Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap
November 17, 2016November 17, 2016

Sedap lah Mama Tauhu Kukus Goreng ni… Kawan suh bawak lagi esok!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… petang-petang biasanya korang sajikan apa tuk anak-anak? Biasanya waktu petang anak-anak memang kelaparan. Nak nak kalau hujan.. Sibuk laaa dok cari kudap-kudapan kat dapur. Resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap

Isi Kandungan hide
1 TAUHU KUKUS GORENG SEDAP
2 Related posts:
3 Resipi Puding Roti Pandan : Sedapnya tak boleh bawak bincang!
4 RESiPI MUDAH JUADAH BERBUKA PUASA : Sagu bronok paling mudah dan cepat buatnya.....
5 Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...
6 Sekejapan masa berlalu.... Eilhan dah semakin....

Tauhu kukus goreng nie amat sesuai buat breakfast dan bekalan anak-anak kat sekolah. Sangat berkhasiat daripada makan nugget/sausage yang jual kat sekolah kann…? bukan boikot kantin sekolah

Eilman ada bagi kawannya seketul buat rasa, “kenapa nugget awak lain tapi sedap sangat?” :::: itu comment budak darjah tiga.
Part comment kawan Eillya yang tahan…. “ Eilman, sedap lah nugget awak, mama awak buat ehh? Esok bawak lebih kita nak beli…!”

Mmmm….. budak-budak pun pandai makan dan menilai. Homemade food sememangnya lebih sedap dan terjamin. Dan paling penting – No MSG!

Jom tengok resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap ni… memang sedap weyy… Kalau tak, tak kan kawan Eilman siap request suh bawak lagi esok. Tengok laaa kalau esok mama rajin. Haha

Sebenarnya kan… Anak-anak tak berapa suka makan tauhu. Bila dah bikin jadi gini, laju lak depa makan. Padahal depa tak tahu, ni Tauhu! Hahha..

Resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap

TAUHU KUKUS GORENG SEDAP

Bahan-bahan
2 packet tofu telur
2 keping tauhu
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur ayam
100gm isi ayam atau terpulang citarasa – dipotong kecil/dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
1 biji kentang – sagat halus
1 batang carrot – sagat haus
Sedikit daun ketumbar – dicincang halus
Sedikit serbuk lada sulah
Garam seukup rasa

Cara penyediannya
1 Lenyek tofu dan tauhu hingga halus. Nina menggunakan garfu.
2 Kemudian masukkan kesemua bahan. (tepung gandum, isi ayam, bawang besar, kentang, carrot, dan daun ketumbar, lada sulah, telur dan garam secukup rasa)
3 Gaulkan kesemuanya hingga rata.
4 Kukus selama 20-30minit hingga masak.
5 Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu
6 Potong-potong ikut citarasa sendiri. Nina potong petak-petak ajer
7 Salut tepung dan goreng hingga keperangan. (Nina guna tepung serbaguna goreng ayam)
8 Toskan dan sedia dihidang

Pesanan penaja >> Sila buat lebih yaa… Kalau family korang punya anak suka makan nuget macam anak-anak Nina. Risau tak cukup nanti! Hehee… Oh ya..! Korang boleh frozen kan juga. Memudahkan keje korang. Bila-bila nak makan, tunggu tak beku pastu goreng. Mmm… makan panas-panas. Wallaa..!!

Kalau anak-anak korang suka makan Tauhu, korang boleh laa try Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam plak… Tapi kalau korang punya kerajinan tahap tertinggi KLCC, korang harus cuba Tauhu Bunga Berinti yang cantik lawa ni plak yaa. ..

Ok Daaa…. nak nikmati Tauhu Kukus Goreng! Bismillah

Resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap

Related posts:

Resipi Puding Roti Pandan : Sedapnya tak boleh bawak bincang!

RESiPI MUDAH JUADAH BERBUKA PUASA : Sagu bronok paling mudah dan cepat buatnya.....

Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...

Sekejapan masa berlalu.... Eilhan dah semakin....

Lifestyle Parenting Resepi Tips Khasiat Tauhukudap kudapanmenu anak susah makan nasimenu anak-anakmenu cepatmenu kegemaran anak-anakmenu minum petangresepi mudahresipi ringkasTauku Kukus Goreng

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. cik nor says:
    November 17, 2016 at 10:17 am

    mudahnya..blh cuba ni..:)

    Reply
  2. Anuar says:
    November 17, 2016 at 10:23 am

    Belum pernah lagi rasa Tauhu kukus goreng ni…
    Boleh cuba rasa ni…

    Reply
  3. Mazni Azmi says:
    November 17, 2016 at 3:08 pm

    Kalau anak dah kata sedap tu memang bestlah. Budak budak ni memilih sangat makan. Naik risau hati mak ayah dia.

    Terpaksa jadi masterchef, karate sayur dan pegang erat sudip setiap hari. Hehe

    Reply
  4. shiqeen sattar says:
    November 20, 2016 at 10:36 am

    Wahhh untung anak mak rajin masak… Kalau SS ni ntah jadi apa la tauhu kukus nih huhu

    Reply
  5. shiqeen sattar says:
    November 20, 2016 at 10:37 am

    best… mcm senang je buat

    Reply
  6. anisah ameer says:
    November 24, 2016 at 8:18 pm

    Boleh try ni nina. Macam mudah jer..anak anis pun x makan tauhu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes