Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 14, 2021September 3, 2022

Masak Apa Sedap Raya ke2? Dah bosan lauk Raya. Lauk Paling Mudah Simple, Gerenti licin!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua.. Biasanya Raya Pertama pelbagai juadah terhidang atas meja makan. Meriah! Opkos meriah semestinya… Masak Apa Sedap Raya ke2

Isi Kandungan hide
1 Masak Apa Sedap Raya ke2
2 Lauk Paling Mudah MasakTELUR MATA MASAK KICAP
3 Lauk Paling Mudah Cepat MasakSAMBAL BELACAN
3.1 Resipi Sambal Belacan Sedap confirm jadi by Nina Mirza
3.1.1 Cara buat Sambal Belacan Sedap
4 Lauk Paling Mudah Cepat MasakIKAN MASAK TAUCU
4.1 Related posts:
5 Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis
6 Meriah!! Wajib datang ke PWTC. Bufet Ramadan ala pasar malam di Riverside Restaurant..!!
7 Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV
8 Sakit hati dengan kawan! Apa kena buat?

Tapi bila dah masuk Hari Raya ke2 memasing dah mula lemau. Menu Raya depa ni dah tak pandang dah… Sebelah mata pun tak pandang, apatah lagi nak duduk makan. Kalau letak jugak, confirm tak laku. Huhuuu

Masak Apa Sedap Raya ke2

Dah bosan makan lauk Raya Ketupat Lemang Lotong bagai dah. Nak cari Resepi Paling Mudah Cepat Masak dan gerenti laku licin

Ini antara situasi normal yang terjadi di memana rumah pun kannnn? Elleehhhh… Toksah menafikannya. Kita sendiri pun rasa yang sama. HAhaa.. Keciwa mama penat masak lauk Raya Tahun depan masak yang sama jugak lagi. Mood Raya laaa katakan..

Okies, nak share menu paling di cari, menu paling laku di Hari Raya Ke2

Tadaaaaa

Resipi TELUR MASAK KICAP SEDAP

Lauk Paling Mudah Masak
TELUR MATA MASAK KICAP

Coba laaa hidang Telur Mata Masak Kicap sama nasi panas-panas. Confirm laku keras! HAhaaa.. Tak perlu masak beria berejam kat dapur. Ingatkan sorang sebiji dah cukup, rupanya tak cukup!

Sambal Belacan Sedap

Lauk Paling Mudah Cepat Masak
SAMBAL BELACAN

Ahaa… hok ni memang pembuka selera!
Kitaorang makan sama bayam brazil jer pun laju anak-anak makan. Krup krap krup krappppp rangup si bayam brazil ni.
Korang suka style Sambal Belacan yang camner?

Resipi Sambal Belacan Sedap confirm jadi by Nina Mirza

Bahan-bahan
Belacan – agak-agak sebesar ibu jari X2
30 tangkai cili padi – nak lebih tambah lagi
5 tangkai cili merah
3 biji limau kasturi – perah ambik air nya aje
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit garam pink dalam 1 sudu besar
Gula sesedap rasa – Nina buh dalam 1 atau 2 sudu besar

Cara buat Sambal Belacan Sedap

Nina suka tumbuk tapi kekadang malas Nina blend jer . Ikut mood.
Kedua-duanya ada beza. Kalau blend sedikit berair dan tumbuk lagi syok makan bila tergigit cili atau tomato sebab tak berapa halus macam blend.

Kalau tumbuk, memula tumbuk cili merah, belacan dan kemudian  cili padi. Pastu masukkan tomato yang dah dipoong dadu kecik-kecik. Lenyek-lenyekkan..

Perasakan dengan garam dan gula dan  perahan air limau kasturi. Siap!

Memang terangkat laaa cecah bersama ulam-ulaman. Kekadang makan sama nasi panas, ikan goreng garing pun boleh licin seperiuk nasik!
Tak caya cuba!

Ikan Tenggiri masak Taucu menu dalam pantang

Lauk Paling Mudah Cepat Masak
IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan
Beberapa keping Ikan Tenggiri (atau ikan pilihan anda)
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1/2 inch halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris kasar utk hiasan

Cara-caranya

1- Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
2- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan
3- Masukkan taucu dan sos tiram masak hingga mendidih
4- Setelah mendidih, masukkan ikan dan renjiskan dengan sos ikan. Tak payah buh garam sebab taucu dah masin. Kot perlu buh laa sikit garam dan gula secukup rasa. Siap!
5- Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi

Korang masak apa Raya ke2?

Related posts:

Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis

Meriah!! Wajib datang ke PWTC. Bufet Ramadan ala pasar malam di Riverside Restaurant..!!

Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV

Sakit hati dengan kawan! Apa kena buat?

Lifestyle Resepi Dah boring makanIdea Nak Masak ApaLauk Paling Mudah Cepat MasakMasak Apa Sedapmenu rayaRaya ke 2resepi mudah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Aisya Ismail says:
    May 14, 2021 at 9:30 pm

    Kak nina masak apa pun nampak sedap.

    Reply
  2. Siti Rabiah binti Adnan says:
    May 16, 2021 at 5:15 am

    nina !!! nampak sedap betul semuanya !! terliur atie.. hee~

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes