Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sambal Goreng Pengantin Singapoore Sedap Mudah Menu Raya Popular
July 21, 2016June 18, 2023

Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore … Sedap dan mudah aje nak bikin!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Kelmarin Nina ada kongsikan Cara dan tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional.  Dan Nina ada citer Nina suka makan Lontong bersama Sambal Goreng pengantin Singapore. Menu kegemaran Nina dan family. Suka sangat..!!

Isi Kandungan hide
1 Menu Raya di Singapore
2 Resepi Ibu Mentua Orang Singapore
3 Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore sedap mudah (style Nina)
3.1 Cara masak Sambal Goreng Pengantin Singapore
3.2 Related posts:
4 Alhamdulillah... Berakhirnya sudah debaran.. selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal Baby...
5 Oooo... Ini rupanya teknik asas fotofon secara manual | Bengkel Fotofon KBBA9 2018
6 Rupanya ada 31 istilah nama lain BABI dalam bahan makanan
7 Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...

Seperti yang Nina janjikan kelmarin, Nina kongsikan resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore untuk korang. Kalau korang nak tahu, ini merupakan menu wajib ada tiap kali majlis kahwin kat Singapore dan ini juga menu wajib derang untuk Hari Raya kat sana.

Setahu Nina ini menu ni lebih kurang macam masakan orang Jawa Johor. Style lebih kurang cuma bezanya belah Johor warnanya tak merah gini tapi kekuninggan. Pastu ada bahan sayuran lain dan agak kering sikit.  Kalau tak silap derang panggil Masak Lodeh Goreng. Gitu laaa…. Kalau salah maaf lah yaa.. Nina bukan pakar sejarah hehee . . . .

Menu Raya di Singapore

Sambal Goreng Pengantin Singapoore Sedap Mudah Menu Raya Popular

Dulu Nina tak pernah rasa dan tahu pun pasal Sambal Goreng Pengantin Singapore ni.. Bila dah kahwin, mak mertua dok masak tiap kali Raya baru lah tahu akan kewujudan menu yang sedap ni. Dan dengan tak malu nya… Tiap tahun gak mak mertua aje yang masak, Nina makan! hahaa… Makan jer tau! Haipp… Nina ada tolong gak tau.. hehee

Akhirnya setelah beberapa tahun kahwin, baru lah tercetus kerajinan nak cuba masak sendiri. Itu pun berkat sokongan moral dan padu dari Geng. Chewah! Hehhee… Kalau tak dok reti makan aje mak mertua masak gamaknya! Hahaha…

Resepi Ibu Mentua Orang Singapore

Resepi yang Nina kongsikan ni, Nina ikut serba sedikit cara masak Mak Mertua Nina masak. Dan Alhamdulillah… “Lulus dengan cemerlangnya” kata Geng.. Yeayy yeayyy…!!

Jom tengok resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore

Sambal Goreng Pengantin Singapore sedap mudah

Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore sedap mudah (style Nina)

Bahan-bahan Utama
1kg daging – rebus dulu kemudian potong dadu dan goreng
4 paket Tempe – potong dadu dan goreng
4 keping Tauhu – potong dadu dan goreng
1 1/2 kg Udang (sederhana saiz) – cuci bersih dan goreng

**kesemua nya perlu di potong dadu, digoreng asing – satu persatu dan diketepikan. (Udang goreng last)**

Bahan kisar 1
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3inch Halia
4 batang Serai
Belacan

Bahan kisar 2
Cili kering dalam dua genggam. Buang biji, rebus dan blend. Nina shortcut guna cili giling ready made brand Puteri aje! hehee ….

Bahan lain
Santan kotak kecik
Perahan air asam jawa
Gula Melaka
Garam
3 biji Cili Merah – racik halus (untuk hiasan jer)

Cara masak Sambal Goreng Pengantin Singapore 

1- Kesemua Bahan Utama dipotong dadu, di goreng satu persatu dan diketepikan. Udang goreng last.
2- Lebihan minyak goreng udang tadi, tumis Bahan kisar 1 hingga wangi dan keperangan. Kemudian masukkan Bahan kisar 2 (cili giling). Masak sampai pecah minyak.
3- Masukkan sedikit perahan air asam jawa dan diikuti dengan santan. Kacau rata hingga mendidih.
4- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5- Kemudian masukkan Bahan Utama yang dah digoreng tadi. Gaul rata kesemuanya. Hiaskan dengan cili merah yang dah diracik halus.
6- Sedia dihidangkan.

Selain sedap dimakan time Raya bersama Lontong Daun Pisang, makan ngan nasi putih pun sodap! Kalau tak makan nasi, makan ngan roti pun ok. Boleh habis sebuku roti kalau tak de sapa tegur. hehee…
Hurmm… Dah nama menu kegemaran, makan gitu pun sedap! Oopsss…!!

Cara Buat LONTONG DAUN PISANG Mudah MENU RAYA GERENTI JADI

Ni nak share, sambal goreng pengantin Singapore ni ada pelbagai versi.  Bahan utama ada yang tambah paru, hati ayam, hati daging selain bahan utama Nina. Matching nya masakan sama Lontong Daun Pisang.

Cuma ada yang tak makan organ dalaman, so boleh aje ikut style masing-masing. Nina ikut aje style Mak Mertua Nina. Kalau korang rasa nak tambah apa-apa bahan kegemaran ok jer …

Kita yang nak makan kann…….?? Hehehee ….. 🙂

Related posts:

Alhamdulillah... Berakhirnya sudah debaran.. selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal Baby...

Oooo... Ini rupanya teknik asas fotofon secara manual | Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Rupanya ada 31 istilah nama lain BABI dalam bahan makanan

Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...

Lifestyle Resepi Masakan JawaMasakan JohorMenu buka puasaMenu Hari RayaMenu IfftarMenu Open Housemenu tradisionalresepi mudahresipi ringkasSambalSambal Goreng Pengantin SingaporeTradisional

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. lia ummiirfan says:
    July 21, 2016 at 9:30 am

    tak pernah makan sambal gini.. bolehlah nak cuba.. tq for the recipe Nina ☺️☺️

    Reply
  2. sue izza says:
    July 22, 2016 at 11:20 am

    macam sedappppp je boleh try ni tak susah

    Reply
  3. Amir says:
    February 9, 2019 at 4:02 pm

    Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan akan diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-sambal-goreng-pengantin-singapore.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai 🙂

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      May 22, 2021 at 12:13 am

      silakan…

      Reply
  4. Amir says:
    February 9, 2019 at 4:04 pm

    salam.. mohon izin informasi dalam artikel ini ya

    Reply
  5. Amir says:
    February 9, 2019 at 4:05 pm

    Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan akan diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini:

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai 🙂

    Reply
  6. Amir says:
    February 9, 2019 at 4:08 pm

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini:: https://iluminasi.com/bm/resepi-sambal-goreng-pengantin-singapore.html. Maaf tertinggal 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes