As’salam dan selamat petang buat semua … Esok cuti dan selamat berhujung-minggu. Jalan ke mana esok? Moga-moga hari cuti nanti dapat di manfaat bersama keluarga tercinta….
Ok laaa …. jap tadi Nina buat muffin tapi kali nie Nina letak kismis. Baik untuk otak dan minda 😉 Betul kannn, kan kannnn..?? Hehhe . . . Tak mau citer banyak lah hari nie, masa tak mengizinkan ……
Vanilla Muffins with Kismis
Bahan A
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
1 cawan susu segar
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula halus (kalau nak letak 1cawan pun ok)
secubit garam
Bahan C
Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu 180c
- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
- Buatkan lubang di tengah-tengahnya
- Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, (pukul satu persatu – kacau rata hingga sebati) .
- Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
- Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
- Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
- Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
- Bakar muffin selama 20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
cantik & gebus je..tq share resepi nye
As'salam Intan…
TQ yea… selamat mencuba!!
muffin nie antara menu yg tiap minggu Nina pasti buat 😉
Dah buat ikut ni. Jadi!!!. Thanks sis