Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

September 19, 2015December 21, 2017

Nak cari Photographer dan Videographer yang bagus? KAIO STUDIO terbaik!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…
Anuar Zain.. Ya, ini Anuar Zain
Awat laaa Nina post jejaka Malaya nie?? Buang terbiyat ke hapa…?? Hahahaa. . . . .
OOpsss…!! Sorry ya.. No gosip-gosip … Ini cerita betul dan gambar ini pun betul.
Cantik kan gambar nie??
Foto ini  di shoot oleh insan yang bernama ANWAR juga…. dari KAIO STUDIO semasa di Paris..
 
Sapa dia?
Meh sini Nina nak story sikit belakang tabir disebalik Anwar – KAIO STUDIO
Khairul Anwar Abdullah – KAIO
Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. 
Beliau memiliki  Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.
Bermulanya karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Amboi ….. Dasat! Muda-muda lagi dah round the world!
Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.
 

Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

Isi Kandungan hide
1 KAIO STUDIO Photographer Videographer terbaik
2 Related posts:
3 Salam Aidilfitri 2017 >>>> kosong-kosong ehh
4 SERTAI BENGKEL PKSK UKKM | PERSEDIAAN LULUS CEMERLANG UJIAN SEKOLAH KHUSUS SBP MRSM
5 Telur Mata Masak Masam Manis
6 DRAMA MENANTI SENJA SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR

KAIO STUDIO Photographer Videographer terbaik

Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.
Amboi ….. Dasat dia! Dah round the world keje…

 

Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’


Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.
(link video Discover Thainess 2015 Teaser https://youtu.be/XhuuKojy0mY )

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. Dasatt …. kurlass gitu…!!

Ini antara Pencapaian Kaio Studio….. Zassss>>

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
Layari YouTube 

• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )

• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8

Dan pencaipan terbaru KAIO – (Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio)

Memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.
Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini. Tahnniah..!!

 

Nahh…. Nina belanja sikit  gambar-gambar awesome dari Kaio Studio sepanjang Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang lalu..

 
Memang awesome kan..!! 
Video oleh KAIO STUDIO – Jurugambar aka juruvideo rasmi Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang lepas. Nina dok ulang-ulang nengok…. Tak pernah jemu. Terasa kemeriahannya…. 
Terbaik laaaa ….Nina dok ulang tengok video ni tau! Rindu nyaa~
Kengkawan Nina yang nonton pun sibuk dok cakap best!  
Nak tengok lagi yang menarik sila ke Instagram rasmi  Kelab Blogger Ben Ashaari
 
Ada kawan Nina cakap tulis, semua gambar nampak hidup dan yang melihat pun terasa kemeriahan majlis seolah berada kat disana sesama. Hehee….
Kalau ada kat sana lagi best ooo~  Sila jeles! Wakaakaaa (gelak jahat! sekali sekala)

 

Menarik kann…?? 
Boleh live update event lagi tau~

Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat Kaio Studio samada untuk majlis perkahwinan atau apa saja majlis rasmi atau tidak , bolehlah contact :

Website : www.kaiostudio.com

Instagram : www.instagram.com/kaiostudio

Youtube : www.youtube.com/kaiostudiotv

Twitter : www.twiiter.com/kaiostudio

Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

 

Tahniah KAIO Studio…!!

Berbangga anak melayu yang muda berjaya.
Moga KAIO Studio akan mengorak langkah lebih jauh dan sukses dalam bidang ini.

Aamiin…

 










Related posts:

Salam Aidilfitri 2017 >>>> kosong-kosong ehh

SERTAI BENGKEL PKSK UKKM | PERSEDIAAN LULUS CEMERLANG UJIAN SEKOLAH KHUSUS SBP MRSM

Telur Mata Masak Masam Manis

DRAMA MENANTI SENJA SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR

Lifestyle Review InfoInfo - SemasaKAIOKAIO STUDIOPhotographerReviewVideographer

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes