says:
    May 3, 2016 at 5:20 pm

    Bestnya boleh pilih sendiri ikan Fresh.. Tu yang menarik tu… 😉

    Reply
  5. mas saari says:
    May 4, 2016 at 7:52 am

    sedapnya seafood fresh²..
    nanti kalau pi sana boleh cuba makan kat sini!

    Reply
  6. Adam says:
    May 5, 2016 at 10:23 am

    Makanan kat sini memang best! Recommended 🙂
    Bos dia pun baik.
    Dah lama tak makan kat sini. Nak kena repeat lagi ni! 🙂

    Reply
  7. saidila says:
    May 8, 2016 at 6:07 pm

    sedapnyalahai……nanti ada masa nak jugak pergi cuba …..lagi2 sotong tu…..geramnyaaaaa

    Reply
  8. nadia johari says:
    May 9, 2016 at 3:39 pm

    sedapnya..suka seafood ni

    Reply
  9. lynda says:
    May 9, 2016 at 5:13 pm

    sedapnya kak…ades..terliuq ni he hehe

    Reply
  10. Suriaamanda says:
    May 12, 2016 at 1:16 pm

    Terus terliur….nampak sedap…x jauh dari Kepong kan kak Nina…

    Reply
  11. alexzander says:
    September 8, 2016 at 4:45 pm

    celah mana tempat ni? tak jumpa pun…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      September 8, 2016 at 6:05 pm

      Alamat : Lot 4706C Kampung Sungai Tau Selayang
      Melalui arah ke Ulu Yam, dari Dewan Beringin atau Kolam Renang MPS, SekMen, Klinik Kesihatan Sg Tua – terus lagi dalam 30km,
      Pandang kanan akan nampak signboard besar Chief Ikan Bakar
      Waktu malam sangat jelas terang signboard.

      Semoga jumpa tempat yg di tuju

      Reply
  12. FZH PAKAR CCTV GOMBAK says:
    January 22, 2020 at 11:06 pm

    PAKAR CCTV GOMBAK

    KEDAI CCTV GOMBAK

    #CCTVGOMBAK
    #CCTVSELAYANG
    #CCTVBATUCAVES

    http://WWW.FZHTECHNOLOGY.COM.MY

    0179187797 / 01127311203

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes