Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Spaghetti Bolognese
September 25, 2012December 12, 2023

Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Pes Segera

Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Paste Segera yang Nina nak kongsikan hari ni. Ya, tanpa paste segera, tak susah pun! Pasni korang tak perlu dah pes segera dalam botol tuh. Pernah jadi isu, rupanya dalam kandungan ada bahan tak halal. Naya pak karim ooiii… So sebaiknya, jom kita buat better buat sendiri je.

Isi Kandungan hide
1 Tips tangani STRESS
2 Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Sedap
3 Related posts:
4 Bila sel otak tak reti berhubung... Ayam Goreng Kunyit aje!
5 Sinopsis Drama NUR 1 Hebat! Wajib tonton
6 Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah
7 Buntu daa.... RESEPI MUDAH TAUHU TELUR SOS TIRAM

Apa khabar semua teman-teman yang sudi kunjungi teratak Nina….? Terima kasih banyak-banyak yea….. Moga-moga anda semua dalam keadaan baik disamping tugas harian. Kalau cerita bab kerja nie…. sampai bila-bila pun tak akan ada kesudahannya so buatlah semampu yang boleh  dan jangan dipaksakan diri nanti sendiri yang susah.  Kitalah yang perlu bijak menyusun atur kehidupan seharian kita …..   Jangan stress- stress ehh …

Hrrmm …. cerita bab stress nie pula, ada beberapa tips yang ingin Nina sharekan disini. Info ini Nina dapat kat pintu lift di salah sebuah hospital yang Nina kunjungi baru-baru nie.

ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak

Tips tangani STRESS

Antara beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menangani stress ;-

  • Mulakan dengan bertenang
  • Tarik nafas dalam-dalam
  • Berkata pada diri  “relaxlah…..”
  • Beribadat
  • Bercakap dengan seseorang (pilihlah orang yang mampu memberi kata-kata semangat bukan mengapi-apikan tau~~ hehe)
  • Berurut
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berfikiran positif

Ok laa…. Jom tengok resepi spaghetti bolognese Nina kali nie..

Resipi Spaghetti Bolognese

Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Sedap

bahan-bahan 

1 paket spagetti
400 gm daging ayam cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang – dihiris halus-halus 

1 biji carrot – dipotong dadu
4 biji tomato – dipotong dadu
4 s/b cili mesin (Nina kurangkan dalam 2 sudu besar sahaja)
2 labu bawang besar – dipotong dadu
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 s/b lada hitam
1 tin tomato puree
1  cawan air rebus pasta (boleh tambah lagi ikut suka kepekatan kuah)
minyak untuk menumis
garam
1-2 sudu besar Mixed herbs
daun parsley untuk hiasan

Cara penyediaannya

  • Panaskan air bersama sedikit  garam. Bila mendidih masukkan spagetti. 
  • Masak hingga lembut dan toskan.
  • Gaulkan dengan sedikit Olive oil dan masukkan dalam pinggan. 
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Masak sehingga wangi.
  • Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
  • Masukkan ayam  cincang dan kacau rata. Hancur-hancurkan ayam tersebut kepada ketulan-ketulan kecil. Kacau rata sehingga ayam masak. 
  • Masukkan sos tomato puree, carrot, garam, air rebus pasta dan lada hitam bersama mix herb dalam satu sudu besar)
  • Gaul rata kesemuanya sehingga kuah mendidih.
  • Angkat dan tuangkan kuah ke  atas spaghetti 
  • Hiaskan dengan daun parsley. 

Selamat mencuba !!

Mudah kannn? Actually resipi spaghetti bolognese Nina resepi yang biasa dan simple! Pasta merupakan antara menu untuk dinner pilihan keluarga Nina. Mostly spaghetti dan spiral yang menjadi kegemaran selain macaroni. Sauces yang menjadi pilihan pula adalah bolognese dan carbonara. Boleh tengok Spaghetti Carbonara dan Pasta Carbonara untuk sauce carbonara ehh ….

Resepi Spaghetti Carbonara Paling Senang Sedap



Actually dah beberapa kali juga Nina sharekan resepi Spaghetti Bolognese nie. Nina sharekan lagi resepi nya. (sebagai rujukan Nina kemudian hari juga)  Selalunya untuk kuah Nina akan doublekan sukatan, Suka kuah banyakk….. hehee

 

Related posts:

Bila sel otak tak reti berhubung... Ayam Goreng Kunyit aje!

Sinopsis Drama NUR 1 Hebat! Wajib tonton

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah

Buntu daa.... RESEPI MUDAH TAUHU TELUR SOS TIRAM

Lifestyle Resepi Tips Meepastaspaghetti BologneseWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. adda syuhada says:
    September 25, 2012 at 11:44 am

    kt sini dh tayang spaghetti plak..nampak bukan main sedap…dh macam2 dh anak tekak ni nk makan..hahhaah

    Reply
  2. Gee® says:
    September 25, 2012 at 1:57 pm

    salam ziarah dan salam perkenalan… terlior tgk spagheti…

    Reply
  3. Qasey Honey says:
    September 25, 2012 at 3:19 pm

    slm Kak Nina cyggg…menu omputih yer hari ni…mnarik!! jadi tliur dr pg td tgk spagheti ni…

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    October 1, 2012 at 8:50 pm

    Wslm Gee,

    Terima kasih sudi singgah blog Nina yang tak seberapa nie.
    Salam perkenalan juga dari Nina 🙂

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    October 1, 2012 at 8:56 pm

    Wa'salam Qasey Honey….

    Sekali sekala menu omputih..erkkk>>> selalu gak ;p
    Actually, hubby kak Nina kurang makan nasi tu yang selalu dok masak pasta 🙂

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    October 1, 2012 at 8:58 pm

    as'salam Adda…

    teliur ehh?? anak tekak Adda tuu bilang dia nak makan spaghetti lah tuu
    hehehe…

    Reply
  7. PinkUmmi says:
    October 22, 2012 at 4:25 pm

    thanks sahre resipi nih 🙂

    Reply
  8. Nina Mirza says:
    October 22, 2012 at 11:56 pm

    sama-sama PinkUmmi …
    moga menepati citarasa PinkUmmi sekeluarga hendaknya 😉

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes