Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

PEMBURU RAHSIA
September 5, 2023October 3, 2023

PEMBURU RAHSIA Drama TV3 Full Sinopsis – Akhir

Drama Aku Yang Kau Sakiti telah pun berakhir. Macammana korang setuju dengan ending nya? Apapun usah lah berdendam kerana dendam yang menguasai diri akan membawa padah dan banyak kesan buruk dari baiknya. Slot Samarinda diteruskan dengan sebuah drama saspen thriller berjudul PEMBURU RAHSIA. Drama ini dilakonkan dengan ramai barisan pelakon yang agak baru. Sebelum ni Scha Elinnea biasanya melakonkan watak yang ceria, manja dan pernah menjadi heroin dalam Drama Sitiktok. Namun drama Pemburu Rahsia ini banyak bermain dengan emosi dan espresi wajah.

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama PEMBURU RAHSIA
1.1 Alia terima panggilan misteri
1.2 Info Drama Pemburu Rahsia
1.3 Watak Pelakon
1.4 OST Drama
1.5 Drama Thriller Saspen
1.6 Siapa sebenarnya Pemburu Rahsia Secret Keeper Pembunuh Damia ?
1.7 Tonton Online Drama #PEMBURURAHSIA
1.8 Related posts:
2 Nak cari Photographer dan Videographer yang bagus? KAIO STUDIO terbaik!
3 Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!
4 Aduhhh... Menyesal pegi lambat ke MHE 2019
5 #AndainyaTakdir .. baru ku tahu mudahnya beli barang dapur kat Honestbee Online

Tak kurang hebat dengan ada nya Intan Najuwa! Suka lakonan pengantin baru ni. Lakonan beliau semakin matang dan bersahaja! Kemunculan pelakon senior Haliza Misbun pasti memberi kekuatan pada drama ini.

PEMBURU RAHSIA

Sinopsis Drama PEMBURU RAHSIA

Kerana tajamnya lidah akhirnya mengundang padah!

Sebuah drama saspen thriller mengisahkan Damia (Scha Elinnea) seorang gadis instafamous yang terkenal di Sekolah Tengku Karim telah ditemui mati di Malam Seluhur Kasih. Damia dipercayai membunuh diri kerana terlalu tertekan akibat menjadi mangsa buli di media sosial.

Aku tak rasa Damia mati bunuh diri!

Kakak tirinya, Alia (Intan Najuwa) pulang ke Malaysia dari Sunderland untuk menyiasat kes berkenaan.
Alia yang menerima dm daripada akaun tidak diketahui itu ternyata melayan dan cuba mencari tahu apa yang terjadi.

Kenapa you sanggup buat macam tu! Kenapa you malukan Damia? – Alia

Alia terima panggilan misteri

Alia terima panggilan misteri, kali ini memaksa dia bertindak ke atas Ikmal dan kawan-kawannya. Alia menyerang Ikmal di sekolah dan menuntut penjelasan Ikmal. Ikmal flash back imbauan kembali tentang Damia dan Ikmal sebelum kematian Damia.

Elijah pula berkenalan dengan seorang lelaki misteri di Instagram.
Shaqir, Bella dan Elijah dihantui gangguan misteri. Ikmal pula diserang dan hampir dibunuh selain menerima ugutan supaya mengaku dia punca kematian Damia. Madam Mariam begitu panik, kes tersebut.

Adik saya berhak untuk dapatkan keadilan! – Alia

Info Drama Pemburu Rahsia

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production
Pelakon: Datin Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Muaz Zabir, Fariz Isqandar, Kimberly Chuah, Raff Roslee, Raden Zaharatul, Zarul Umbrella, Haliza Misbun, Jesse Lim, Kween Keela, Silfeny Osman, Adwafri Shah, Izzul Faiq

Watak Pelakon

  • Datin Intan Najuwa sebagai Alia
  • Adam Lee sebagai Waiz Mikael Pensyarah Kaunseling
  • Scha Elinnea sebagai Marisa Damia
  • Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
  • Adwafri Shah sebagai Qayyum
  • Raff Roslee sebagai Syaqir
  • Kimberly Chuah sebagai Elijah
  • Raden Zaharatul sebagai Bella
  • Haliza Misbun sebagai Suraya

OST Drama

  • Lagu : Pemburu Rindu
  • Penyanyi : Rahmad Mega
  • Komposer : Mas Dewangga , Jova Devito
  • Penulis Lirik : Mas Dewangga , Jova Devito

Drama Thriller Saspen

Keadaan makin genting bila munculnya seorang pembunuh misteri yang ingin menuntut bela atas kematian Damia. Siapakah dia?
Apa akan terjadi?
Siapa sebenarnya pembunuh Damia?
Benarkah Damia mati bunuh diri?
Rahsia apa yang bakal dibongkarkan?

Setiap orang ada RAHSIA
Kerana satu kematian, rahsia silam kembali menghantui
Terkadang ada RAHSIA yang harus kekal sebagai RAHSIA sampai bila-bila

Siapa sebenarnya Pemburu Rahsia Secret Keeper Pembunuh Damia ?

Soalan yang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya Secret Keeper
Adakah secret keeper pembunuh Damia?
Adakah Mak Damia tapi apa pulak motif Mak Damia nak bunuh anak dia sendiri lak kan?
Sedangkan Mak Damia pun kemurungan, tak percaya Damia bunuh diri.

Adakah secret keeper tu Waiz?
Sebab Waiz pun suka kat Damia dan Secret Keeper takde pun bagitau Alia apa yang Waiz dah buat kat Damia. Macam ya kann?
Tapi .. cubaan membunuh Waiz sampai Waiz sendiri hampir nak mati kena tanam dalam tanah. Dan Mak Waiz meninggal lemas angkara Secret Keeper. Macam tak logik jugak kan?

Ker antara mereka juga? Alia kot?
Ker Mak Jah? Dia marah semua orang kacau cucu dia. HAhaa… OK tipu sangat dah nih
Atau mungkin kawan Mak Damia?
Ker Alia komplot dengan Waiz, dua-dua tu secret keeper?
Misteri sungguh , mendebar-debar kan tunggu episod akhir

Tonton Online Drama #PEMBURURAHSIA

Korang boleh strim tonton online di tonton.com.my. atau esklusif iQIYIMalaysia Check it out!

Drama ini menggabungkan elemen-elemen cerita yang mengujakan, ketegangan, dan pengungkapan misteri yang mengasyikkan, sambil menggambarkan seorang pemburu rahsia yang berusaha mengejar keadilan dan kebenaran. Selain daripada elemen- elemen aksi, drama ini juga mengeksplorasi hubungan antara watak-watak utama dan mendedahkan rahsia-rahsia peribadi mereka yang sebelum ini tersembunyi.

Secara keseluruhan, #PemburuRahsia adalah drama yang menggabungkan elemen misteri yang serba cepat dan watak-watak yang kompleks, menjadikannya tontonan yang menarik untuk peminat siri televisyen yang mencari cerita yang berintelek dan mengasyikkan. Selamat menonton!

Related posts:

Nak cari Photographer dan Videographer yang bagus? KAIO STUDIO terbaik!

Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!

Aduhhh... Menyesal pegi lambat ke MHE 2019

#AndainyaTakdir .. baru ku tahu mudahnya beli barang dapur kat Honestbee Online

Drama Movie Review Adam LeeDrama 10pmDrama bestDrama MelayuEpisod AKHIRHaliza MisbunIntan NajuwaPEMBURU RAHSIASamarinda TV3Scha EllinneaSiapa Pembunuh DamiaSiapa Secret KeeperSinopsisTonton Drama OnlineTonton livetonton OnlineZeel Production

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. John Jones says:
    December 1, 2023 at 2:16 pm

    thanks for the helpful information

    Reply
  2. Cable TV says:
    February 14, 2025 at 9:21 pm

    Looks like an interesting drama with a thrilling storyline. The detailed synopsis gives a great insight into what to expect. Excited to watch how the mystery unfolds

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes