Sapa pernah makan sotong dalam tin warna oren tuu? Kat luarnya tulis jenama REX. Ada logo ala-ala crown permaisuri gitu.. Tahu tak? Pernah nampak? Rugi tak tahu sebab femes sungguh sotong tin REX ni, tak tau sila google tau.
Kalau nak tahu, sotong dalam tin ni sangat nostalgia buat orang dolu-dolu. Menurut citer Abah Nina, Atok Nina dulu polis dan tika dulu mereka diberi subsidi bahan asas keperluan. Antaranya adalah sotong dalam tin jenama REX ini.
Resepi ini pun olahan dari zaman atok nenek Nina dulu. Sekarang menu ni antara menu kegemaran Nina sekeluarga. Paling best penyediaannya sangat cepat dan mudah. Lebih tepat menu malas masak! Hehee….Ssyyyhh…. Jangan cakap orang ehh.!! Pecah lobang. Hahaa..!! (Idok lerr malas mana pun – ayat sedapkan hati) hihiii~
Ok, menu ni juga sesuai buat menu lauk bubur nasi terutama buat orang sakit, tak de selera makan, tekak tawar dan pelbagai sakit yang seangkatan dengannya. •••sakit hati pun boleh try•••
Sebab….
Kombinasi kuahnya yang masam, masin, lagi pedas memang sesuai terutama sekali buat yang demam kus-kus. Demam ngada-ngada nak kena ketuk ketampi. Sapa tuu? Bababb dia~ ahaks!!
Deras-deras (cepat-cepat) **bahasa orang Johor** nengok resepinya sebelum banyak lagi rahsia lain pula terbongkar. Oopsss…!!
Resepi Sotong REX Masak Asam
Isi Kandungan
hide
SOTONG REX MASAK ASAM
Bahan-bahan
1tin besar sotong tin REX kecik tak cukup lak nanti
1biji bawang besar – hiris halus
3ulas bawang putih – Nina ketuk aje
4inch halia -hiris halus
4biji cili kering – potong dalam 2inch
Kalau suka pedas berapi, letak lah cili padi. Ikut lah tahap kepedasan anda. Kot nak letak 5 genggam ker… Huh? Fuhh..!!
Bancuhan air asam jawa – sikit jer. (tak pekat sangat dan tak cair sangat)
1biji tomato – belah empat
Minyak masak untuk menumis
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering. Kalau ada cili padi, ketuk lalu masukkan sekali. Tumis hingga berbau wangi.
2- Kemudian masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
3- Selepas itu masukkan tomato dan sotong dalam tin bersama airnya sekali. Masak hingga mendidih.
4- Sambil tu, pakai sepit dan gunting sotong tersebut kepada bahagian yang kecik. Sebab sotong tuu memang besar. Kalau tak potong mana nak cukup! Harus laaa !!! kalau tak nanti besar dia belasah sorang. Mana aci !!
5- Dah cukup masak semua bolehlah dihidangkan bersama nasi panas-panas.
Selamat mencuba!
***Haippp…!! Jangan cilok sotong tepi dapur tuu… Tak baik tau, dosa. Ayoo.. tak tahu. Ingat orang belakang. **sapa tuu?** Hehe..
Selain sotong masak asam, selalu sotong ni Nina masak sambal. Ketahui Tips masak Sambal Sotong Sedap tak liat .. Oh ya, sotong masak apa sedap ehh?
Nina dah pernah share :-
6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.
6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.
tak pernah cuba lagi apa2 sotong dalam tin…..time nak cuba tapi elergik pulak…..
Utk msk sotong ni..Mmg xpyh ltk perasa garam atau gula ke?? Sbb dia da ori rsa sckop rsa??
Hai surihati
Up. To you…
Kalau kak nina, memang tak letak garam atau gula. Rasa dia dah cukup rasa.
Kalau selera you more masin, buh laaaa nanti.