Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Kek Pisang Gebu Moist sememangnya moist. Sukatan cawan yang mudah, ringkas dan cepat.
April 29, 2016February 4, 2023

Resepi Kek Pisang Gebu Moist… Sememangnya moist. Wallaaa…!!

Resepi Kek Pisang Gebu Moist… Sememangnya moist. Amboi tajuk! HAhaa.. Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Begitu lah sinonimnya pisang emas dan pepatah lama ni…

Isi Kandungan hide
1 KEK PISANG GEBU MOIST
2 Related posts:
3 Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm..... Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni.....
4 Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese
5 Resipi Nasi Ayam yang Mudah.. Menu kegemaran anak-anak
6 RESEPI CREPE COKLAT NUTELLA Sedap Mudah Sukatan Cawan

Pisang antara buah tempatan yang selalu Nina beli. Anak-anak Nina semuanya hantu pisang. Kalau beli seikat sekejapan dah licin. Tak tau lah kalau setandan! Hahaha…. Haishh… anak-sapa lah ni

Selalunya Nina akan asingkan beberapa biji untuk dibuat cake atau muffin. Baru-baru ni Nina buat Resepi kek pisang gebu moist sedap versi cupcake muffin Pisang Nina letak coffee chips dan almond nibs. Anak-anak memang laju laaa perabihkannya. Namun rupanya MyGang lagi suka kek pisang yang asli tanpa apa-apa tambahan lain kat dalam mahupun atasnya. Ok.. taste orang tua rupanya! Oopsss…>!!! Bababb jari ni! Original taste 😉

Kali ni Nina buat lagi kek Pisang original mengikut piawaian MyGang plak! Tak letak apa-apa pun kat dalam mahupun kat atas sebagai hiasan. Plain sangat. Alhamdulillah… senyap jer makan tuu. Yeayy … Lulus dengan cemerlang! Hehehe . .  . Anak-anak biasalah, memang laju jer. Semua pun depa belasah. Dah bikin 2 adunan pun macam tak cukup gamaknya. Nak tahu?? Nina siap sorok-sorok simpan dalam fridge buat makan esoknya. Kalau tak sorok, hari yang sama gak semua pun licin. hehee . . . .

Resepi Kek Pisang Gebu Moist Step by step

KEK PISANG GEBU MOIST

Bahan-bahan
5  biji pisang emas – dilecek
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen pisang
 
Bahan yang di ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
 
Cara penyediannya
1-.  Panaskan oven pada suhu 170c. Lenserkan butter pada keliling loyang.  Sediakan pisang yang dilecek dan ketepikan.  Bahan yang perlu diayak juga disediakan dan diketepikan.
2-.  Masukkan gula perang, minyak dan telur dalam mangkuk besar. Satukan lalu pukul hingga putih. Pukul sekitar 3-5minit.
3-.  Masukkan pisang bersama esen pisang. Kacau rata guna senduk aje.  Diikuti pula bahan yang dah diayak tadi. Kacau rata guna senduk/spatulla.
4-.  Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit sehingga kek masak. (bergantung pada suhu oven masing-masing) Cucuk tengah dengan lidi atau cake tester untuk tahu kek dah masak atau belum.  
5-.  Dah siap.. tunggu sejuk dan sedia dihidangkan…
Resepi Kek Pisang Gebu Moist sememangnya moist. Sukatan cawan yang mudah, ringkas dan cepat.
Jemput tengok ….!! Kek Pisang Gebu Moist.. Sedap buat kedap-kudapan minum petang ngan kopi o kaw!

Setakat ni, Resepi Kek Pisang Gebu Moist ni sememangnya moist. Nina suka resepi ni sebab menggunakan sukatan cawan. Mudah sangat. Kadang tuu leceh malas nak timbang-timbang bagai. Asal yang mudah , ringkas Nina akan gunapakai resepi ni selalu. Yang penting kek nya menjadi dan sedap!. Tak payah bersesak bagai kat dapur. Kadang tuu resepi timbang-timbang, kot boleh Nina tukar ke cawan pun Nina terus alihkan nota resepi ke cawan. Senang gitu….  Setuju tak?

Dah dahh …. nak santap ni ngadap kek pisang gebu moist kita.. Tata . . .

Related posts:

Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm..... Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni.....

Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese

Resipi Nasi Ayam yang Mudah.. Menu kegemaran anak-anak

RESEPI CREPE COKLAT NUTELLA Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi cakeKekkek pisang gebus moistmenu minum petangresepi mudahresepi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. adkdayah says:
    April 29, 2016 at 9:52 am

    sedapnya kak nina..tolong la post ke dayah sikit T_T

    Reply
  2. anuar says:
    April 29, 2016 at 10:53 am

    Samalah kita… anak2 saya pun hantu.pisang juga.. terutamanya pisang berangan.. 😉

    Reply
  3. umminani says:
    April 29, 2016 at 4:49 pm

    kak nina, bila nk open house ni. sedap2 nya masak…aihhh sorry lupa akak preggy. nnt lepas bersalin masak utk kami yer.

    Reply
  4. julia johari says:
    May 2, 2016 at 7:57 pm

    Sedap betul kek pisang asli kak nina bakar ni…memang senyap la diorg makan sedap hehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes