Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KHASIAT TAUHU Sumbat sedap
December 15, 2016December 21, 2017

Korang tau tak tauhu banyak khasiat ? Meh ambik tahu..

Sapa suka makan tauhu? Dulu Nina tak suka makan tauhu tapi kalau tau foo faa memang favorite. Laju  jer makan. Entah kenapa tauhu goreng ke yang orang dok bilang sedapnya tauhu sumbat, tauhu masak pastu masuk dalam kuah atau sup ke memang bukan citarasa tekak selera Nina. Kat tekak ni rasa macam span basuh pinggan. Eh! macam pernah makan span! Haha.. Sila abaikan Khasiat Tauhu

Isi Kandungan hide
1 Khasiat Tauhu
1.1 Membekalkan Tenaga Tambahan
1.2 Mencegah penyakit jantung
1.3 Membantu menurunkan berat badan
1.4 Mencegah osteoporosis
1.5 Masalah rambut gugur
1.6 Anti-penuaan
1.7 Related posts:
2 Terkini : Dashing Sport Hitman Dan Golden Boot
3 Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah berkesan
4 REVIEW KASUT LUCCA VUDOR BEST SELESA GILER PAKAI. PUASHATI
5 AEON MALL CIPTA SEJARAH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN!
KHASIAT TAUHU Sumbat sedap
Tauhu Sumbat ..
Paling sedap kalau sos nya sedap! Apa lah sangat carrot, timun, sengkuang tu kann…

Korang tahu tak tauhu (baca betul-betul. Bnayak huruf  T A H U) semua dekat-dekat. hehee…
Korang tau tak tauhu ni banyakkkk khasiatnya. Rugi laa sapa yang tak suka makan tauhu! Nina ler tuu Alhamdulillah… Anak-anak Nina semua boleh aje makan makan tauhu. Bagus depa ikut selera tekak Abahnya. Tapi sekarang Nina dah reti makan tauhu selain tau foo faa!

Jom ambik tahu khasiat TAUHU

 

Khasiat Tauhu

Khasiat Tauhu

Membekalkan Tenaga Tambahan

Tauhu adalah sumber zat besi yang baik. Setiap 100 gram tahu membekalkan 30% zat besi yang diperlukan oleh badan setiap hari. Zat besi yang terkandung dalam tauhu akan bersatu dengan hemoglobin di dalam badan dan membantu proses pemulihan serta pelepasan oksigen ke seluruh tubuh dan seterusnya menghasilkan tenaga baru.

Mencegah penyakit jantung

Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan protein soya yang terkandung dalam tauhu secara kerap dapat membantu menurunkan LDL iaitu kolesterol buruk tanpa menjejaskan atau menurunkan HDL (kolesterol baik) dan mengelak dari risiko penyakit jantung.

Membantu menurunkan berat badan

Kandungan protein yang tinggi dalam tauhu membantu mengelak dari rasa cepat lapar. Tauhu juga antara makanan yang rendah kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram), jadi ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang sedang berdiet. Sapa diet tuu..??

Mencegah osteoporosis

Tauhu juga dikatakan kaya dengan sumber kalsium (bergantung kepada jenis tauhu). Ia dapat membantu melindungi dari penyakit berkaitan tulang seperti kelemahan tulang, rheumatoid arthritis dan osteoporosis. Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa isoflavon dalam makanan soya boleh mengukuhkan kepadatan jisim tulang. Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang ada masalah tulang dan wanita dalam tempoh menopause. Mak Mak harus lebih kan tauhu dalam menu harian ni…

Masalah rambut gugur

Ahaa… masalah ni pun mak mak ramai yang alaminya! Rambut kita memerlukan banyak protein untuk membantu pertumbuhan. Bila kita kurang mengambil protein, tubuh akan mula menyerap protein dari rambut. Ini akan menyebabkan masalah rambut seperti rambut mudah gugur dan rambut kering dan bercabang. Jadi jika korang ada masalah rambut, lebihkan makanan berprotein seperti tauhu.

Anti-penuaan

Kerap makan tauhu juga akan membantu melambatkan proses penuaan secara ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menghalang penuaan. Malah ada juga petua untuk melembutkan kulit menggunakan tauhu. Caranya hancurkan tauhu menjadi seperti pes dan sapukan ke muka. *janganlah nanti tahu yang dah dihancurkan tuk buat Tauhu Kukus Goreng tetiba jadi mask muka lak! Kesian anak tunggu nak makan tauhu.. haha

Walau apa pun yang kita makan, biarlah bersederhana… Dah tahu khasiat tauhu ni bagus untuk kita tapi andai  di makan berlebihan  juga boleh mengundang penyakit. Ada yang cakap, bukan Nina cakap minum Air Soya berlebihan semasa mengandung tak bagus. Baby nanti berpotensi ke arah ekzema. Penyelesaiannya >>>> Bersederhana !!

Nah… Nina kongsikan beberapa menu yang sedap best berasaskan tauhu.
Tauhu goreng sumbat isi ayam
Tauhu Bunga Terbalik

Resepi Tauhu Bunga Tauhu Terbalik Berinti Mudah Sedap
tengok ni… Dah lah cantik, pastu banyak lak khasiatnya! Korang cuba tau… Sedap ni, gerenti anak-anak korang makan licin..

Ok, pasni jom makan tauhu.. Bukan saja berkhasiat tapi ini juga menu jimat! hehe… Oh ya.. Tauhu ni sangat penting buat rencah Mee Goreng Mamak dan bahan asas utama Rojak Mamak. Dah tahu khasiat tauhu kan… Pasni masak menu berasaskan tauhu lak ya.. Korang mula dari awal menu tauhu ngan anak-anak. Jangan macam Nina, dah kawin anak berderet baru reti dan suka makan tauhu. Hehe..

Daaa . . . .

Khasiat Tauhu

Related posts:

Terkini : Dashing Sport Hitman Dan Golden Boot

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah berkesan

REVIEW KASUT LUCCA VUDOR BEST SELESA GILER PAKAI. PUASHATI

AEON MALL CIPTA SEJARAH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN!

Parenting Tips info - kecantikanInfo - kesihatanInfo - ParentingKhasiat Tauhukudap kudapanmenu anak susah makan nasimenu anak-anakmenu cepatmenu kegemaran anak-anakmenu minum petangresepi mudahresipi ringkasTauku Kukus Goreng

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. Mazni Azmi says:
    December 15, 2016 at 3:05 pm

    Asalkan makan secara sederhana. Elok je makan tauhu ni. Sumber protein

    Reply
  2. Amin Hakim says:
    December 16, 2016 at 10:49 pm

    Sayya paling suka makan tauhu sumbat.. kalau makan memang tak ingat isteri kat sebelah.. ehehe

    Reply
  3. Yanty says:
    December 17, 2016 at 8:15 pm

    Tauhu sumbat kegemaran saya dan suami. Tapi tak pernah buat. Beli je.

    Reply
  4. hasrul hassan says:
    December 19, 2016 at 4:39 pm

    Saya suka makan taufu…. tauhu goreng adalah kesukaan saya .. hmm patutlah saya nampak muda je selama ni .. hahaha… 😛

    Reply
  5. PCL says:
    December 21, 2016 at 10:59 am

    Tauhu sumbat ni berselera di bulan puasa jer nina.. Pcl la suka sangat buat menu berbuka puasa. san gat menyelerakan.

    Reply
  6. moto x3m says:
    April 22, 2021 at 9:49 am

    I really like reading through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

    Reply
  7. emoji says:
    October 21, 2022 at 5:49 pm

    I am very much pleased with the contents you have mentioned. I wanted to thank you for this great article

    Reply
  8. Alfi says:
    October 1, 2025 at 6:44 pm

    Dalam banyak-banyak kelebihan tu, mencegah osteoporosis dan menurunkan berat badan tu menarik betul. Nampaknya, kena makan tauhu at least seminggu sekali ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes