Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 1, 2018June 1, 2018

Terkini : Dashing Sport Hitman Dan Golden Boot

Terkini : Dashing Sport  – Haruman Hitman Dan Golden Boot

Isi Kandungan hide
1 Terkini : Dashing Sport – Haruman Hitman Dan Golden Boot
2 Dashing
2.1 Terkini : Dashing Sport Hitman dan Dashing Golden Boot
2.2 Dashing Sport Hitman Dan Dashing Golden Boot
2.3 Dashing Sport Range – HITMAN
2.4 Dashing Sport Range – GOLDEN BOOT
2.5 Kat mana nak beli
2.5.1 Harga
2.5.2 Deodorant spray 125ml RM12.90 Wangian Eau Di Toilette 50ml RM24.90
2.6 Related posts:
3 Eeeeeeee.... LIPAS SEMUT ...!! Pergi jauh-jauh ..
4 Resipi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple
5 SURAT DARI TUHAN FULL SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR
6 Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~

Dashing

Dashing … Sapa tak kenal Dashing weyhhh… Semestinya bukan Gurmert Singh, AhSing, ataupun Sri Mersing. Eh! Melampau kot acah-acah tak kenal. Anak Nina yang lelaki tadika pun Dashing minyak wangi Lelaki. Iklan kat TV cukup memberi kesan penjenamaan nya.

Kalau tanya Geng, sejak dia mula meningkat remaja dolu dah mula berjinak dengan jenama kelakian ni. Dulu kannn,
kiranya kalau crash bebudak sekarang panggil tuk balak kannn… Kiranya bila balak kita pakai, meningkatkan aura rasa macam lagi mascho laaa gitu.
Korang dulu gitu Kannnnn….?? Baik mengaku. HAhaha

Zaman berubah, Dashing turut mengikuti
perkembangan semasa. Memperbaharui wangian nya dengan citarasa yang lebih moden, segar dan ke arah yang lebih aktif. Wangian ala sport gitu.

Dashing Sport Hitman dan Dashing Golden Boot

Terkini : Dashing Sport Hitman dan Dashing Golden Boot

Wangian terbaru dari Dashing ni kedua-dua nya di datangkan dengan Deodorant Spray dan Eau De Toilette. Saling melengkapkan tatarias seorang lelaki yang mementingkan personaliti mereka yang tersendiri.

Yelah…. Sekarang ni bukan wanita jer nak serba serbi tip top, kaum lelaki pun tak kurang cerewet ocd nya. Ooppsss…!!

Dashing Sport Hitman Dan Dashing Golden Boot

Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari

Dashing Sport Hitman dan Dashing Golden Boot

Dashing Sport Range – HITMAN

Bauan baru Dashing Hitman adalah aroma kesegaran daripada citrus dan ice cucumber yang menjadikan wangian ini lebih kepada daya penarik seseorang pemakai dan pastinya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif.

Dashing Sport Hitman dan Dashing Golden Boot

Dashing Sport Range – GOLDEN BOOT

Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih menggoda kerana ia adalah bauan dari ekstrak daun Rhubarb dan Pimento, yang mana akan menyerlahkan lagi kehangatan maskulin seseorang pemakai lantas memberikan aroma kelelakian yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Kalau tanya Nina, kedua-dua pun best baunya. Cuma citarasa Nina lebih sukakan Golden Boot sebab bau nya agak sedikit lebih lembut dan cool berbanding Hitman. Nina memang tak berapa nak boleh pada bauan yang strong sangat. Nanti Nina tercari-cari, mana inhaler nina ni…. Hehee

Namun, dalam sesetengah situasi , tempat yang nyaman lagi menenangkan
bauan Hitman punya aura nya yang tersendiri. Terasa macam nak dok dekat jerrrr ngan dia! Hehee. .. .

Kat mana nak beli

Kedua-dua produk sama ada Dashing Hitman atau Dashing Golden Boot boleh dibeli mana-mana pasaraya yang terdekat dengan korang.

Harga
Deodorant spray 125ml RM12.90
Wangian Eau Di Toilette 50ml RM24.90

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dashing.com.my atau terus ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/Dashing.MY

Related posts:

Eeeeeeee.... LIPAS SEMUT ...!! Pergi jauh-jauh ..

Resipi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple

SURAT DARI TUHAN FULL SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR

Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~

Lifestyle Review Tips DashingDashing SportDeodorantDeodorant sprayEau De ToiletteGolden BootHitmanmaskulinsport

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes