Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi SAMBAL KACANG SATE AYAM MENU RAYA
June 5, 2020April 5, 2023

Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM – Ya Ampunn… Sedapnya!

Buat pertama kali Nina cuba masak menu Raya ni . Nama dia Sambal Kuah Kacang Sate Ayam. Ya, 1st time tau kita masak menu ni. ⁣Korang biasa tak kuah kacang ada Ayam dalam dia? Resipi Kuah Kacang Sate Ayam ni rare tau!

Isi Kandungan hide
1 Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM
1.1 Cara Masak SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM
2 Related posts:
3 Resepi Muffin Vanilla dan Tips Cara buat Muffin Gebu cantik
4 Day12 PANCAKE 5 Hari Ke Sekolah Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
5 Popia berinti ayam, carrots dan mushroom... bekalan anak-anak ke sekolah
6 Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh... Seram seyh!

Resipi Kuah Kacang Sate Ayam ni kategori Sambal. Menu RAYA yang wajib ada untuk Nina. Sedapnya YA Ampun… Rasa dia lain dari Kuah Kacang yang biasa tu. Rekemen korang cuba !

Kebiasaannya menu ni Nina makan di Hari Raya kat rumah Makcik Nina. Namun, sebab #PKP dan kita semua #StayAtHome so Nina minta resipi dari beliau. ⁣ Berangan nak buat sendiri. 😁😁

Resipi SAMBAL KACANG SATE AYAM MENU RAYA

⁣Masa buka puasa tu hari Nina dah cuba masak dan bagi Aunty Nina rasa. Masa tu berdebar-debar tunggu juri punya komen. Dah macam masuk program Masterchef gitu. Macam pernah masuk bertanding HAhaaa…

Dalam debaran Aunty reply komen.

Alhamdulillah cobaan masak berjaya! ⁣Yeahhhh…!! 💃💃 Happy giler! Aunty hanya suh adjust sikit rasa. Suruh tambah sikit lagi gula dan tambahkan sikit air kasi lagi berkuah.⁣ Fuhhhh… Lega!
⁣
Korang,
Sebenarnya kannnn yang bernama Nina ni bukan lah reti masak pun. 🙈⁣ Masa remaja tak tahu masak pun.. Dah kahwin baru lah berjinak-jinak ke dapur. Malunya…

Cara Buat LONTONG DAUN PISANG Mudah MENU RAYA GERENTI JADI

Kuah kacang match makan sama Lontong Daun Pisang. Satu kejayaan bila Nina dan Geng dapat buat sendiri Lontong Daun Pisang ni. Yelah, bukan sebarang lontong yang modern tuu nasi himpit. Ini asli punya! Nina kongsikan Tips buat Lontong Daun Pisang serta step by step untuk rujukan korang.  Cubalah! Sure gempak Raya korang nanti. Satu kepuasan dapat buat sendiri.

Namun atas sokongan dan dorongan Geng, pelbagai juadah Nina mampu realisasikan. ⁣Dia sentiasa support apa jua yang Nina lakukan. Ala ala Jekferrr yang selalu beri sokongan pada Lailerr dalam Kampung People tu.. Eh ke situ plak daaaa (banyak pengaruh drama sangat Nina ni) 😂😂

Banyak kali juga tau Nina dok try an error. Bukan mudah. Selalu orang baca yang elok jer kannnnn? Behind the scene kami jer lalui. Tanpa jemu Geng dan anak-anak dah rasa. Yang tak jadi hingga lah akhirnya menjadi. Hehe…

Syukur Alhamdulillah… Terima kasih Allah di atas anugerah terindah ini dan ini lah rezeki yang tak disangka-sangka untuk diri Nina setiap hari antara kita sedar dan tidak. Korang perasan tak dan tentu korang pun ada kisah ceritera nya kannnn…

Okies, moh lerr salin resipi so sedapppp ni. Rekemen to try!

Resipi SAMBAL KACANG SATE AYAM MENU RAYA

Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM

Resipi Asal : Aunty Nina NoorHashimah Mohd Khidir
Olahan : Nina Mirza

Bahan-bahan
300 gm kacang tanah goreng, toskan. Tunggu sejuk blend 3 bahagian.
1 bahagian halus
1 bahagian separa halus
1 bahagian kasar

Seekor Ayam potong kecik. Atau part ikut suka, macam Nina letak part drumet dan wings

Bahan perapan
Hiris bahan pastu sukat dalam cawan kemudian blend
Bawang besar hiris dapat 5 cawan (atau 2 bekas blender – buh bawang hiris dalam bekas blender.
Halia hiris dapat ½ cawan
Serai hiris dapat 2 cawan
Semua dah hiris pastu blend dan perap dengan ayam , simpan fridge. Ikut suka berapa lama nak perap. Semalaman lagi sedap!

Bahan lain
Cili Kering blend dalam 3 senduk nasi
Gula Putih 1 cawan
Gula Melaka 1 ketul – potong kecik-kecik
Air asam jawa dalam segenggam
Garam secukup rasa
Air ikut suka – kalau nak lebih kuah.

Cara Masak SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM

1.-  Panaskan minyak masak dalam kuali besar, tumis cili boh dalam 3 senduk nasi, masak sampai garing pecah minyak.
2.-  Kemudian masukkan bahan perap dalam kuali. Gaul rata.
Kacau dan tutup kuali, jika perlu masuk air. Nina tak masukkan air dulu sebab ayam akan keluarkan air nya. Dah siap masak nanti baru Nina adjust kepekatan kuah.
3.-  Masak sampai semua sebati dan mesra. Masak sampai kacang keluarkan minyak.
4.-  Pastu masukkan Gula putih secawan, Gula melaka seketul racik-racik kan dulu, kacau masak hingga mendidih
5.-  Masukkan air Asam jawa segenggam kecik, air agak-agak. Garam secukup rasa. Kacau semua sebati tutup api. Siap!

⁣Mmmm… Nanti korang dah try dan sukakannya, mohon jasa baik korang sudi laaa sedekahkan Al-Fatihah buat Autny Nina yaa..  Semoga rohnya NoorHasimah Mohd Khidir ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.  Aamiinnn…

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah

Amacam ok tak?
Oh ya, biasanya bulan Raya Aidilfitri pasti Lontong Kuah Lodeh antara menu popular yang akan dihidangkan untuk open house. Selain tuu pelbagai lagi menu Hari Raya cumanya sebagai tuan rumah tentu korang nak yang ringkas, mudah masak kann? Masak 2-3 menu pun dah semput ni nak masak dalam kuantiti yang banyak. Huhuu . . .

Mmm… Tak payah pening, Nina kongsikan tuk korang apa menu best simple open house yang sesuai dihidangkan? Baca tau sebab Nina ada selitkan tips jimat belanja masak dan tips mix match menu supaya meriah menu Raya Open house korang!

#RayaKita tahun ni, moment baru buat semua. Ciptakan jadikan ianya yang kenangan terindah. #StaySave #KitaJagaKita ⁣
⁣
Salam ikhlas, ⁣
Nina Mirza⁣
⁣

Related posts:

Resepi Muffin Vanilla dan Tips Cara buat Muffin Gebu cantik

Day12 PANCAKE 5 Hari Ke Sekolah Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Popia berinti ayam, carrots dan mushroom... bekalan anak-anak ke sekolah

Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh... Seram seyh!

Lifestyle Resepi Tips Kuah KacangKuah Sate AYAMMenu Hari RayaMenu Open Housemenu rayaRaya sakanresepi mudahresipi wajib tahuSambal

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. Dorsett Pink says:
    June 5, 2020 at 3:07 pm

    Sedapnya kak nina. Tq sebab share resipi.nanti saya boleh tiru resipi ni

    Reply
  2. Akashah says:
    June 5, 2020 at 4:46 pm

    Wah
    Siapalah sate tanpa ouah kacang

    Reply
    1. Marina says:
      June 8, 2020 at 10:14 am

      Thank you share resepi ni. Menarik ni

      Reply
  3. IQ says:
    June 5, 2020 at 11:36 pm

    Tq kak nina! Ini kalau makan dengan nasi impit pun sodap ni

    Reply
  4. Nadia johari says:
    June 6, 2020 at 2:34 am

    Nampak sedap kuah tu.. Dh tau tu boleh buat selalu dak.. Hehehe..

    Reply
  5. Shafyqah Azahar says:
    June 6, 2020 at 8:32 am

    boleh try buat jugak ni

    Reply
  6. Mas FVOME says:
    June 6, 2020 at 11:11 am

    sedapnya nampak tu..boleh try nie..btw smoga mkcik beransur sihat..aamiin

    Reply
  7. Ai says:
    June 8, 2020 at 1:16 am

    Tak boleh makan kacang =(

    Reply
  8. Pingback: Cara Masak KUAH KACANG SEDAP MUDAH. Menu RAYA! – Ayat Marketing Power
  9. Pingback: Cara Masak KUAH KACANG SEDAP MUDAH. Menu RAYA! – Pes Makanan Tahan Lama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes