Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap Sukatan Cawan Gerenti Jadi
November 12, 2020November 11, 2020

Wajib cuba! Resipi BROWNIES Kedut Paling Sedap confirm jadi

Brownies ohh Brownies…⁣ !! Dah lama nak cuba buat Brownies⁣. Tapi⁣ setelah bertahun berlalu, masih belum punya kekuatan nak buat. Belum kesampaian⁣, belum sampai seru orang kata. Resipi Brownies Kedut Mudah 

Isi Kandungan hide
1 ⁣Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap Sukatan Cawan Gerenti Jadi
1.1 Tutorial Video Cara buat Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap Sukatan Cawan Gerenti Jadi
2 Related posts:
3 JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa...!!
4 AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK
5 Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???
6 Buffet Ramadhan | Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL BEST!

Sebabnya⁣
Risau ada yang tak gemar.⁣
Maklumlah, Brownies ni kategori ala ala kek bantat gitu. Kata Geng 😅😁😁⁣
⁣
So agak tertangguh tangguh nak buat… Gitu laaa kisah nya⁣
⁣
Tapi anak sulung Nina – Eillya suka nau lak makan Brownies. Maka⁣
Dia godek laaa sendiri segalanya. Try an error hinggalah terjadinya seketul Brownies yang so sedap ni…⁣
⁣
Allahu… Terharu mama!⁣
Siap dengan tutorial video nya sekali dia buat kan. Cuma bab editing video mama dia terpaksa siapkan. Katanya tak reti.⁣
⁣
Ok laaa… Atas usaha dan kegigihan Eillya, mama siapkan tutorial video hasil sentuhan Eillya. Tahniah sayang!⁣
Nina simpan kenangan Eillya kat sini, next time nak baking lagi kita refer sini ehh… ⁣

Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap Sukatan Cawan Gerenti Jadi

⁣Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap
Sukatan Cawan Gerenti Jadi

Bahan-bahan
1 cawan (300gm) ketulan dark chocolate (coklat masakan)
1/2 cawan butter (150gm) unsalted butter – potong kiub
4 biji telur
1/2 cawan gula perang (250gm)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)  (80gm)
2 sudu besar serbuk koko (20gm)
2 sudu besar air bancuhan kopi
1/2 sudu kecil garam

Tutorial Video Cara buat Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap
Sukatan Cawan Gerenti Jadi

1.-  Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan dulang berukuran 9×9 inci dengan butter dan lapik dengan kertas parchment atau kertas baking.
2.-  Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
3.-  Panaskan air sehingga mendidih dan cairkan ketulan coklat bersama unsalted butter menggunakan kaedah ‘double boiler’ atau ‘bain marie’. Pastikan mangkuk yang digunakan adalah tahan panas dan bahagian bawah mangkuk tidak kena air mendidih. Apabila cair sepenuhnya, kacau sebati kemudian angkat dan ketepikan.
4.-  Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati (anggaran 30 saat).
5.-  Masukkan bancuhan coklat dan butter tadi, air bancuhan kopi dan kacau lagi sehingga licin dan sebati (anggaran 30 saat).
6.-  Masukkan pula bahan ayak dan kacau sekata. Jangan kacau terlalu lama. Memadai jika adunan basah dan adunan kering sebati. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit.

Tips: Telur yang digunakan haruslah pada suhu bilik supaya mudah sebati dan tidak berketul di dalam adunan. Jika telur sejuk, boleh direndam seketika di dalam air suam-suam kuku selama 10-15 minit.

Brownies sudah masak sempurna jika anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik keluar ia agak sedikit basah dan berketul di hujung. Jangan bakar sehingga kering kerana dia akan menjadi seperti tekstur kek.

Tak susah pun rupanya dan korang should try.
Selamat mencuba..  and Happy Cheat days!

Cuba : Kek Coklat Moist Super Sedap Gerenti Jadi. Resipi Untuk Niaga Online

Sekian salam ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa...!!

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???

Buffet Ramadhan | Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL BEST!

Lifestyle Resepi BrowniesBrownies kedutDessertKekkek paling mudahkek Paling senangResepi kek simplesukatan cawanTips Bakingtips buat cake gerenti confirm jadi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (17)

  1. IQ says:
    November 12, 2020 at 2:42 pm

    sedapnya tengok brownies kak ninaaa

    Reply
  2. Yaya Azura says:
    November 12, 2020 at 2:45 pm

    Suka brownies kedut..lamanya tak buat brownies..

    Reply
  3. farhana jafri says:
    November 12, 2020 at 3:01 pm

    mudah sangat nak buat brownies ni. No wonder lah ramai yang jual brownies ni hehe

    Reply
  4. Fadima Mooneira says:
    November 12, 2020 at 5:59 pm

    Yummii-licious brownies! Would love to try this out. Thank you for sharing your recipe with me.

    Reply
  5. Marina says:
    November 12, 2020 at 8:00 pm

    Macam senang je buatnye. Tak pernah lagi buat brownies. Ada masa nanti boleh cuba. Thank you sharing

    Reply
  6. Ummi says:
    November 12, 2020 at 8:54 pm

    Saya sgt suka mkn brownie tapi so far, mampu beli je la. Dh try buat brp kali asik tak jadi tekstur yg mcm sy nak. Mungkin boleh try resepi Nina pulak lepas ni.

    Reply
  7. Eina Md Ali says:
    November 12, 2020 at 10:00 pm

    Anak2 Eina suka, tapi tak berkesempatan nak buat sendiri. Hehe. Nanti bolehlah try

    Reply
  8. Cik Puan Ena says:
    November 13, 2020 at 12:51 am

    Tak pernah buat sebab takut tak jadi. Tapi tengok sis buat bahan takdelah susah. Ermm kena berani kan jgkla hahah. Kalau tak sampai ke sudah tak tahu pandai ke tak. Asik beli je.

    Reply
  9. Nadia johari says:
    November 13, 2020 at 3:03 am

    Kita pun suka brownies juga.. Wah bgus eillya godek semua.. Rajin..

    Reply
  10. Kitkat Nelfei says:
    November 13, 2020 at 6:57 am

    Rupanya penyediaan brownies ni tak susah kan.. Nak try buat juga la brownies ni.. thanks for the recipe.. 🙂 Nak try buat la since today cuti 🙂

    Reply
  11. Sis Lin says:
    November 13, 2020 at 9:44 am

    Lama tak membaking, bila nengok respi dan bahan ni mudah sangat, rasa nak buat laaaa…

    Reply
  12. Ayu Rafikah says:
    November 13, 2020 at 9:54 am

    Nanti nak buatla.. nampak sedap dan senang. Makan dengan ais krim mesti best

    Reply
  13. Veronica says:
    November 13, 2020 at 10:09 am

    Thank you for the amazing recipe, will try this out soon! They looks so yum!

    Reply
  14. Min says:
    November 13, 2020 at 10:20 am

    Nampak sedapnya la..thanks kak for the recipe nanti nak cuba buat la..nanti kalo jadi sy update hehe

    Reply
  15. ienaeliena says:
    November 14, 2020 at 4:18 am

    wahh sedapnya brownies.. iena suka makan brownies tapi tak pernah buat lah..biasa beli je..member jual hehe..boleh la cuba buat nanti 🙂

    Reply
  16. Hayati Suki says:
    November 15, 2020 at 9:45 pm

    Mudah juga resepi & bahan2 nya. Sisyat suka makan brownies ni, tapi belum try buat sendiri. Takut tak menjadi..hehe
    Anyway, thanks for the receipe

    Reply
  17. Pingback: Resepi Kek Bajet Homemade Online KEK PISANG Sedap Mudah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes