Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

Resepi Daging Korban Goreng Berempah simple mudah … Lembut, moist, sedap !! Asyiknya makan..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera ….. Daging korban! Nak masak apa dengan daging korban nie….?? Pasti kekadang tu terlintas dibenak fikiran masing-masing memikirkan perihal daging korban  nak dimasak apa agaknya … Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap 

Kalau setakat nak masak sup dah biasa sangat, kurma boleh lah rujuk Daging Masak Kurma Simple Mudahdan boleh juga try berempah ala-ala mamak nasi kandar yg dah beberapa kali Nina masak – tengok Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak

Kali nie Nina nak share resepi yang berempah juga, tapi lebih kepada jintan manis dan sangat memerlukan daun sup untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya …

Memang sedapp kala tergigit daun sup dan jintan manis tuu… Kalau nak tambah black pepper pun ok juga cuma takut nanti hilang rasa asli jintan manis dan daun sup tu nanti tenggelam dek kepedasan black pepper tuu… Sebaiknya kalau nak pedas, tambahkan cili blend ataupun cili padi sikit. Nina kalau masak untuk sekeluarga memang tak berapa pedas, bukan apa…. masak untuk semua makan terutama sekali untuk dikecil Yana juga..

Baca : TIPS beli pilih daging segar

Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap

RESEPI DAGING KORBAN GORENG BEREMPAH SIMPLE MUDAH

Bahan-bahan
500g daging 
1 biji bawang besar – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
2 inch halia – dimayang
2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas lagi sila lah tambah sendiri ehh…)
2 sudu besar kicap lemak manis
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan berempah
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 serbuk besar serbuk ketumbar
2 sudu besar jintan manis

Bahan sampingan
Daun sup
1 biji bawang besar – dipotong berbaji


Bahan perap daging
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
sedikit serbuk kunyit

Cara penyediannya

  • Daging dihiris nipis-nipis, dibersihkan dan diperap bersama bahan perap lebih kurang 30 minit atau lebih lama lagi bagus
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  • Masukkan cili blend dan masak sehingga garing dan pecah minyak
  • Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata dan goreng hingga daging empuk
  • Setelah itu, masukkan bahan berempah, kacau rata
  • Jika mahu berkuah boleh lah ditambah dalam 3/4 cawan air dan masak hingga kuahnya pekat (kalau tak nak pun tak apa…. terpulang pada citarasa individu)
  • Rasakan dengan garam secukup rasa
  • Masukkan daun sup, dan bawang yang dipotong berbaji – kacau rata
  • Sedia dihidangkan

Selamat mencuba! 

Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
4 Comments
  • JaSSNaNi
    Posted at 17:04h, 31 October Reply

    uihhhh.. sedapnya….
    macam2 menu daging timbul kan… sbb skrg ni musim makan daging.. 🙂 kat rumah pun ada lagi yg mak kirim.. nak kena balik belek2.. 😀

  • Nina Mirza
    Posted at 09:20h, 01 November Reply

    As'salam JaSSNani..

    betul3x. Everywhere menu daging minggu nie!
    Nak masak apa daging yg ur mum kirimkan tu? Hehehe . . .

  • lilik
    Posted at 11:11h, 28 July Reply

    Amboi sedap nian masakannya

  • Haida Eyda
    Posted at 20:08h, 06 September Reply

    Wahhhh teliur tengokkkk…

Post A Comment

Follow by Email
Instagram