Bihun Goreng Hailam Tak Pedas Buat Anak-Anak

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Sarapan apa pagi ni? Ker diet? hehee…. Sebenarnya kan, walaupun diet, wajib makan sarapan pagi. Ambik laa yang ringan-ringan contohnya roti sekeping ker, biskut sekeping ker… Bukan apa  bila kita tak makan, nanti masa makan kita berkemungkinan untuk makan lebih banyak dari biasa. kengkonon cover lapar pagi tadi…. Bihun Goreng Hailam Tak Pedas Buat Anak-Anak

Kat rumah Nina menu yang Nina masak biasanya tak pedas. Senang untuk anak-anak dan Nina juga. Kalau nak pedas, pepandai laaa Nina atau MyGang gigit cili! hahaa . . . . Ok, tipu! Tak laaa sampai gigit cili, samada letak cili sos atau sedia ada sambal belacan kat rumah ni…

Meh tengok menu favotite family Nina. Agak-agak  boring makan nasi, Nina akan goreng bihun. Lagipun MyGang memang kurang makan nasi. Kadang tuu Nina bikin Pasta CarbonaraSwedish Meat Ball Ikea …

Ok, jom tengok resepi mudah Nina… BIHUN GORENG HAILAM

Bihun Goreng Hailam Tak Pedas untuk anak-anak

Bihun Goreng Hailam Tak Pedas

Bahan-bahan
1 packet bihun – Nina rendam dulu sebelum masak
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air

rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm (sayur lain pun boleh – taugeh ke, kobis ke, ikut suka)
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …

Bahan hiasan;
Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm
Bawang goreng

Cara-cara
1-. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
2-. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3-. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
4-. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5-. Masukkan bihun. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa. Kacau rata bersama daun kuchai
6-. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba !!

Senang aje kann…?? Cuba laaa, mana lah tau kot Bihun Goreng Hailam Tak Pedas style Nina ni menepati citarasa sekeluarga..

Related Post
RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT!
RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT! Selalu terjadi kann asal nak masak je buntu apa nak masak? Bila dah Read more

Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu
Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Mudah Sedap Wajib Cuba Buat

Biskut Raya apa favorite korang? Kalau biskut Raya tradisional Nina paling suka Biskut Samperit atau ada gak yang panggil Biskut Dahlia. Read more

Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak
Cara Buat Puding Milo Oreo

Seronoknya Cuti Sekolah Cuti sekolah ni paling sibuk dah tentu surirumah. Stress weyhh . . .! Haru hara rumah di Read more

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau
Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Ayam bermacam ayam.. Telur sebiji riuh sekampung.. Eh! Ternyanyi lak. HAhaa Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau Selalu ayam Read more

4 Comments
  • dorsett pink
    Posted at 10:06h, 25 May Reply

    sedap nye. nanti balik terus nak masak mee hailam ni utk si anak. thanx for sharing

  • Anuar
    Posted at 10:37h, 25 May Reply

    Bihun Goreng Hailam memang sedap… Dah lama tak makan Bihun Goreng Hailam….. Rasa lapar lah pula…

  • Diana
    Posted at 11:47h, 25 May Reply

    Sedapnya.. Teringat masakan bihun goreng mama… Rindu nak makan air tangan mak.. Haha.. Trima kasih share resepi.. nanti boleh masak utk anak2.. 🙂

  • Shiqeen Sattar
    Posted at 15:17h, 25 May Reply

    Rajinnya Nina.. untung suami dan anak!

Post A Comment