Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Kek Batik Mudah Sedap Sukatan Cawan Tanpa Telur
April 5, 2019October 14, 2024

Resipi KEK BATIK Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur , Kos Murah 4 bahan jerr

Sapa suka Kek Batik? Tau tak Kek Batik? Bukan kain batik lak eh… Kek Batik ni antara kek yang femes sebab kek yang tak perlu mixer , tak perlu oven. Hari ni Nina nak kongsikan Resipi Kek Batik Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur , kos murah! Dan cara penyediannya anak Nina no.2 Eilman pun reti buat.

Isi Kandungan hide
1 Macammana buat Kek Batik yang sedap tapi kos murah?
2 Resipi Kek Batik Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur 4 bahan aje
3 Related posts:
4 Oh no! Nak cepat ni.. Ayam Masak Kicap jer laaa
5 Sambal Sotong Miss You Like Crazy
6 Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan
7 Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!

Nina dah pernah buat Kek Batik Milo Sedap Mudah sebelum ni, eh … Lama sangat dah. Padahal selalu gak ada buat tapi tak sempat pun snap gambar, tau tau aje dah licin. Huhuuu . .

Macammana buat Kek Batik yang sedap tapi kos murah?

Kali ni Nina kongsikan Resipi Kek Batik Mudah Sedap Sukatan Cawan Tanpa Telur lak … Yang ni lagi senang dan lagi mudah. Bahannya pun sikit, 4 bahan aje! Jimat kos! Tapi yang penting tetap sedap bak anggg!
Tips nya biskut marie tu di kasi lemau kan dulu. Baru lembut kek batik nanti. Ingat ni tau…

Resipi Kek Batik Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur

Resipi Kek Batik Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur
4 bahan aje

Bahan-bahan
1 cawan Marjerin atau Buttercup
2 cawan Milo atau Nina guna serbuk air susu coklat brand Giant tu. Kurang sikit manis nya. Dan lagi murah. Milo manissss mahal. Huhuuu
3/4 tin susu pekat manis. Suka jenama SAJI. Kurang manis
1 paket Biskut Marie original. Nak lain beli laa rasa coffee.

Cara penyediannya

1- Pecahkan biskut marie kepada 2-4 bahagian dan ketepikan dahulu. Jangan hancur sangat. Nak sedap , di kasi lemaukan dulu biskut marie ni. Baru laa lembut kek batik korang nanti.
2- Masukkan semua bahan dalam kuali. Masakkan bahan tersebut. Pastikan api kena kecil/ perlahan. Sentiasa kacau tanpa henti supaya tak hangus. Masak hingga likat.
3- Dah pekat, likat tutup api. Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
6- Sejukkan ke dalam peti ais, letak bahagian chiller jer tau! Dalam 4 jam gitu. Bukan kat beku eh..
7- Dah sejuk boleh potong dan ngapp.. hehehe

Amacam senang jer kannn? 4 jer Bahan yang diperlukan. Tapi kalau korang tanya pendapat Nina, lagi suka resipi yang ada buh telur. Hurmm.. . Ikut laa selera tekak memasing .

So weekend ni kot tak de apa nak bikin, buat laaa Kek Batik . Pastu ada lebih pi laaa kongsi kat OhFreeFood. Menarik kann..? Sedekah style moden gitu. Seiring dengan teknologi.

Related posts:

Oh no! Nak cepat ni.. Ayam Masak Kicap jer laaa

Sambal Sotong Miss You Like Crazy

Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!

Lifestyle Resepi Kekkek bajet murahkek batikresepi mudahresipiresipi ringkassukatan cawan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Lily says:
    April 6, 2019 at 10:09 pm

    Cam sedap jer.. Nak try laa

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    April 7, 2019 at 10:49 am

    Kesukaan anak anak i ni. Tapi apsal nina buat nampak cantik ja susunan biskut tu, i buat tak berserabut hahahahaha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 8, 2019 at 8:44 am

      Nani, air tangan mama nya lagi kembar tu seronok. Tetiba kita pun rasa teringin nak rasa mama buatkan kek batik. Hehee

      Reply
  3. Radhia says:
    April 8, 2019 at 5:31 pm

    memang senang betul buat kek batik ni. tak perlu guna oven dan mixer pun

    Reply
  4. Azie says:
    July 26, 2019 at 4:34 pm

    coklat gelap yang berkilat, bila dah keras masuk freezer, time kunyah melting dia tu.. ya rabbiii !! hilanng stress nokss

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes