Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama SURI KATRIANA
November 4, 2019November 4, 2019

Kerana bipolar dan dendam! Sinopsis Drama SURI KATRIANA ASTRO

Buat Ernie Zakri, tahniah di ucapkan! Pertama kali Nina tengok lakonan beliau, ternyata Ernie punya bakat lakonan semulajadi dan andai di asah lagi pasti jadi artis serba boleh! Sinopsis Drama SURI KATRIANA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama SURI KATRIANA
2 Related posts:
3 Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA
4 Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce
5 Info Tentang Cirit-Birit (Diarrhoea)
6 Best Moist Chocolate Cake... Happy Birthday to me! Hehehe . . .

Akhinya tamat drama bersiri bak telenovela sinetron yang panjang – Drama Puteri yang Di Tukar  (lama sungguh nak tahu ending dia) HAhaa… Dan kini diganti pula dengan naskah hebat dari  MIG Production Sdn Bhd, sentuhan hebat dari (Pali Yahya).

Naskah hebat SURI KATRIANA ini penuh emosi dengan penceritaan kisah dendam, khianat, percintaan, kasih sayang terhadap ibu dan ayah. Kisah hidup Suri Katriana dari kebahagiaan menjadi dendam

Sinopsis Drama SURI KATRIANA

Sinopsis Drama SURI KATRIANA

Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya.

Kau tak akan pernah rasa kehilangan sebab tu kau tak tahu makna keperitan” – Suri

Sinopsis Drama SURI KATRIANA

Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

Biarkan aku hilang segalanya, asalkan kesakitan aku terbela ” – Katriana

Drama bersiri Suri Katriana akan ditayangkan di Astro Prima slot Tiara bermula 30 Oktober 2019. Dibintangi oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, dan ramai lagi. Drama 49 episod arahan Pali Yahya. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

JUDUL : SURI KATRIANA
EPISOD : 49 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani

Sinopsis Drama SURI KATRIANA

WATAK PELAKON
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Aishah Azman sebagai Yasmin
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Ezzaty Abdullah sebagai Edora
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)

LAGU TEMA / OST
Ernie Zakri – Sinar Mata Hati

Sebuah naskah yang hebat. SuriKatriana , mengangkat tema kesihatan mental yang selalu kita dengari , tetapi kurang difahami.

Melalui naskhah ini, korang akan dapat lihat secara visual apakah antara contoh penyebab, petunjuk dan simptom yang dialami oleh seseorang yang menghidap BIPOLAR = kecelaruan emosi.

Selain itu, korang juga akan dapat lihat antara contoh kesan buruk yang akan berlaku kepada seseorang yang menghidap bipolar sekiranya tiada diagnosis dibuat atau tiada rawatan untuk meneutralkan mood diambil.

Suri dan Katriana , adalah figura yang diketengahkan sebagai penghidap bipolar menerusi drama ini. Kot korang terlepas episod, korang boleh laaa Tonton Online Drama SURI KATRIANA Astro Gempak ehh… Lakonan pelakon lain memang membuatkan drama ni lebih padu hasilnya. Suka tengok!

Related posts:

Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Info Tentang Cirit-Birit (Diarrhoea)

Best Moist Chocolate Cake... Happy Birthday to me! Hehehe . . .

Lifestyle Review Astroastro PrimaDrama 6pmDrama bestSinopsisSinopsis Drama SURI KATRIANASURI KATRIANAUmmi Nazeera

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Pingback: Sinopsis Drama CINDAI TV3 Lakonan Ayda Jebat Mantap Terbaik
  2. Pingback: Drama DUA TAKDIR CINTA Lakonan Fasha Sandha dan Azar Azmi
  3. Pingback: Sinopsis RISIK PADA HATI Tonton Online Drama Tv3
  4. Pingback: SINOPSIS DRAMA RINDU KASIH TONTON ONLINE EPISOD 1 - AKHIR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes