Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah | orang dok cakap-cakap sana sini , Nina terfikir best sangat ke , sedap sangat ke Nasi Bamboo Sg Klah ni ? Apa special nya Nasi Bamboo ni ? Aihhh.. bermacam soalan bermain di minda.
Tempat makan sedap di Perak
Ahaa… hari tu Nina janji nak sambung citer pasal Nasi Bamboo kan…??
Ok, Nasi Bamboo Sg Klah ni dah memang femes pun. Masa Nina nak ke Cuti Sekolah yang lepas, bawak anak-anak bercuti ke satu tempat menarik di Perak – Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak. Sebelum sampai sana, gerenti akan lalu Nasi Bamboo ni. Rugi sangat tak singgah. Dah sana sinin sinun dok bilang sedap, rugi tak singgah pekena.
Sedap ke Nasi Bamboo Sungai Klah ?
Kat mana Nasi Bamboo Sg Klah ?
Lepas keluar tol Sungkai, terus pastu ada traffic light Sila terbentu kalau lampu merah yaa! Pastu belok kanan korang akan nampak terpampang besar signboard Nasi Bamboo Sg Klah sebelah kiri. Punya lah besar ruang parking dia. Bagus!
Restoran luas, besar
Usai masuk ke dalam restoran yang luas dan besar korang terussssssss korang akan nampak signboard beratur. Sila beratur.
Untuk pengetahuan korang, Q ada 3 bahagian utama untuk makanan
- Kanan – bahagian lauk pauk/ sayur
- tengah nasi dan set nasi (satu set nasi ada nasi buluh, kuah, ulam dan sambal
- kanan – bahagian bakar, goreng. (ayam bakar, ayam kampung goreng , ayam percik, ayam bunian dan macam-macam yang pasti menggugat selera korang. Paling best >>>>> Kambing bakar dia! Wallaaa…
- Selain tu Q lain tuk port air dan dessert
Hari tu Nina makan ni …
Nasi Ayam Bunian sedap
Ayam Bunian ni femes! Ramai dok canang sedap- sedap! Maka Nina pun order laa
Ya dah rasa memang sedap. Ayam dia rasa nya ayam kampung kot, sebab tak besar sangat. Di goreng sedang elok, garing diluar tapi isi dia lembut, juicy! Tak cukup seketul sebab ratah gitu aje pun asyik
Ulam-ulaman ni di datangkan bersama set Nasi Bamboo
Apa yang sedap di Restoran Bamboo Sungai Klah ini ?
Ok, sedap ni general sangat kann…?? Kalau Nina bilang sedap kot tekak korang rasa tak sedap lak acaner? Ni pengakuan jujur dari Nina ya…. Paling Nina suka kambing bakar dia! Dagingnya empuk, moist dalamnya, cukup rempah dan sos nya pun memang sedap!
Pastu Nasi buluh dia pun Nina suka! Lembut dan sedap! Ada bau aroma daun dan rasa unik yang membuka selera tatkala buka daun tu. Selera Nina memang suka nasi lembut, paling menyampah tahap potong selera kalau nasi nya keras macam butir beras. Terus tak lalu makan…
Wajib order kambing bakar !
Huishhh …. Nengok daging ni sambil tulis type entri ni … Aduyai, teringat-ingat keenakkan daging kambing bakar Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Serius sedap korang kena cuba!
Nina yang sendiri terliur tengok gambar sendiri! Padan muka. Hahaa… Gelakkan diri sendiri
Yang tak sanggup makan kat sini sebab …
Pesanan penaja Nina ler tuuu… kalau korang nak makan sini, korang KENA datang sebelum jam 12 tengahhari. Lambat kaluuuu . . . . Sangatttttttttt lama korang kena beratur. Dan bukan sekali korang kena beratur, malah lebih dari 3-4 kali sebab setiap bahagian korang perlu beratur semula.
Yelah nak beratur tuk nasi asing, lauk pauk asing, bakar goreng asing dan air pun asing. Bayaran dibuat kat setiap bahagian. Cer bayangkan betapa lamaaaaa Nina kena beratur! Sila bertabah dan pupuk kegigihan setinggi KLCC.
Fuuhhh ….!! Nasib baik sedap!
Walaupun begitu, nasib baik nasi dan lauk pauk dia sedap! Pengubat duka lara capek masa beratur tadi tu. Meh layan Youtube Nina yang sempat Nina snap sepanjang Nina kat Nasi Bamboo. Korang, tengok dari tepi jer ehh… maklum lah Nina pakai semakphone jer. Idok lerrr cantik mana pun video Nina. Asal dapat rakan kan tuk kenangan jadi laaa..
Waktu Operasi
10:30 pagi – 6 petang
Tutup – Jumaat
Facebook : Nasi Bamboo Sg Klah
Instagram : Nasi Bamboo Sg Klah
Alamat
Jln Sungkai —Slim River 35600 Sungkai,Perak,Malaysia.
Location: Exit tol Sungkai,lampu isyarat ambil kanan, 300m dah sampai
Tel : 0165269967
Apa kata Nina
Keseluruhan Nina berpuashati, paling best – kebersihan tempat cuci tangan dan toilet masa Nina datang tu tip top! Dan insyaAllah Nina akan datang lagi andai perjalanan Nina ke arah Utara. Semoga Nasi Bamboo terus sukses!
Alaaaa…teringin!
Pisyek tengok gambar macam sedap je. Fuh. Kena singgah ni bila balik kampung next time.
Pernah try sekali makan lepas turun dari Cameron Highland. Tapi bab sedap tu general lah. Cuma harganya agak mahal juga
macam2 ada uiii