Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Donut Lembut Mudah
March 25, 2013May 9, 2020

Donut oh donut… ni dia Resipi Donut Mudah Lembut sampai besok

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera … Cuti sekolah telah bermula. Apa aktiviti anda bersama anak-anak seminggu ini? Jika belum ada plan nak bawa anak-anak bercuti boleh lah bawa anak-anak pulang ke kampung halaman.  Maklumlah, time sekarang baru nak book hotel atau flight kemana-mana pasti nya dah fully book ataupun harganya sangat lah mahal. (kalau mampu on ajer laaa…) Resipi Donut Lembut Mudah

Isi Kandungan hide
1 Resipi Donut Lembut Mudah
2 Related posts:
3 Alamak... Bahaya ke dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat..??
4 Mee Hoon Goreng Hailam
5 Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!
6 RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE

Ataupun, pulang ke kampung halaman …… Pasti bestkan buat yang ada kampung halaman? Sekurangnya, ada juga tempat yang nak dituju >>>>

Macam Nina, kampung pun dah tak der so untuk hari ini Nina bersama anak-anak menghabiskan masa bersama didapur sambil buat donut bersama.. 

Jom kita bermain tepung dan main tekap-tekap doh. Gerenti anak-anak suka 🙂
Ok, moh ler kita tengok resepinya~~

TIPS Resipi Donut Lembut Mudah

Resipi Donut Lembut Mudah

Resipi : Nina Mirza

500g tepung gandum (4 cawan tepung gandum)
1 peket mauripan 11g
200ml air suam
secubit garam – Nina letak 3/4 sdt
1 biji telur kuning telur
50g mentega (dalam 2 sudu besar)
1 sdb shortening ( takde boleh jer abaikan)
2sdb susu pekat
2 sdb gula pasir..nak letak lebih pun boleh..
sebijik kentang saiz comel di rebus dan dilenyekk.. (penting ni tau, wajib ada!)

Cara penyediannya
1-   Air suam, gula dicampur ngan yis dlm bekas  atau jug .  Kacau rata dan dibiarkan seketika hingga yis berbuih
2-   Dalam mangkuk lain, tepung gandum, kentang, susu pekat, shortening, mentega gaul sebati dengan tangan hingga kesemuanya rata. Ketepikan
3-   Apabila yis dah berbuih, masukkan 1/2 adunan tepung tadi bersama telur dan garam. Gaul rata.
4-   kemudian masukkan 1/2 lagi adunan tepung tadi. Gaul sebati sampai doh tidak melekat ditangan. Kalau lembik tambahkan sikit tepung.
5-  Biarkan seketika (lebih kurang 1/2 jam++) sehingga doh naik sekali ganda.
6-  Apabila doh dah naik, bolehlah buat bulat-bulat atau canai adunan tersebut dan terap menggunakan terap donut. Kot takde penerap, bulat laa bulat-bulat pastu tekan sikit. nanti lubangnya pakai chopstik  atau jari pun boleh.
(Time ni, perlu menggunakan agak banyak tepung gandum agar adunan tak lekat kat tangan, roll dan penerap.) Biarkan ianya naik lagi. Lebih kurang dalam 15-20minit. Doh yang ringan dah boleh digoreng.
7-  Goreng dengan api yang perlahan ke sederhana hingga bertukar warna keemasan. Balik-balik sentiasa supaya cantik serata warnanya. Toskan
8-  Kemudian, bolehlah disalut dengan gula icing atau gula halus. Jangan gula batu sudah lah yea….
9-  Sedia dihidangkan

ppsstt >>> adunan nie dapat banyak sangat (lebih 35 biji ++) kalau guna terap yang comel tuu. So apa lagi, pepandai laaa pass kat jiran sebelah. Takkan tu pun nak bilang iyer tak? HEhee

Tapi sebab dia lembut sampai besok, boleh korang simpan dalam bekas kedap, besok makan lagi sampai licin.

Atau . . . separuh adunan tu korang buat bulat-bulat, pas goreng belah tengah, sumbat timun, salad sikit dan sambal.
Tadaaaaa   > > > > Burger Malaysia in da house!

Selamat mencuba!

Buat yang bertanya ; Inilah acuan donut atau doughnut cutter yang Nina gunakan untuk terap donut ni…

Related posts:

Alamak... Bahaya ke dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat..??

Mee Hoon Goreng Hailam

Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!

RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE

Lifestyle Donut Gebukudap kudapanKuih Muih Warisan KitaResipi Gerenti Jadiresipi mudahresipi viral

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Rohah says:
    March 25, 2013 at 3:24 pm

    teringin juga nak mendonat..gebu akak tgk donut ni..

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    March 25, 2013 at 3:51 pm

    Kak Rohah,
    ayuh buat donut kak… Jom kita menggebuskan diri
    hehehe . . .

    Reply
  3. adda syuhada says:
    March 25, 2013 at 9:49 pm

    gebu jer donut tu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes