VAvavaa… Drama Ben Amir lagi laaa..!! Sapa tak kenal Ben Amir weyyhh…?? Sejak drama Sweet Dream tu hari, terus femes meletop bak bunga api Ben Amir ni. Mau nya tak, dalam drama Sweet Dreams bergandingan dengan cantik manis Mira Filzah, pujaan Malaya. Opkos laaa terus jadi pujaan gadis gadis mak berkhemah depan TV. HAhaaa . . . Okies, jom baca Sinopsis drama CHANDELIER, drama terbaru Ben Amir dan Mimi Lana.
Baca : Sinopsis Sweet Dreams lakonan Mira Filzah dan Ben Amir
Eermm …. Terbaru Ben Ami bergandingan dengan Mimi Lana dalam Drama Chandelier. Agak-agak korang, drama ni akan trending meletop tak? Mimi Lana tak kurang hebat jugak. Kalau tanya Nina, suka tengok lakonan dia dan orangnya pun cantik slim melim tinggi lampai ala model gitu. yelaaa kita pendek (sedar diri)
Tonton drama adaptasi novel popular karya Acik Lana bertajuk Chandelier yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Baru memulakan sesi pengambaran pada 5 Januari lalu. Drama ini diarahkan oleh Michanel Ang.
Sinopsis drama CHANDELIER
Moh baca sinopsisnya dulu, nanti senang korang hadam jalan ceritanya. Dan harap jalan ceritanya dalam drama sama macam dalam novel sebab novel dia memang best!
Mengisahkan kehidupan Keisha Edlina yang digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan kemudian perabihkan harta mereka habis-habisan. Lepas sorang ke sorang. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula dan goda lagi dan habihkan lagi harta lelaki kaya raya tuuu…
Akan tapi Keisha berpegang pada prinsipnya, maruah dirinya tidak sesekali dicemar kerana dirinya hanya untuk insan bergelar suami sahaja!
Ingin Keisha akhiri hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff dengan perkahwinan walaupun niat Datuk Eusoff dihalang oleh anak Datuk Eusoff – Edora. Dihari pernikahan mereka, Datuk Eusoff terpaksa meninggalkan Keisha. Kenapa?? Edora laaa puncanya!
Kecewa , marah dengan tindakan Datuk Eusoff. Segala pujuk rayu Datuk Eusoff tak mampu melembutkan meredakan hati Keisha. Lalu Keisha membwa diri . . .
Kemudian Keisha berpaling pula kepada Tan Sri Emran, duda kaya raya! Sejak pertemuan itu, mereka semakin akrab. Tan Sri Emran menjanjikan limpahan kemewahan untuk Keisha melebihi dari apa yang Datuk Eusoff beri. Asyiknya Keisha!
Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan di mukanya. Teruk betul! Muka Keisha yang cantik jelita dirobek sampai meninggalkan parut.
Keisha kecewa atas apa yang menimpa. Aku dah tak cantik!
Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.
Semuanya berubah tanpa di sangka. Aneh! Keluarga Kaef – Umi dan Khalida menerima Keisha seadanya buat Keisha terharu. Hati Keisha terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan seperti apa yang Keisha idam-idamkan. Keisha merasakan Kaef adalah penyelemat dan cinta pertamanya.
“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”
“Keisha….” Kaef mengeluh perlahan.
Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi?
Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.
“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”
“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.
Keisha… I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.
Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.
Kaef disaman dalam perniagaanya dan dalam keadaan terdesak , Keisha tiada pilihan lalu terpaksa meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Keisha tahu Tan Sri Emran yang mampu selesaikan masalah Kaef .
Namun pertolongan Tan Sri Emran bersyarat!
Keisha harus meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.
Setujukah Keisha berkahwin dengan Tan Sri Emran?
Sanggupkah Keisha korbankan cinta dan diri dia untuk Kaef?
Bagaimana penerimaan Kaef dengan keputusan Keisha?
Tapi sememangnya cita-cita dan impian Keisha memang nak hidup dalam kemewahan berharta lagi kaya raya?
Siapakah punya angkara mencederakan Keisha dan apa sebabnya?
“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian… tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”
Nantikan drama adaptasi novel ‘Chandelier’ karya Acik Lana di slot MegaDrama, Astro Ria. Dibintangi oleh Ben Amir, Mimi Lana dan Norman Hakim. Drama arahan Michael Ang. Drama Chandelier ini ditayangkan pada bulan Februari 2020 .
JUDUL : CHANDELIER
EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim , Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal , Sharifah Shahora, Laila Nasir
WATAK PELAKON
Ben Amir sebagai Kaef
Mimi Lana sebagai Keisha
Norman Hakim sebagai Dato Emran
Shasha Abedul sebagai Syuhada
Nynaa Harizal sebagai Khalida
Nadya Syahera sebagai Ajwa
Aisar Khaled sebagai Iskandar
Macam best jer kannn? Kot korang terlepas episod, korang pi laaa tonton online Drama Chandelier ni. Adios!
Korang pilih yang masa serasi?
Ben Amir vs Mira Filzah ke Mimi Lana?? Huurmmm….