Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

McDonald's Drive-Thru Malaysia Book of Records
May 3, 2019May 6, 2019

Alamak belum masak! McDonald’s Drive-Thru jer laaa..

“Mama… Adek Eicha tarik rambut Eilhan..!! “
“Mama.. Kerusi, baju seluar dah basah air tumpah. Banyakkk…!!”
“Mama… Eilhan nangis ada kawan tu tolak dia masa main”
“Mama … Eilhan dah kenyang laaa, tak jadi makan lah. Nak main jer boleh”
“Mama..Eilman ni makan Yana a punya. Nanti dia…. Kejar dia…!!”
“Jangan lari… Tunggu..!! HAha… Dapat dia ! HAhaa….”
“Mama … Ade Eicha yak yak. Busyukkkkk…!!”

Isi Kandungan hide
1 Aarrghhh …. Stress StresS STRESS…!!
2 Bila jadi gini apakah solusi nya?
3 Drive-Thru McDonald’s jer laaaa..
4 McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge
5 TAHNIAH MCDONALD’S !
5.1 Related posts:
6 RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN KETAHUI KHASIAT KANGKUNG
7 RESEPI PARU GORENG GARING CRISPY INI CARA TIPS NYA
8 Ohh .. PAVLOVA! Engkau lah Madu dan Racun... Ahaks! hehee . . .
9 Ayam Halia Black Pepper

Sila bayangkan situasi ni berlaku saat hati ini cuba untuk relax tenang lagi santai nikmati hidangan sedap kat sebuah restoran. Mampu kah relax?

Aarrghhh …. Stress StresS STRESS…!!

Tak daya nak tipu. Ini lah antara moment saat ‘terindah’ yang paling tak akan mampu dilupakan. Ianya akan terjadi bila  Nina bersama deretan bala tentera  5 orang ni  makan kat luar.

Rasanya moment ni dah cukup behave tau sebab ada anak orang lain siap baring meniarap guling-guling ala-ala Kuch Kuch Hota Hai  bila tantrum depa datang. Kannn…?? Kenangan kita berbeza

Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler

Take note  : Gambar ni sekadar ilustrasi
Semua macam behave jer kann..  Take one take two smile! Hakikatnya Oh NO..!! HAhaa

Bila jadi gini apakah solusi nya?

Beli bungkus take away memang lambat. Kena beratur, kena tunggu masak, dah siap kena collect then sampai rumah baru makan. Dalam perjalanan nak sampai rumah, semuanya dah macam tsunami! HAhaa… Akhirnya sampai rumah Mama pun dah hilang mood nak makan. Huhuu… So sad! Tapi ini lah realiti nya.

Drive-Thru McDonald’s  jer laaaa..

McDonald's Drive-Thru Malaysia Book of Records

Yesszaaa…!! So far ini lah keputusan terbaik Nina. Tak payah tukar baju (pakai baju tido pun tak pe), tak payah makeup, tak mandi pun tak pe, anak-anak pun tak payah disiapkan.

Masuk jer semua dalam kete, semua dok belakang ikut suka laaa depa nak berperang ke, main masak-masak ke, buat homework ke, karaoke ke… lantak depa!

Start engine, terus ke Drive-Thru.
Order
Bayar
Makan!

Tak sampai pun 2 minit dah dapat pesanan. Terbaik laaa

McDonald's Drive-Thru Malaysia Book of Records

Makan dalam kete pun boleh, nak makan kat rumah pun ok, bawak ke taman pun ok!
Sapa setuju ngan Nina betapa  Drive-Thru McDonald’s ni amat mudah, pantas , praktikal, mesra pelanggan dan efisien.  Kannnn..??

Tengah malam lapar pun no hal ah! Drive-Thru McDonald’s 24 jam weyhh… Lokasi pun punya lah banyak… Tempat korang  belum ada lagi eh?  Don’t worry beb!

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia En. Azmir Jaafar –

“Syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s  tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini. “

“Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70  peratus restoran McDonald’s  di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-lalu”

McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge

TAHNIAH   MCDONALD’S !

Pada McDonald’s  Malaysia diiktirafkan secara rasmi sebagai  pemegang Malaysia Book of Records bagi ‘Penyertaan Paling Tinggi Untuk Cabaran Pandu Lalu Dalam Tempoh 24 Jam’  Total penyertaan sebanyak 164,235 ! Banyak seyhh…

Menurut En. Azmir Jaafar  “Kami telah menyaksikan kejayaan yang cukup memberangsangan selama 15 tahun bagi program kesetiaan Pandu-Lalu VIP McDonald’s, dan kami akan melaksanakan lebih banyak inisiatif lagi untuk pelanggan kami menerusi program ini pada masa hadapan dan pada masa sama meningkatkan lagi kecekapan operasi kami.”

“Kami komited untuk mengekalkan pemimpinan pasaran kami pada hari ini dan yakin bahawa kami mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan pelbagai pilihan citarasa makanan pada bila-bila masa apabila mereka ke McDonald’s “  Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s

Kat area rumah Nina  – Cawangan Batu Caves ni antara favorite Drive-Thru kami sekeluarga. Walaupun setiap kali kami datang peak hours sentiasa jammed,  tapi  masa menunggu pantas berlalu.

Dok dalam kereta bersama anak-anak yang aktif lagi bising  lebih selesa, tenang berbanding order dan makan dalam restaurant. Pasti ramak Mak Pak yang setuju kannn..??

Tapi sesekali makan dalam restaurant pun syok gak…

McDonalds Happy Meal Readers Treetop Twins Adventures

Related posts:

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN KETAHUI KHASIAT KANGKUNG

RESEPI PARU GORENG GARING CRISPY INI CARA TIPS NYA

Ohh .. PAVLOVA! Engkau lah Madu dan Racun... Ahaks! hehee . . .

Ayam Halia Black Pepper

Lifestyle Parenting Review Tips Drive-ThruFast FoodMalaysia Book of RecordsMcDonald's Drive-Thru Weekend ChallengeMcDonald's Pandu LaluMcDonaldsMcDonalds Happy Meal

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (28)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    May 3, 2019 at 9:01 pm

    Ada drive thru 24 hours eh? Baguih..kebuluq tgh malam leh suruh hubby pi beli ja hehe

    Reply
  2. Dura Norell says:
    May 4, 2019 at 9:52 am

    Dura mmg suka guna drive thru McD, senang dan pantas 🙂

    Reply
  3. ummi nani says:
    May 4, 2019 at 11:36 am

    Un suka mcD ni.. senang dan kalau drive tru pun mudah je. tapi mungkin boleh perbaiki kualiti paper bag tu..mudah koyak sangat

    Reply
    1. Chaza Xiaojie says:
      May 8, 2019 at 2:26 pm

      Terbaiklah. McDonald memang first choice kalau dah lewat nau nak berbuka tapi belum masak. Hahah! Memang pantas, cekap dan berbaloi. Sekejap je order. Ckp² sikit , bagi duit then ambil order! Yeah! Settled!.

      Terbaiklah McDonald! Pencapaian dan sasaran yang bagus untuk bisnes mereka. Siapa je yang tak suka McD? Huhu

      Reply
  4. Ai says:
    May 4, 2019 at 12:21 pm

    Baru beli aiskrim McD drive thru semalam.. heee

    Reply
  5. Nadia johari says:
    May 5, 2019 at 1:58 pm

    Samalah..pilih untuk drive thru je.. Mls parking malas angkut anak.. Hhah

    Reply
  6. ina says:
    May 6, 2019 at 5:05 pm

    memang nak drive thru je,lagipun dekat je McD ni. Tengoklah,kalo rasa dah malas nak masak sahur.Terus je lah start enjin keta beli bubur.Fevret Ina tu jee

    Reply
  7. Qaseh says:
    May 6, 2019 at 8:37 pm

    Biasanya memang akan pilih drive thru sejak ada anak ni haha

    Reply
  8. Hans says:
    May 7, 2019 at 7:49 am

    Yes
    Lagi mudah dan jimat masa

    Reply
  9. Comel azhar says:
    May 7, 2019 at 10:21 am

    Azriel sgt suka ayam McD . Wahh plg menarik tgk nina n anak2 omg mcm xcaya nina kecil molek n muda. Anak ramai bestnya alhamdulillah rezeki

    Reply
  10. farhana jafri says:
    May 7, 2019 at 11:16 am

    Bagusnya McD focus untuk Drivethru, lagi cepat dan mudah!

    Reply
  11. Mira Cikcit says:
    May 7, 2019 at 11:59 am

    Senang ada drive-thru ni. Dari zaman study dulu, kalau nak cepat and makan sorang2, drive thru je senang.

    Reply
  12. Ayu Rafikah says:
    May 7, 2019 at 1:47 pm

    Memang best hidangan mcd. Lagi2 bila ada drive tru. Lagi cepat dan mudah kita nak beli untuk bawa balik

    Reply
  13. Jane says:
    May 7, 2019 at 2:01 pm

    Convenient to have drive-thru. I always go to Mc Donald Desa Parkcity to get my dinner before go home. Indeed convenient.

    Reply
  14. Cik puan Ena says:
    May 7, 2019 at 7:03 pm

    Samalah kite. Kalau anak nak mc d biasa drive thru je lg cepat dapat order dri q kat dalam. Hehe.. makan kat rumah lagi selesa. Anak plak jenis kumpul koleksi mainan. Memang rajin pergi lah.hehe.

    Reply
  15. Hanny Abdullah says:
    May 7, 2019 at 11:41 pm

    Kat area rumah sis ni, tak dak pulak drive thru, kalau ada dah lama dah sis order kat drive thru je. Laa ni order online je le..pun senang gak kalau tiba malas nak masak. Lagipun anak memang suka sgt dgn mcd ni. Bagi sis sesekali boleh le, kalau selalu mau botak mama..hehehe

    Reply
  16. Mimie says:
    May 8, 2019 at 4:51 am

    Apa susahkan. Belum masak atau tak sempat masak drive thru jela. Lagi mudah dan cepat kan. Nak nak anak anak saya pun suka mcd. Hari tuh lalu sebelah mcd pun si kecik dah tunjuk tunjuk mcd…

    Reply
  17. Syamimi says:
    May 8, 2019 at 6:43 am

    Kat mersing takde Mcd. Apatah lagi nak nampak yang drive thru. Mohon mcd muncul kat mersing.
    Sesekali teringin juga nak makan mcd ni.
    Kalau keluar ke JB baru la beli. Hehe
    Tapi anak anak kita ni kadang makan main main. Mak dia la dok syok perabih makan. Hehe

    Reply
  18. Budak Bandung Laici says:
    May 8, 2019 at 8:04 am

    fuh berjaya pecah rekod drive thru paling banyak. tahniah mcdonalds malaysia. samalah BBL kalu otw balik ke rumah incase malas nak masak memang drive thru je mcd tepi highway. sampai rumah boleh terus makan & rehat. tak payah pikir kena potong bawang bagai

    Reply
  19. huda says:
    May 8, 2019 at 10:17 am

    Huda anak dua orang pun kadang2 berperang bila makan kat kedai makan. Memang kadang2 prefer drive thru McD jer, mudah dan cepat, yang pasti anak2 suka sangat , tak payah nak paksa2 makan

    Reply
  20. AlongMurni says:
    May 8, 2019 at 11:21 am

    Sama la.. Kekadang tgh2 mlm craving nak mkn mflurry orea.. Drive thru dah letak makan dlm kete dgn bahagianya..

    Reply
  21. Nadia Johari says:
    May 8, 2019 at 11:28 am

    memang mudah kalau drive thru je..duduk je dlaam kereta, order dlaam kereta, lepas dpt nak akkn teru spun boleh, nak makan dekat rumah pun boleh..lagi sennag..hahaaa..makan dekat taman lagi molek..gituu

    Reply
  22. JMR says:
    May 8, 2019 at 10:10 pm

    eh samalah dengan kami. Rasa malas nak maska, drive thru McD je. senang. sedap sedap pun sedap haha

    Reply
  23. xulhlmi says:
    May 9, 2019 at 8:51 am

    comelnya anak-anak akak, semua ikut drive thru sekali ye. McD memang senang kalau drive thru je, kalau kaunter selalu beratur panjang. kualiti pun terjaga.

    Reply
  24. Wui Kathy says:
    May 9, 2019 at 9:15 am

    Drive thru 24jam kat McD, senang nak cari makan bila2 masa. Mouse mommy terutamanya suka sundae cone tu, rasa licin dan sedap.

    Reply
  25. Halimah says:
    May 9, 2019 at 11:21 am

    Biasalah kalau anak ramai ni,kita fikir 2kali nak bwk dorang makan kat luar, kalau kak pun setuju order jer.makan mcm tu,kita pun xpening kepala

    Reply
  26. rollinggrace says:
    May 15, 2019 at 11:32 am

    suka sgt kemudahan2 yg dsediakan kt McD tahun ini, especially all the self-payment machine. jimat masa dan xyh tunggu lama 🙂

    Reply
  27. Fendi Mazalan says:
    May 15, 2019 at 1:47 pm

    tapi kalau terlalu kerap drivethru tak bagus jugak… jadi gemuk hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes