Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi-Nasi-Planta-Pelangi-Mudah-Sedap-
October 9, 2012October 30, 2021

Resipi Nasi Planta Pelangi warna kehidupan

Resipi Nasi Planta Pelangi sedap mudah cantik dimasak kegemaran anak

Isi Kandungan hide
1 Resipi Nasi Planta Pelangi
2 Related posts:
3 DoorGift My Mini Choc Moist Cake
4 Roti Pita Berinti Daging yang paling simple
5 Pergghhhh... Sedap! Resipi Udang Galah Masak Diraja
6 TAHNIAH! ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera … Apa khabar teman-teman Nina yang tersayang…? Sihat ker?
Nina harapkan anda semua sihat sejahtera hendaknya. Aamiinnn 

Dah makan ker? Makan apa pagi tadi …? Pastikan yang berkhasiat dan sebaiknya jadikan amalan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas /2 litter air kosong sehari. Atau lebih, lebih baik jika mampu…

Maklum lah semenjak dua menjak ni keadaan cuaca yang tak menentu antara faktor yang menyebabkan ramai kengkawan kita yang kurang sihat. Bukan apa, kadang tu cuaca tengah panas terik tetiba tup tup tak der angin tak der guruh, hujan pun turunnnn…

“Arni, angkat hujan… jemuran dah turunnn”
Tiap kali hujan turun, dialog Pendekar Bujang Lapok ini lah yang sentiasa bermain diminda Nina.. Hehhee 


Ikutkan nak buat Nasi Hujan Panas…. (selalunya 3 warna ajer) memandangkan cuaca dok hujan dok panas so Nina pun tambah lagi sikit  warna biru. Maka terjadilah warna pelangi 
Dengan harapan kalau nanti hujan membasahi bumi dan kemudian pelangi pula muncul. Haa gitu!  

Bak kata pujangga : : : :
Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, dan Allah berikan kita hujan dan kilat. Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..

Chewah … yo yo orr ajer Nina nie kann.. hehee

Nasi Planta Pelangi ni versi beras biasa aje. Ikutkan kalau nak lagi menarik kena pakai  brasmathi. Tapi …… Tak kisah beras apa pun nak pakai, kita yang nak makan so ikut suka masing-masing…
Cuma kalau pakai brasmathi, hasilnya nanti lagi sedap, menarik dan tertarik~


Kat rumah Nina nie, selalunya Nina masak nasi untuk anak-anak jerr sebab Geng kurang makan nasi. So nak nampak lagi menarik Nina pun letak lah sikit pewarna. Nina buh pewarna ni sikit sangat sebab tuu warnanya tak berapa rata keseluruhannya. Sajer cuba-cuba … sambil nak tarik minat anak-anak makan 
“Mama, mama ….. kenapa cantik sangat nasi nie??  Boleh makan kerr?”
Huh!! Memang untuk dimakan sayangg~ sabar jer laaaa….heheee ….


Resipi-Nasi-Planta-Pelangi-Mudah-Sedap-

Resipi Nasi Planta Pelangi

Resepi:  Nina Mirza

Bahan-bahan
3 cawan beras
3 sudu besar Planta
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji  buah pelaga
Sedikit garam
Kismis sebagai tambahan jika mahu
Pewarna hijau, kuning, merah dan biru
Cara penyediaannya
1.  Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan Planta  dan tumis bawang dan bawang putih yang telah dimayang tadi sehingga wangi
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam.
5. Masukkan air, kismis dan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna kegemaran.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.Selamat mencuba!
Jangan tak tahu, bukan nasik je Nina kasi pelangi, Kueh Seri Muka Pelangi pun hado! HAhaaa
tarik minat anak makan ni memacam gaya ada. As long anak nak makan. Kannn?


Related posts:

DoorGift My Mini Choc Moist Cake

Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

Pergghhhh... Sedap! Resipi Udang Galah Masak Diraja

TAHNIAH! ABX Express kini dikenali KEX Express Malaysia

Lifestyle Resepi NasiNasi Hujan PanasNasi Kendurinasi plantanasi planta pelangiResepiresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. CT Delima says:
    October 10, 2012 at 8:24 am

    As'salam Nina

    Weee…. cantik berwarna warni nasi mu itu Nina, ni ada suapkan tuk k.ct tak?? hehehe

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    October 10, 2012 at 10:02 am

    Wa'salam kak CT cayangg…

    Nina tunggu gak kak CT datang…..
    meh sini mehh… nganga arr ngangaa~ buka mulut besar sikit
    Nina suapkan nie ;p
    hehee…

    Reply
  3. tun_telani says:
    October 23, 2012 at 8:13 pm

    Salam nina… meriahnyer nasik.. sure budak2 lajuu je makan kan 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes