Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 5, 2018February 5, 2018

Tempat Makan BEST Senawang | KoffeeKabin Cafe sedap berpatutan

Hujung minggu tak keluar jalan tak sah!

Isi Kandungan hide
1 Hujung minggu tak keluar jalan tak sah!
2 Dah lunch time, singgah makan kat Senawang
3 KoffeeKabin Cafe Senawang
4 KoffeeKabin Cafe Senawang
5 Apa yang menarik kat Koffeekabin Cafe ni?
6 Nama menu KoffeeKabin rare!
7 Menu apa yang sedap kat KoffeeKabin Cafe Senawang
8 Laksa – RM5.90
9 Western – Grilled Lamb RM15.50
10 Nasi Goreng + Grilled Chicken RM14.90
11 NISMILAN SPECIAL – Nasi Goreng Gomencheh (RM6.90)
12 JUNIOR SET – RM5.90
13 Kaffeekabin Cafe – Tempat makan BEST Senawang
14 Harga amat berpatutan
15 Apa lagi yang BEST kat KoffeeKabin Cafe Senawang
16 Lokasi
17 Alamat
18 Waktu Operasi
18.1 KoffeeKabin Cafe – Tempat makan BEST Senawang
19 Related posts:
20 Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM TV3
21 Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
22 Staycation HOTEL KUALA LUMPUR dan tempat makan sedap murah KL
23 BB Cream apa yang BEST? Aku suka BB Cream Cosmoderm sebab

Ke mana korang selalunya hujung minggu? Bagi Nina hujung minggu memang family time. Kebiasaannya kami jarang dok rumah. Ok jujur nya, Nina yang tak betah dok rumah. Heheh . . . Yelah, surirumah kann, dah setiap hari dok rumah, tentu lah weekend nak keluar jengjalan dan semestinya gantung kuali aka cuti masak! Penat weyy … Hari-hari ngadap opis dapur kecik kita.

Alhamdulillah Geng selalu perkenankan kerenah isteri nya yang comel lotte ni. Ok perasan! Hari tu anak-anak yang sibuk nak jalan rumah Aunty Mas depa yang dok area Mambau, Port Diskson. Memandangkan cuaca baik, maka permintaan di luluskan. Yeahhhh  . . ..!! Mama nya over excited. hehe . . .

Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler

Dah lunch time, singgah makan kat Senawang

Memandangkan masa perjalanan tu dah tengahhari, perut pun dah mula nyanyi sumbang lagu M.Nasir  – Keroncong untuk Ana maka kami decide makan area Senawang jer. Kita Jalan-Jalan Cari Makan bebudak ni kata.

Lepas keluar aje tol Senawang, terus jer …  Pastu kami ronda-ronda area Pusat Bandar Senawang 18. Pusing-pusing nampak laaa nun Cafe ala Kopitiam yang terletak tepi sudut conner. Hurmm… Nampak menarik, bersih! Kopitiam ni biasanya menyediakan menu yang pelbagai. Macam-macam ada! Senang tuk anak-anak Nina yang pelbagai selera tekak depa. Ada suka style omputeh, ada tak mo makan nasi, ada yang makan ikut suka dia jer …

KoffeeKabin Cafe Senawang

“Kita makan sini jer laaa…” ok!

KoffeeKabin Cafe Senawang

Usai melangkah masuk ke dalam cafe, suasana nya yang minimalis, simple, santai  dan tersusun buat Nina rasa tenang jer.  Berkonsepkan ringkas gini memang sesuai laa bawak family makan kat sini.  Ruang antara meja nya tak sempit. Selesa! Lepak ngan kengkawan chit chat pun syiokkk sini . . Staff dia pun friendly dan mesra alam. Suka tengok 🙂

Apa yang menarik kat Koffeekabin Cafe ni?

Sambil dok belek-belek menu, terus tanya waiter dia apa yang selalu pelanggan order kat sini? Yelah, tak pernah datang kann, tanya lagi baik. Idok lerrr teragak-agak nak makan apa. Dan tentunya yang Hot killer menu tu memenuhi citarasa ramai. Nak gak rasa, sedap ke kannnn?!

Nama menu KoffeeKabin rare!

Nama menu depa kebanyakkan nya agak unik. Rare gitu! Tak akan jumpa kat tempat lain. Ada tercatat kat  ‘Nismilan Special’  – Nasi Goreng Gomencheh, Nasi Goreng Linggi, Nasi Goreng Rantau, Nasi Goreng Gongek. Alamak … Apa tu bongek?!? Huhuuu . . . Walau apa pun tahniah sebab depa memartabatkan nama menu mengikut identiti  Negeri Sembilan gitu.

Menu Air dia pun rare – Ada PD Blues, The Royal Menanti, Deep Purple Jelubu, The Green Jenpoi, The Red Rembou. Eh! Tetiba rasa nak nyanyi lagu Yo, Waris Rembau most wanted Yo! Haha . .  Ok ngade!

Menu apa yang sedap kat KoffeeKabin  Cafe Senawang

Menurut waiter nya yang ramah-tamah ni, kat sini paling ramai pelanggang depa order Laksa, Mee Kari. dan Nasi Goreng Gomoncheh. Hurmm… Anak sulung Nina – Eillya memang hantu Laksa. Pengkritik tetap dia kalau makan Laksa. Ok cun, Laksa satu!

Dah waiter nya kata ini killer menu depa, rugi  laaa kalau tak order kann…?? Nak gak tahu apa yang sedap ngan Laksa kat KoffeeKabin Cafe ni.

Akhirnya kami decide order beberapa menu. Tadaaa…!! Ini lah yang kami order

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Ok, Nina order Laksa, Nasi Goreng Gomoncheh, Nasi Goreng +Chicken Grilled, Lamb Grilled dan Junior Set – Nasi Goreng +Ayam Goreng + Sup dan free Air Ribena.

Air lak Nina order PD Blues, The Royal Menanti, Signature Hot Chocolate dan Favorite Nina Hazelnut Latte.

Laksa  – RM5.90

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Hurmm   . . . . Terpaksa bersetuju ngan cadangan waiter tadi. Serius, memang sedap! Tak daya nak nafikan. Korang tengok laaa tu, kuahnya pekat!!  Kombinasi rasa kuahnya cukup masam, masin pedas. Pastu lak isi ikan nya banyakkkk seyh…!! Perah sikit limau kasturi tu. Perghhhh . . . . Sampai ke titisan terakhir kasi licin mangkuk tu dibuatnya. Nina amat berpuasti dengan Laksa KoffeeKabin Cafe. Terbaik laaa  . . .

Western – Grilled Lamb RM15.50

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Grilled Lamb – Western Food ni kegemaran dak Eilman. Selera tekak dia style omputeh sikit. Kalau pi makan luar kat mana-mana, dia  lah yang akan order Western. Ok, Mama layankan aje sebab nanti mama gak nak share sikit. Hehee . . .

Grilled Lamb nya empuk, moist. Ok laaa…  Paling sedap Grilled Lamb dia adalah sos black pepper nya. Sedap!  Tak berapa pedas,  kepekatannya pun sedang elok. Kena dengan citarasa Nina yang agak OCD bila makan kat luar ni.   ok lulus!

Nasi Goreng + Grilled Chicken RM14.90

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Nasi Goreng + Grilled Chicken ni memang mengenyangkan! Mau tidak …  Dengan nasi goreng, Chicken Grilled, pastu ada lak telur mata kat atas nasi. Hirisan carrot atas ayam tu crunchy membuka selera. Kombinasi curahan sos black pepper atas grilled chicken memang superb lah! Korang yang kelaparan harus order ni. Berbaloi-baloi bang angg …

NISMILAN SPECIAL – Nasi Goreng Gomencheh (RM6.90)

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Ini Geng punya. Dia memang suka order sesuatu yang rare! Menurut Geng, sedap Nasi goreng Gomencheh ni. Rasa yang unik sebab nasi ini digoreng bersama dengan isi ikan. Sambil makan tu memang terasa isi ikan kat celah-celah nasi gorengnya. Dihiaskan dengan keropok ponny, telur mata, sup memang membuka selera, Pekena lak ngan sambal belacan dia , “Uuumpphh…!! Cukup rasa , sedap!”

JUNIOR SET – RM5.90

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Nasi Goreng Cina + Ayam Goreng + Sup dan Air Ribena / Soya

Nina sangat berpuasti dengan ada nya menu for kids gini. Mudah lagi praktikal tuk yang bawak family macam Nina ni. Harga sangat berpatutan. Portion nya bagi Nina banyak gak! Hehee… Bagus owner tak berkira. Dah macam portion tuk Nina jer gamaknya. Ker Nina yang makan sikit. Eerrkk … Nasi Goreng Cina dia sedap! Junior Set ni Eilhan share ngan Baby Eilysa.

Junior Set ni siap dengan air sekali. Best kann..?? Nina pilih ribena tuk Eilhan. Kalau anak korang tak gemar kan Ribena, pilihan lain – Air Soya. Sedap gak tu kann… Puashati laaa Junior Set ni! Terbaik

Kaffeekabin Cafe – Tempat makan BEST Senawang

Amacam korang… Macam tertarik kann??  Korang tengok pun dah nampak menarik, Nina yang makan ni dok teringat sambil cakap type ni tau! Kesian kita tau, sambil upload gambar ni, terliur teringat-ingatkan kuah Laksa dia. Huhuuu . . .,

Tapi  . . . Nina nak gak share ngan korang. Yelah… Nina dah jumpa tempat makan BEST kat Senawang – Koffekabin Cafe  so kena kasitau korang kann… Pasni korang lak pi terjah sana ehh . . . Eh! Nak pi tuu roger Nina tau. Nak ikuttttt . . . !!

Harga amat berpatutan

Dengan ini, Nina mengiktirafkan KoffeeKabin Cafe  – tempat makan BEST  kat Senawang . Chewah … Kengkonon macam bagi ucapan tarikh Raya gamaknya. Hehe . . . Tapi serius awak! Nina tak sangka kopitiam gini harga dia murah berpatutan sangat. Portion pun banyak! Puashati laaa . . . Recomended!

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

Eh ehh …!! Kita tengah sibuk pose ambik gambar, dak Eilhan tuu angkat tangan sibuk nak panggil waiter. Nak apa entah dia tuu?! Ada-ada aje kerenah dia

Apa lagi yang BEST kat KoffeeKabin Cafe Senawang

Tengok tu … Ada disediakan surau yang selesa kat atas cafe ni.  So masa makan idok lerr korang terkejar-kejar nak cepat ker kot masa sampai dah nak habis waktu.  memang boleh spend family time laa kat sini.

Kat sini pun ada WiFi!  Boleh laa umpan anak-anak tengok Youtube Cartoon sambil korang boleh tenang menjamu selera. Macam anak-anak Nina, weekend ni jer laaa waktu depa boleh pegang handphone. So jangan laaa kecam kita bila nampak anak kita dok main handphone masa kita tengah makan. Ini aje my own sweet time nak  makan tanpa perlu rushing! Rasanya hanya surirumah jer memahami situasi kita kot… Huhuuu . . . Eh! ‘Ter’ membebel lak  Oopsss….

Lokasi

Tak susah pun korang nak cari Koffeekabin Cafe ni,  korang drive arah  jer ke Pusat Bandar Senawang 18, Cafe ni betul-betul belakang Bank Islam. Aduyai … Susah sangat, korang Waze jer KoffeeKabin Senawang. Ikut aje arahan En. Waze Wazir gerenti sampai . Kalau tak de waze sila  Install ya. ..

Ppssttt  > > > > Korang, sebelah cafe ni ada  kedai baju Mari-Mari. Murah weyyy baju kat sini, terutama baju sekolah – Pakaian Beruniform Ko-Kurikulum.  Beza murah dia hampir seploh hinggit awak! Jimat jimat …  Sempat laaa Nina borong tuk anak-anak baju  Ko-ko depa.

Nahh … sila tutup mata nengok youtube Nina ehh … Coba-coba masih learning proses lagi ni. Kita guna semakphone jer awak … Huhuu

Alamat

KOFFEEKABIN By Umai Kopitiam
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Negeri Sembilan, Malaysia

Tel : +606 675 7473
Email : customerfirst@koffeekabin.com

Waktu Operasi

Setiap hari kecuali Jumaat – tutup
10:30pagi – 10:30 malam

KoffeeKabin Cafe tempat makan BEST Senawang

KoffeeKabin Cafe   – Tempat  makan BEST Senawang

Bye bye KoffeeKabin Cafe. Lain kali kami ke Negeri Sembilan lagi kami pasti singgah!

Related posts:

Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM TV3

Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik

Staycation HOTEL KUALA LUMPUR dan tempat makan sedap murah KL

BB Cream apa yang BEST? Aku suka BB Cream Cosmoderm sebab

Lifestyle Review Travel Info - Food ReviewInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaKoffeeKabin CafeSenawangtempat makan bestTempat makan murahtempat makan sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (34)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    February 5, 2018 at 6:30 pm

    Ehhh menarik lah….harga tu ok lah, sesekali makan ngan famili best tu.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:35 pm

      Menu derang semua mengancam diet! Try laa…

      Reply
  2. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    February 5, 2018 at 10:56 pm

    Harga makanan pun berpatutan, dekat sangat dengan rumah ni, nanti ajak en shuben lah ke sana juga

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:36 pm

      Aaahh … Harga berpatutan. Portion pun berbaloi.. Dah dekat tuu.. rugi tak terjah!

      Reply
  3. Dkna Abza says:
    February 6, 2018 at 9:09 am

    cantik gambar buat rasa terliur lak

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:37 pm

      Hahaa… Cepatan lap ayaq liuq tuh.. Malu nanti orang nampak. Hehee

      Reply
  4. IQ aka Izyan Balqis says:
    February 6, 2018 at 9:20 am

    nampak sedap semuanya! tapi silap buka entry ni bila tengah puasa. T.T

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:37 pm

      Alahai yang… Sian dia. Nanti buka puasa pi berbuka kat sini ehh

      Reply
  5. YB Shehan says:
    February 6, 2018 at 11:33 am

    cam sedapppppppppp..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:38 pm

      memang sedapppppppp..!! Berapa banyak ‘p’ daaaa
      hahaa

      Reply
  6. Min Shamsuddin says:
    February 6, 2018 at 4:41 pm

    Menariknya tempat ni..leh la try kalo2 kte lajak ke sana nanti

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:39 pm

      ahaa..!! Recomended Min.. Nanti bawak Abe Yee

      Reply
  7. allene says:
    February 6, 2018 at 7:00 pm

    Wahhh menarikk lah.. selalu je g senawang ni. Nanti leh singgah.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:40 pm

      ooo … Selalu pi Senawang ehh? Harus terjah Allene

      Reply
  8. Sofinah Lamudin says:
    February 6, 2018 at 7:12 pm

    Waaa bestnyaa.. Sesuai makan dengan family.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:41 pm

      Sofinah, nanti bawak seisi keluarga makan sini. Puashati berbaloi belanja family
      Berkat rezeki 🙂 Dan…. jangan lupa ajak kak Nina sekali ehh
      hehee

      Reply
  9. Moha says:
    February 6, 2018 at 7:17 pm

    Kalau kak nina kata sedap, tentu sedap ni. InsyaAllah klu ke sana boleh singgah

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:41 pm

      Trust my taste Moha! InsyaAllah… korang pun akan suka nanti

      Reply
  10. Lynda Che Lah says:
    February 6, 2018 at 7:33 pm

    Dahlah teringin laksa!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:42 pm

      Alololooo . . . Anyway, Laksa dia memang terbaik!

      Reply
  11. mas saari says:
    February 7, 2018 at 10:44 am

    Cantiknya kafe dia, harga makanan pun murah dan berpatutan.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:43 pm

      Betul Mas… You dah dekat ni sesuai laaa cuba makan sini lak. Sure you puashati ngan harga dan portionnya

      Reply
  12. azura says:
    February 9, 2018 at 10:00 am

    Cantik kafenya,makanan pun nampak sedap-sedap.boleh la cuba kalau lalu senawang nanti

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:44 pm

      Selesa Zura bawak family. Nanti nak datang sini roger ajak kak Nina sekali ehh…
      kita pun nak pi lagi , nak try menu lain lak

      Reply
  13. Mariana says:
    February 9, 2018 at 10:04 am

    Harga berpatutan dan sedap confirm dtg lagi

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:44 pm

      Sememangnya..!!

      Reply
  14. Qaseh says:
    February 9, 2018 at 2:16 pm

    Cantiknya tempat dia … Makanan pun menyelerakan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:46 pm

      Selesa sini Qaseh. try laaa… InsyaAllah, Qaseh menepati citarasa Qaseh

      Reply
  15. Uncle Zuan says:
    February 10, 2018 at 8:10 pm

    hehe port saya dating dengan isteri saya ni kak 😀

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 11, 2018 at 2:46 pm

      Oooo … port main nyorok-nyorok ehhh kat sini. Lain kali nak intai dia.
      hehee

      Reply
  16. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says:
    February 13, 2018 at 3:51 pm

    nampak menyelerakan semua makanannya..nak trylah makan di koffeekabin cafe.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 18, 2018 at 6:13 pm

      Radhia, cuba tau jangan tak cuba
      InsyaAllah berpuashati…!!

      Reply
  17. Fisya says:
    February 15, 2018 at 12:18 pm

    Wah menarik restoran ni.Kebetulan nk ke Negeri Sembilan boleh singgah.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 18, 2018 at 6:15 pm

      Yeayyy…!! Harus terjah KoffeeKabin ni tau
      Nanti share ngan Nina feed back dia eh

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes