Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE yang cantik esklusif
January 10, 2023January 13, 2023

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE CANTIK MENARIK

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE YANG CANTIK ESKLUSIF MENARIK!

Isi Kandungan hide
1 AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE YANG CANTIK ESKLUSIF MENARIK!
2 JOM SHOPPING DI AEON, KUMPUL SETEM DAN TEBUS TUPPERWARE DISNEY 100 YANG CANTIK INI
3 AEON STAR REWARDS 2023 CANTIK MENARIK TUPPERWARE DISNEY 100 INI
4 Related posts:
5 Terharu! Ini laa antara sumbangan korang kat tabung McD tu - Program Kembali ke Sekolah 2019
6 Wany Hasrita! Oooo... Rupanya dia lah ...
7 Udang Goreng Berempah ..... Berempah lah sangat ~~~~~ Hehee . . .
8 Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???

Sebut je cartoon Disney pastinya kita semua kenal dengan Mickey Mouse kann? Sejak kita lahir lagi banyak watak-watak cartoon Disney dah wujud dan kita semua membesar dengan watak / superheroes dari Disney. Tahu tak Disney dah 100 tahun?

100 tahun dah Disney, lama dah kannn? Zaman anak-anak pulak, membesar dengan watak-watak super heroes yang hebat. Antaranya Marvel, Star Wars. Kita yang dewasa pun layan sama kannn..

Teruja nak share ngan korang, hari tu Nina berpeluang menyaksikan pelancaran Kolaborasi AEON X Tupperware melalui kempen AEON Disney 100 Tupperware Redemption.  AEON memulakan kecemerlangan pada tahun 2023 dengan memperkenalkan program AEON Star Rewards 2023 bersama Tupperware bermula 27 Disember 2022 yang lalu.

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE yang cantik esklusif

Acara berlangsung dengan penuh meriah!
Dalam gambar
Mr. Naoya Okada (Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON)
Mrs Low Ngai Yuen (Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON)
Mrs Lily Loo (Pengarah Urusan Tupperware Brand)
Mrs. Munirah Azmi (Ketua Operasi, Pemasaran dan Pajakan AEON)

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE YANG CANTIK ESKLUSIF MENARIK!

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON
“Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kami melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program Star Rewards kami. Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar”.

Menurut Puan Lily Loo, Pegarah Urusan Tupperware Brands
“Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam. Kami berharap pelanggan kami yang mengumpul barangan Tupperware yang bertemakan Disney ini dapat turut mengurangkan pembazairan dan pencemaran alam sekitar, serta menggunakannya apabila mengunjungi pasar raya kami”.

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE yang cantik esklusif

Anak-anak lah paling seronok! tengok tu nak.. tengok ni nakk
Mama pun sama excited. Cecantik comel belaka. Korang kena datang dan tengok sendiri.. Buat masa ni tak dapat beli, dapat tengok pun dah seronok berangan. Kerusi gamers tu lawa giler kannn? HAhaa

Eilhan dan Eicha pun excited dok belek sana, belek sini.
Reka bentuk serba baharu produk yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati. Produk terdiri daripada pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi. Tuuu yang rambang mata tuh! tak keruan bebudak ni.. HAhaa

Kempen ini akan berlangsung hingga Jun 2023 di semua cawangan AEON, AEON BiG dan semua kedai MaxValu Prime (selagi stok masih ada).

JOM SHOPPING DI AEON, KUMPUL SETEM DAN TEBUS TUPPERWARE DISNEY 100 YANG CANTIK INI

Peminat Disney juga akan dapat menikmati Disney100-themed retail pop-up yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula dari 7 Januari hingga 5 Februari 2023.

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE yang cantik esklusif

Dah tersuka dengan bekal putih tu.. Cantik! Dah berangan dah idea resipi mudah bekal sekolah yang Nina akan masak dan masukkan dalam bekal putih cantik tuh!

Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke 100 Walt Disney, Tupperware mengadaptasi beberapa watak kesayangan daripada Disney bagi beberapa produk Tupperware yang terpilih. Antara watak-watak Disney yang terpilih termasuklah Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie The Pooh, Snow White, Mulan, Moana dan karakter-karakter Pixar kesukaan ramai seperti Finding Nemo, Toy Story dan banyak lagi.

Produk Tupperware yang disediakan khas untuk AEON Star Rewards ini termasuklah bekas makan (lunch box), set botol mesra alam sekitar, round eco bottles dalam saiz 500ml dan 100ml dan set serve ware dua dan tiga bekas.

AEON STAR REWARDS 2023 CANTIK MENARIK TUPPERWARE DISNEY 100 INI 

Cara Mendapatkan Produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware

  • Untuk AEON Member, 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit. Jika pembelian dilakukan dengan AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON Wallet, pelanggan akan diberikan 3 setem.
  • Untuk bukan AEON Member, 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian berjumlah RM30 dalam satu resit.
  • Untuk penebusan, AEON Member perlu mengumpulkan sejumlah 20 setem, manakala bukan ahli perlu mengumpulkan 40 setem.
  • Produk AEON Star Rewards Disney 100 Tupperware boleh ditebus oleh ahli AEON dan juga bukan ahli AEON.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen AEON Star Rewards Disney 100 Tupperware ini korang boleh lah layari
website : https://aeonretail.com.my/AEONStarRewards/

So apakata kita sesama kumpul setem yang superb cantik siap ada karektor watak cartoon Disney, pastu kita redeem tupperware yang cute cepat-cepat sementara stok masih ada! Eicha dok renung botol air putih tuu, suka betul dia. Makanya mama abah kena lah shopping di AEON. Jomm..

Related posts:

Terharu! Ini laa antara sumbangan korang kat tabung McD tu - Program Kembali ke Sekolah 2019

Wany Hasrita! Oooo... Rupanya dia lah ...

Udang Goreng Berempah ..... Berempah lah sangat ~~~~~ Hehee . . .

Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???

Lifestyle Parenting Review 2023AEONAEON BiGAEON MallAEON MALL Shah AlamAEON Star RewardsBenefit AEON memberDISNEY 100Disney100 TupperwareLimited EditionRedemptionTupperware

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Elza Leuschke says:
    April 7, 2023 at 6:07 pm

    It is great content material as well as a great layout. Your website deserves all of the positive feedback it’s been getting. I will be back soon for further quality content.

    Reply
  2. Pingback: AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY - Nina Mirza
  3. Pingback: AEON Mall Cipta Sejarah Malaysian Book of Records

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes