Resepi Char Kuey Teow Sedap Mudah antara menu carian yang menjadi kegemaran ramai wanita di Malaysia. Menu yang ringkas, cepat dimasak dan tiada batasan darjat yang menikmatinya. Bukan apa, ada aje dijual kat hotel, restoran mahupun gerai tepi jalan. Sapa tak pernah makan amatlah rugi.. sedap weyyy
Ada pelbagai version Resepi Char Kuey Teow yang sedap. Ada yang mudah, ringkas, cepat dan ada juga yang remeh cara penyediannya. Rencahnya pula wajib ada Udang letak banyak-banyak sedap ooo, kerang, taugeh dan daun kuchai. Resepinya pula ikut laa citarasa dan selera tekak masing-masing. Sedap tuu kan subjektif. Payah nak di ulas lanjut… Kang Nina cakap sedap korang rasa tak sedap Acaner??
#JanganKecamSaya Resepi Char Kuey Teow mudah cepat simple sedap
Hari ni Nina nak share Resepi Char Kuey Teow yang paling mudah dan cepat.
Hurmm…. Nina ni semua pun nak cepat. **kengkonon buzy sangat**
#ehh betul lahh..!! Kang Nina bagi list to do daily haru korang nengoknya.. Tu belum campur kena buli ngan dak Eilhan lagi. Mama yang kena buli Huhuuu..
ok, berbalik pada citer Resepi Char Kuey Teow cepat ni, kali ni Nina gunakan sos segera. Zaman sekarang ni semuanya nak cepat. Instant gitu. Tapi memula kena bancuh sukatan sos dulu. Tak susah pun, kat botol ada tunjuk ajar ku sifu. Ehh . . . Tu tajuk kat TV3. **pengaruh TV** Hahaa…
Resepi ni Nina buat untuk sepaket Kuey Teow. Lebih kurang 4/orang makan. Nina sekeluarga sekali makan. Kalau portion korang makan dah macam dinasour Sila gandakan sukatan ya..
Nanti tak cukup cian lak terkulat-kulat nak makan. Huhuuu. . .
RESEPI CHAR KUEY TEOW SEDAP MUDAH
Bahan-bahan
Sepaket kuey teow
20 ekor udang sederhana size
1 ½ cawan isi kerang yang telah direbus dulu
2 biji telur
Daun kuchai – dipotong anggaran 2 inch
Cara masak Char Kuey Teow
1-. Panaskan kuali dengan api yang besar lalu masukkan minyak masak
2-. Masukkan udang dan goreng selama 20-30 saat kemudian masukkan isi kerang rebus
3-. Masukkan kuey teow, daun kuchai..gaul sebati
4-. Pecahkan telur, segera masukkan kicap Char Kuey Teow Ilham yang telah dibancuh bersama air tadi.
5-. Kacau sebati telur dan kicap sekitar 5-8saat
6-. Tutup api dan segera dihidangkan.
** Api dapur haruslah besar
** Siap aje segera dihidangkan.. lambat-lambat nanti, kembang tak sedap lak kang habis tak sempat merasa
** tak perlu tambah garam atau gula
Ini sukatan bancuhan pati kicap Ilham Untuk sepaket kuey teow :-
1 ½ cawan air + 15 sudu pati kicap Char Kuey Teow Ilham
Mudah kan?
Tak perlu nak blend bawang merah, bawang putih, cili, kicap segala bagai…
Hanya sediakan bahan rencah dan bancuhan kicap Ilham
Siap!
Masak pun sekejap ajer…
Keluaran
Ilham Rizfiz Enterprise
F 28 Kg Singkir Genting
08110 Bedong, Kedah
Tel :- 019 571 9790
Buat korang yang sukakan menu Kuey Teow, Mee, Pasta atau seangkatan dengannya korang boleh laa cuba
30 Resipi Berbuka Puasa Paling Mudah Senang Mee , Bihun, Kuey Teow, Pasta . Haa.. Banyakkkk kan resepi yang korang boleh cuba! Check it out.
laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Good entri. Tahniah!
dah jadi geng wordpress kan…tahniah sis nina