Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Bubur Jagung Keledek Sagu
November 19, 2015October 20, 2022

Dessert mudah minum petang – Bubur Jagung, Keledek & Sagu

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Baru-baru ni  Nina gi Tanah Rata, Cameron Highland. Banyak betul jagung kat sana. Biasa lah Cameron Highland kannn… Sinonim dengan strawberry. Tapi selain strawberry, ada pelbagai buah-buahan lain. Semuanya segar-segar. Resipi Bubur Jagung Keledek Sagu

Isi Kandungan hide
1 Resipi BUBUR JAGUNG KELEDEK SAGU
2 Related posts:
3 6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat
4 16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA
5 Jom sertai #YeosCharityChallenge dan menang RM1000 sempena Wajah Baru YEO's
6 Drama Trending : Sinopsis Drama LOVE ELSA Full Episod Akhir Tonton Online Lakonan Uyaina Arshad dan ...

Jagung  pun ada. Macam-macam jenis lak tuu… Ada madu, mutiara dan lagi best jagung Cameron Highland ni sedap dimakan begitu saja. Tak payah rebus dulu pun sedap. Jagung madu dan mutiara makan mentah-mentah gitu pun sedap!

Asal ke sana nampak jagung, asal ke sini nampak jagung akhirnya Nina pun TERbeli. Cultures shocked konon! Beberapa longgok gak laaa kami borong. Geng yang belanja, dia bayarkan. Apa lagi borong selagi ada depan mata. HAhaaa..!!

Pas dah bahagikan tuk family sorang sikit, ada baki kat rumah Nina bikin bubur.   Sebelum ni dok buat Bubur Jagung Barli . Rupanya letak keledek dan sagu manis nya lagi menyelerakan.

Mmmm…. Kombinasi jagung sagu dan keledek. Memang layan makan bubur panas-panas. Lemak manis gitu. Seronok lak kejap lembut, kejap rangup jagung.

Ehh… sendiri buat, sendiri puji. Ahaks!

Dah, Jom intai resepi Nina. Mana lah tau kot boleh bagi idea kat uolls prepare dessert tuk petang ni….

Resipi Bubur Jagung Keledek Sagu

Resipi BUBUR JAGUNG KELEDEK SAGU

Bahan-bahan
2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja)
4ketul keledek (size kecik) -dibuang kulit, potongan dadu
Secawan sagu -cuci bersih kemudian toskan
1 kotak kecil santan
500 ml air – kalau nak kuah lebih boleh lah tambah lagi …
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara penyediaannya
1- Didihkan air dalam periuk. Masukkan keledek, rebus separa masak.
2- Bila dah separa empuk masukkan jagung,  sagu dan gula, masak seketika hingga jagung lembut
3-  Kemudian masukkan santan, tunggu hingga mendidih sambil kacau sentiasa.
4- Setelah mendidih, rasakan dengan garam secukup rasa (sikit jer – kang masin lak)
5-  Tutup api dan sedia dihidangkan

ppssttt >>>> nak dimakan samada sejuk mahupun panas pun sedappp!
ikut citarasa masing-masing 🙂

Okies, selain jagung bahan asas bubur korang pun boleh mix match kombinasi bahan asas bubur. Keledek pun sesuai korang letak ChaCha + sagu. Nina dah pernah share Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis buat juadah manisan berbuka puasa lepas. Sedap juga. Cuba lah!

Related posts:

6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat

16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA

Jom sertai #YeosCharityChallenge dan menang RM1000 sempena Wajah Baru YEO's

Drama Trending : Sinopsis Drama LOVE ELSA Full Episod Akhir Tonton Online Lakonan Uyaina Arshad dan ...

Lifestyle Resepi Bubur JagungDessertJuadah Berbuka Puasakudap kudapanResepiResipi Buburresipi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes