Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Kari Daging Sedap Mudah Cepat DiMasak
April 17, 2015June 18, 2023

Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!

Resepi Kari Daging Sedap Mudah Pekat ni wajib korang cuba, gerenti sampai menjilat jari! Amboi..  Yakin sedap!  HAhaa.. Kari  Kari  Kari .  Ya, kari masak apa pun sedap.  Kuah kari yang pekat , sedap dibuat cecah sama roti. Sebuku roti pun tak perasan dah licin. Nak nak kalau kuah karinya sedap pekat melikat sampai menjilat jari! Kannn?

Isi Kandungan hide
1 Kari Daging
1.1 Tips masak : Daging cepat empuk
2 Resepi Kari Daging Sedap Simple Mudah Pekat Menjilat Jari
2.1 Cara masak Kari Daging Paling Mudah Sedap
3 Masak KARI apa lagi sedap ?
3.1 Kari Telur Rebus
3.2 Paru Masak Kari
3.3 Related posts:
4 Tak pernah baking? Meh try buat muffin pandan .. Simple, mudah, cepat!
5 YES DAH JUMPA! MURAD RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM BERKESAN HILANGKAN BINTIK HITAM JERAGAT
6 Popia Ayam + Mix Vege. Buat sendiri puas makan....
7 Sinopsis drama DUA TAKDIR CINTA lakonan Fasha Sanda dan Azar Azmi

Kuah kari yang sedap tuu camner ehh?

Payah nak cerita.  Kuah kari ni kategori subjektif. Setiap orang punya selera yang berlainan. Ada yang suka Kari Style Mamak, style baba nyoya dan ada yang suka yang simple. Tak lupa ada yang suka Kuah Kari yang Pekat Menjilat Jari. Asalkan ada rasa kari! Hehehe.. Tepuk dada tanya lah selera.

Kari Daging

Dan korang sedia maklum, Nina selalunya masak yang simple aje. So hari ni Nina kongsikan resipi kari daging yang paling sedap simple mudah cepat di masak.  Daging memang lambat nak empuk so silalah potong nipis dan size comel lotte… Jangan lak potong besar gabak macam besar ayam lak yea..
Kalau besar gitu mau sampai  3 hari 3 malam rebus pun belum tentu empuk daging tuu… ** tercabut lak gigi nak kunyah nanti, pastu kejung mulut**  Nauzubillah. HAha

Tips masak : Daging cepat empuk

Selalunya Nina akan guna magic pan Ikan untuk rebus daging. Pan nie Nina beli masa cuti-cuti Malaysia 2 tahun yang lalu. Beli kat Langkawi. Murah!. Magic Pan ni sangat berguna dan berbaloi-baloi. Jimat masa memasak dan cepat empuk! Jimat gas juga! Hanya masukkan daging dan sedikit air (paras air tu setakat tutup daging) , guna api kecik jer, tutup pan pastu tinggalkan….. Dalam 20 minit daging dah empuk. 
Resepi Kari Daging Paling Sedap Mudah Pekat Menjilat Jari

Sebenarnya masak Kari ni subjektif sangat. Tak kira lah korang masak ikut Resepi Che Nom ke, Resepi Khairul Aming ke, ataupun Resepi Sheila Rusly semuanya pun sedap. Kita yang masak so pepandai lah adjust ikut citarasa memasing. Bukan apa, kadang kita dah ikut betul-betul resepi mereka tapi tak kena lak citarasa dan tekak kita maka ikut lah cara memasing. InsyaAllah ikhlas … Okies, ni resepi dan cara Nina masak KARI

Resepi Kari Daging Sedap Simple Mudah Pekat Menjilat Jari  


800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai


Cara masak Kari Daging Paling Mudah Sedap 

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan..
RESEPI DAGING
Ok, Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING yang sedap mudah untuk korang cuba
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya  Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi
RESEPI TELUR REBUS MASAK KARI SEDAP MUDAH 

Masak KARI apa lagi sedap ?

Lauk Kari ni selain masak daging,  pilihan lain yang ramai masak adalah kari ayam.
Yang punya extra bajet kari udang, kari ketam lagi syiokkkk..!!  air udang sama air ketam yang keluar sebati dalam kuah memang lain macam sedap kuah kari nya nanti. Sesekali ok laa, kalau selalu mau kad bank pun terpatah sendiri. 

Kari Telur Rebus

Kita bukan kategori orang kayangan, M40 je makan masak style  Resepi Telur Rebus Masak Kari pun layannnn…  Pastu bila dah sudah makan, kuahnya ada lagi , sayang nak buang kuahnya. Buat cecah lempeng ke, roti ke memang padu! Silap hari bulan, baki kuah yang ada, besoknya tambah lagi telur rebus. Settel lauk esok! Jimat kann..

Paru Masak Kari

Macam-macam pun boleh dimasak kari. Sesekali rekemen korang kena cuba Resepi Paru Masak Kari Sedap Mudah ni. Yelah selalu asyik masak Paru Masak Belado Sambal je kannn?
Cuba lah! Sedap jugak..
Resepi Paru Masak Kari Sedap Mudah
Korang suka Kari masak apa?

Related posts:

Tak pernah baking? Meh try buat muffin pandan .. Simple, mudah, cepat!

YES DAH JUMPA! MURAD RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM BERKESAN HILANGKAN BINTIK HITAM JERAGAT

Popia Ayam + Mix Vege. Buat sendiri puas makan....

Sinopsis drama DUA TAKDIR CINTA lakonan Fasha Sanda dan Azar Azmi

Lifestyle Resepi Tips Dagingkari dagingKari Daging SimpleResepiResepi Kari Daging Khairul AmingResepi Kari Daging MamakResepi Kari Daging Paling Sedap Simple Mudahresepi mudahresipiresipi ringkasTips daging cepat empuktips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. rosyid says:
    March 13, 2016 at 2:01 pm

    mantap nih resep karinya, nanti malam langsung di coba mumpung di rumah lagi ada daging

    Reply
  2. kamra khimal says:
    June 14, 2016 at 2:56 pm

    kenapa air rebusan daging xpaya d buang?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 14, 2016 at 3:52 pm

      Nanti air rebusan daging akan digunakan semula untuk kuahnya. Resepi no.4
      Sayang dibuang, air rebusan daging kaya dengan khasiat dan rasa daging sebenar.

      Reply
  3. Julie M says:
    September 6, 2016 at 5:46 am

    Terima kasih banyak2 utk perkongsian resepi ini…

    Reply
  4. Sarkistik says:
    September 20, 2016 at 8:25 am

    Kenapa masak kari daging kena pakai daging??

    Reply
    1. nordin says:
      October 10, 2016 at 12:38 pm

      kenapa kapal terbang boleh terbang?
      lol lah kau tanya soalan…wkawka

      Reply
    2. Sal says:
      May 26, 2017 at 4:43 pm

      Pakai kinzir pun ok ..

      Reply
  5. per essay says:
    September 10, 2018 at 3:07 pm

    This curry-sauce is subjective, everyone has different tastes and to whom it will not show much tasty or sharp.

    Reply
  6. resepiasia.com says:
    August 2, 2019 at 12:35 pm

    ade cengkih.. nyumm sedap terangkat ni

    Reply
  7. happy wheels says:
    May 13, 2020 at 8:54 pm

    Like the combination of two dishes, got to try to make it

    Reply
  8. y8 says:
    May 21, 2020 at 2:56 pm

    Thanks for the helpful information you shared with us.

    Reply
  9. run 3 unblocked says:
    August 14, 2020 at 5:52 pm

    Got to try this once looks so yummy, thanks for sharing the recipe

    Reply
  10. one2step says:
    October 6, 2020 at 1:40 pm

    The content of your article page, I find the content quite interesting and useful to me, thank you for sharing

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes