Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi TAUHU BUNGA MUDAH SEDAP
March 9, 2021October 4, 2023

Day 9 TAUHU BUNGA BUAT EILHAN Menu Mudah Bekal Sekolah

Ya tidak dinafikan bukan mudah nak sediakan bekal sekolah anak setiap hari. Nak kena fikir menu apa setiap hari, nak masak apa, nak plan bahan yang nak di masak dan semestinya menu tu anak suka makan! Resipi Tauhu Bunga Mudah

Isi Kandungan hide
1 Resipi TAUHU BUNGA MUDAH Menu Mudah Bekal Sekolah
2 Related posts:
3 Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Ketahui KHASIAT PETAI untuk kesihatan
4 Resipi Kerang Indera Kayangan. Amboi... Nama! HAhaa
5 Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!
6 Allahu... Eilhan, Bangun sayang!

Bukan apa nanti bila kita dah penat masak, dia pulak tak makan membazir jer kannn? Membazir bahan, kos, masa dan tenaga kita jugak. Struggle is real beb!

Tapi apa yang pasti bila kena pada gayanya, apa pun yang kita sediakan anak suka dan habisnya dengan licin kita akan rasa satu kepuasan yang tak terhingga nikmatnya. Kannnn?

Masak Bekal Sekolah anak orang mengata?
Aarrgghhh … Peduli kan jer!

Tengah viral sekarang kisah seorang pelajar sekolah rendah sambil makan waktu rehat bersama bekal mangkuk tingkat atas mejanya di kelas. Rare seyhhh mangkuk tingkat tersebut. Klasik! Gambar cari sendiri ehh… Kita tak kuat emosi nak share sini

Allahu . . . Kagumnya dengan anak kecil ni. Betapa terserlah dia bersyukur dengan apa yang ada, nikmati hidangannya dengan penuh berselera tanpa peduli apa orang nak kata. Hebat! Belakangnya ramai netizen dok mengata mengumpat memfitnah tapi apa korang dapat? Seronok kot menanam dosa?

Tentu saja kecaman tersebut sedikit sebanyak memberi impak pada anak kecil tersebut malah ibunya sendiri yang bersusah payah menyediakan bekalan untuk anaknya yang tersayang. Adakah ibunya masih menyediakan bekal sekolah lagi hari ni?

Moga keluarga ini diberikan ketabahan. Selalu jer niat baik disalah ertikan. Usah peduli kata orang sebab mungkin mereka tu sebenarnya cemburu!
Mungkin mereka tak punya ibu yang nak masak bekal untuk mereka, tiada anak yang sudi bawak bekal ke sekolah, atau ibubapa mereka terlalu sibuk mengomen di media social tanpa berbuat apa-apa. Wang ringgit tak mampu dibeli dengan kasih sayang dan kenangan yang tercipta. Setuju tak?

Okey sebelum Nina terus menerus dengan tazkirah, moh tengok Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan for today.

Resipi Tauhu Bunga Mudah Sedap

Resipi TAUHU BUNGA MUDAH
Menu Mudah Bekal Sekolah

Bahan-bahan
10-12 keping tauhu kering atau lebih
300gm isi ayam – dipotong dadu kecik-kecik
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1/2 biji carrot – dipotong dadu atau sagat
6-7 biji cendawan bulat – dipotong dadu
1 biji kentang – dipotong dadu
daun bawang – dihiris halus
sayur kacang panjang – dihiris bulat-bulat halus
cili merah sikit – dihiris halus
1 atau 2 biji telur (kalau intinya banyak, korang tambah lah lagi sebiji dua telur)
isi tauhu
garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1- Belah bahagian atas tauhu menggunakan gunting. (Guntingkan bentuk X kecil)
2- Terbalikkan tauhu melalui bentuk X yang kita gunting tadi. Masa ni kena manja-manja terbalikkan tauhu tuu supaya tak koyak. Keluarkan isi tauhu kat tepi-tepi tauhu. Ketepikan.
3- Bahan-bahan inti disatukan kesemuanya termasuk juga isi tauhu tadi (tak baik membazir, sayang kalau dibuang kannn…. ) dan masukkan inti ke dalam tauhu yang dah diterbalikkan tadi hingga penuh. Tekan-tekan sikit.
4- Setelah itu goreng hingga garing. Cara menggoreng kena masukkan part kelopaknya dahulu dan kemudian baru dibalikkan. Paras minyaknya pula setengah bahagian tauhu tersebut.
5- Bila dah kekuning-kuninggan, angkat dan toskan
6- Sedia dihidangkan dengan cili sos kegemaran.

** Cantik kan? Kalau korang kurang faham… Meh jenguk gambar step by step cara buat Tauhu Bunga Terbalik Berinti

Tauhu Bunga Terbalik Berinti ni, intinya korang boleh jer pelbagaikan dengan bahan lain. Tak semestinya ayam. Udang ke,  sotong ke,  daging ke, sausage ke… Apa saja pun boleh jer korang sumbat dalam tauhu ni. terpulang pada individu. Bahan sampingan pun gitu. Ikut suka… Mudah kannn? Sendiri yang nak makan, so letak laa apa saja yang korang suka. Simple!

Hidangan ni sesuai untuk buat Juadah Berbuka Puasa, tak lama kann kita kaan menyambut Ramadhan. Dan amat sesuai sebagai menu kudap-kudapan/sampingan. Kot korang ada anak-anak yang tak suka makan nasi pun boleh jer cuba gantikan Tauhu Bunga Terbalik Berinti ni sebagai menu dalam hidangan mereka. Tauhu kannn banyak sumber khasiatnya!

Ya , konsep Tauhu ni more less macam Resepi Tauhu Bergedil. Cuma sebelum masukkan inti terbalikkan kulitnya dulu. Lebih sedap, lebih rangup. Rekemen to try!

Pppssttt . . . Buat ada yang suka berkata-kata belakang Nina dan sekeluarga tu, seronok ehh mengata? Takpe, takpe takpe . . .

Related posts:

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Ketahui KHASIAT PETAI untuk kesihatan

Resipi Kerang Indera Kayangan. Amboi... Nama! HAhaa

Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!

Allahu... Eilhan, Bangun sayang!

Parenting Resepi bekal anak sekolahBekal Nutrisibekal sekolahBentoCara MasakIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Juadah Berbuka PuasaIdea Nak Masak ApaKids Menumenu anak susah makan nasimenu anak-anakmenu minum petangMenu sarapanresipi mudahTauhu BergedilTauhu Bunga/ Tauhu Terbalik BerintiTauhu Goreng

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. Marshaliza says:
    March 9, 2021 at 9:39 am

    Konsep macam tauhu bergedil kan kak nina? Sedap ni. Boleh Marsha cuba buat juga

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 9, 2021 at 10:02 am

      Aahh Marsha, inti nya boleh jugak sama macam inti tauhu bergedil.
      Cuma terbalikkan dulu tauhu nya sebelum masukkan inti. Try laaa lebih sedap dari tauhu bergedil..

      Reply
  2. ROZIAH BINTI MUHAMMAD NOR says:
    March 9, 2021 at 10:29 am

    cantiknya sayang nak makan 🙂

    Reply
  3. Ezna says:
    March 9, 2021 at 11:48 am

    Wow ada nota sayang pula dari ummi dia. Sweet je. Boleh la jadikan blog Nina ni reference nak cari resipi bekal anak ke sekolah.

    Reply
  4. Saidila Abdul Rahman says:
    March 9, 2021 at 4:51 pm

    Rajin aihh Nina siap buat bentuk bunga bagai haaa . kalau ai ni mahu tauhu tu jadi bebola api . Kreativiti Nina dalam mencipta resipi memang tak boleh disangkal lagi , harapnya satu hari nanti Nina dapat keluarkan satu buku resipi beserta pelbagai idea yang menarik.

    Reply
  5. Khai Artzfar says:
    March 9, 2021 at 5:46 pm

    aritu penah try! crispy gak sebab nampak sheila rusly share. rajin betul sis buat macam2 untuk anak untung dorang bawa gi sekolah. kenyang!

    Reply
  6. Bella Jamal says:
    March 9, 2021 at 7:00 pm

    Yeay dah menu yang ke-9. Untuk anak2 makan makanan sihat, takpelah kita siapkan bekal..jadi tak perlu la nak risau kan. Sedap2 semua menu bekal Elham ye.

    Reply
  7. Sis Lin says:
    March 10, 2021 at 8:40 am

    Pandai pulak dia makan tauhu gini yaa, ada budak taknak..
    Bab bawa bekal viral tu, sejak cikgu ni sibuk amik gambar then post ke group, macam-macam hal jadi laa… ermmm sama juga keluhan adik Sis.. kadang tak senonoh cikgu ni..

    Reply
  8. Ayu Rafikah says:
    March 10, 2021 at 10:11 am

    Cantek betul kejadiannya. Suka tengok. Paling penting rasanya sedap. Anak pun suka

    Reply
  9. Ai says:
    March 10, 2021 at 10:58 am

    Geram je tengok tauhu tu tau.

    Reply
  10. Mustaffa says:
    March 10, 2021 at 11:46 am

    menarik hidangan mcm ni.. anak-anak pasti suka.. makanan sihat

    Reply
  11. Zaza says:
    March 10, 2021 at 11:58 am

    KreatifnyA kak nina masak utk anak. Jeles nya pandai nk buat mcm2. Za kalau ke dapur otak jem. Hahhahaha kena belaJr resipi kak nina la cmni.

    Reply
  12. Mahamahu says:
    March 15, 2021 at 6:39 pm

    Sebagai seorang ibu yang prihatin dan juga menjadi kebajikan anak-anak pemakanan macam ni kena sentiasa bekal bukan sahaja sihat tapi juga kreativ hehehehe kalau kita pun nak makan juga wakakakakka

    Reply
  13. FD says:
    March 16, 2021 at 4:01 pm

    wah siap ada nota eh. lagi bunga2 la eilhan nak makan sbb ada pesanan dari mama tersayang

    Reply
  14. Nadia johari says:
    March 16, 2021 at 6:50 pm

    Kak nina buatkan untuk saya..ahhaha..nampak sedap..mehla kita beli..hahaa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes