Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

bahaya ibu hamil minum kopi
June 1, 2016June 6, 2024

Bahaya ibu hamil minum kopi ?

Sapa suka kopi ? Cer angkat tangan sikit… Ok, Nina antara penggemar tegar kopi aka coffee. Nak kata addicted pun boleh gak tapi tidak laa sampai meroyan kalau tak dapat secawan kopi sehari.  Paling Nina  suka coffee latte. Tak tau nak citer rasa emosi yang tercipta tatkala menikmati secawan coffee latte… Indahnya perasaan sewaktu menghirup titisan yang pertama. Kadang tuu… rasa tak puas setakat secawan. Kalau boleh mau 3-4 cawan Nina pekena… Ada jin kot! hahaha . .. . Tapi di saat hamil ni terfikir laaa adakah bahaya ibu hamil minum kopi ?

Isi Kandungan hide
1 Tapi mengandung ni laa mengidam kopi . Bahaya ke
1.1 Antara khasiat kopi
2 Bahaya ibu hamil minum kopi ?
2.1 1. Keguguran
2.2 2. Kematian Bayi
2.3 3. Bayi Berat nya Rendah
2.4 4. Kelahiran Pramatang
2.5 5. Aliran Darah Tidak Lancar
2.6 6. Gangguan Janin
2.7 7. Insomnia
2.8 8. Jantung Berdegup Laju
2.9 11. Baby Cacat
3 Bahaya ibu hamil minum kopi ?
3.1 Related posts:
4 AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
5 Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan
6 Kek Gulung Oren
7 Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

 

Bila dah terfikir tuu mula lah overthinking! Fikiran kecamuk tak tentu hala sebab benda kita suka memang payah nak tinggalkan . Huwaaa…!! Acaner ni?
Kekadang rasa cam mengidam, kekadang rasa cam daku ni mengade layankan nafsu jer kot ke camner? Aarrghhh . . . Fikir lebih stress lak!

 

White Coffee sedap! Bahaya minum kopi ibu hamil
Ini White Coffee Bangi Kopitam… nikmatnya!

Tapi mengandung ni laa mengidam kopi . Bahaya ke

 

Tapi, macam Nina yang sedang hamil / mengandung ni boleh ke minum kopi?? Hurmm… Soalan yang normal terlintas kat benak fikiran seorang ibu mengandung yang punya citarasa penggemar kopi tegar. Pernah Nina makan-makan kat luar, Nina order Nescafe tarik nipis. Pastu mereka sekitar saje buat muka pelik. Macam laaa salah besar wanita pregnant minum nescafe! kann…. Apa?? Tak boleh minum ehh…? Kejam tau pandang kita gitu . . . Sian ibu mengandung ni. Huhuuu

 

Ok, sebenarnya boleh jer kalau nak minum kopi semasa hamil. Kopi juga ada banyak kebaikkan dan khasiatnya yang tersendiri.

Antara khasiat kopi

Kopi memberi kecerdasan dan tenaga untuk tubuh badan kita. Selain memberi rasa ketenangan buat yang menikmatinya. Kopi juga ada khasiat mineral yang diperlukan oleh tubah badan seseorang. Selain membantu membakar lemak, kopi juga antioksidan.

 

Kopi tak akan membahayakan kesihatan kita dan juga baby. Akan tapi… kita perlu tahu sukatan dan berapa banyak kopi yang boleh diambil dalam sehari. Bukan bedal ikut suka ya… Secawan kopi sehari sudah memadai. Kopi biasa bukan espresso tau!

 

Bahaya kopi kafein buat ibu hamil

Sebelum tuu… meh Nina kongsikan info dan fakta yang mungkin akan buat korang terfikir-fikir dua tiga kali sebelum teragak nak minum kopi lepas ni… Bagi takut cuak sikit… hahaa..!!

Bahaya ibu hamil minum kopi ?

1. Keguguran

Hurmm…. Macam takut kann?? Ya.. Keguguran. Kafein yang ada di dalam kopi akan membuatkan badan rasa panas dan terus ke dalam perut atau rahim. Janin yang masih muda biasanya tak kuat dan tak tahan dengan rasa panas. Berkemungkinan janin yang tak kuat akan jatuh. Tak dapat membentuk dengan baik. Sebab tuu lah boleh terjadinya keguguran

2. Kematian Bayi

Jika meminum kopi ketika hamil tua bisa menyebabkan ibu hamil melahirkan bayi yang sudah mati di dalam kandungan. Efek berbahaya dalam kopi bisa membunuh bayi secara perlahan-lahan di dalam rahim ibu hamil. Akibatnya adalah bayi bisa mati di dalam kandungan.

3. Bayi Berat nya Rendah

Sebab apa ini terjadi?? Kafein yang ada dalam badan kita akan menyerap segala khasiat yang ada. Baby akan kekurangan nutrisi dan khasiat yang sepatutnya kita makan dan bekalkan terus pada baby. Tapi dengan adanya kafein, zat khasiat dan nutrisi hilang untuk baby. Huhuuu . . . .

4. Kelahiran  Pramatang

Ibu hamil yang addicted kopi dan kafein yang melampau berisiko melahirkan baby pramatang (baby lahir awal dari sepatutnya). Sebenarnya banyak faktor lain juga memainkan peranan. Selain zat kurang untuk baby, aliran darah/ oksigen kurang, denyutan jantung laju dan macam-macam lagi.

5. Aliran Darah Tidak Lancar

Bayi yang dikandung oleh ibu hamil yang kecanduan kopi bisa menyebabkan pembuluh darah di dalam tubuh bayi mengecil. Jika pembuluh darah mengecil akibatnya adalah bayi akan memiliki aliran darah yang tidak lancar. Tidak hanya aliran darah saja yang tidak lancar, oksigen pun juga tidak lancar diedarkan ke seluruh tubuh. Bayi yang kekurangan oksigen dan juga aliran darah bisa terkena berbagai macam gangguan kesehatan.

 

bayi-dalam-rahim

6. Gangguan Janin

Bahaya kopi bagi ibu hamil yang rutin mengkonsumsinya akan terkena gangguan janin. Ibu hamil yang memiliki janin laki-laki akan memiliki gangguan berupa testis tidak bisa turun dari panggul. Ciri-ciri hamil anak laki laki seharusnya ketika trimester akhir akan mengalami testis turun panggul dalam skrotum.

7. Insomnia

Apa ni?? Insomnia adalah penyakit sukar tido. Kalau ibu dah ketagih kopi susah tido apatah lagi untuk baby dalam perut. Tidak mustahil bila baby lahir nanti baby pun susah tido. Kesian nanti korang dalam pantang baby dok meragam tak mau tido…. Yelah.. sepatutnya baby perlukan tido yang berkualiti untuk membesar dengan sihat.

8. Jantung Berdegup Laju

Kafein merupakan punca jantung berdegup laju. Andai ibu hamil minum terlalu banyak kopi atau kafein, kandungan tersebut juga akan meresap ke baby dalam perut dan terus ke plasenta. Ini tidak bagus untuk ibu hamil dan baby. Jantung laju adalah tidak normal. Laju bersenam bagus sebab kita boleh mengawal keadaan tapi jantung laju sebab kafein siapa yang tahu kadar denyutannya?? Cer fikirkan…..

11. Baby Cacat

Cuba renungnya bahaya kat atas tadi… Dengan kurangnya nutrisi, zat, aliran darah tak stabil, menjurus kekurangan oksigen buat janin…. Berkemungkinan baby lahir cacat samada mental mahupun fizikal.. Semuanya sebab kafein yang melampau! Nauzubbillahh …. Moga Allah jauhkan musibah ini dari kita.

 

Bahaya ibu hamil minum kopi ?

Walau bagaimanapun, kopi juga banyak khasiatnya. Meh baca Antara khasiat dan kebaikkan kopi.. Bagi reda sikit fobia korang pasal kopi ni. hehee . . . .

Agak-agak korang, dah baca keburukkan kopi kat atas tuu korang nak minum ke tak? Boleh jer… tapi biarlah bersederhana. Jangan sampai ketagih dan melampau. Cukup syarat merasa ok laaa daripada mengidam bagai nak rak bercawan cawan tu BAHAYA!  

Related posts:

AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Kek Gulung Oren

Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

Lifestyle Parenting Tips baby cacatbaby kuningbahaya ibu hamil minum kopiBahaya kopibayi berat rendahhamilinfo - kecantikanInfo - kesihatanInfo - ParentingInfo - Semasainfo kopiInsomniakeguguranKelahiran pramatangkematian bayikhasiat kopiPregnancytips mengandung

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. cik nor says:
    June 1, 2016 at 1:19 pm

    k.nina jangan minum kopi banyak2..minun susu banyak2 xper:)

    Reply
  2. Attiey says:
    June 1, 2016 at 4:44 pm

    Attiey sulu masa hamil memang tak sentuh kopi..hehe..agak penakut sikit. Papepun, semoga baby n mamanya sihat ye.

    Reply
  3. atie hilmi says:
    June 2, 2016 at 4:59 am

    haa.. ade gak terbaca dlu ‘ibu hamil tak bleh minum kopi’.. tapi.. masa kakak mengandungkan anak kedua dlu, setiap pagi la dok menayang muka kat mekdi sebab nak kan secawan kertas kopi dorg.. sebab tekak mak mak yong ni lain sket.. hee~ nasib tak de pape.. alhamdulillah..

    Reply
  4. Anuar says:
    June 2, 2016 at 9:33 am

    Setelah membaca artikel ni, saya membuat kesimpulan… Kalau nak selamat tak usah minum kopi semasa mengandung…. lebih selamat saya rasa… Betul tak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes