Masakan Panas Authentic Melayu Sedap kat Seksyen 10, Shah Alam : HOT PINDANG KITCHEN … Recommended
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Ke mana uolls cuti 1Malaysia ni? Jalan-jalan santai keluar bersama keluarga ke hanya dok terperap kat rumah? Hari ni dapur Nina cuti untuk lunch. Sekali sekala teringin nak makan kat luar lak…. Masakan panas Authentic Melayu Sedap Shah Alam Hot Pindang Kitchen
Tapi . . . .
Nina nak masakan yang panas dari dapur, masakan melayu yang penuh rasa keaslian, ruang dan suasana yang selesa bersama anak-anak, pekerja yang friendly dan yang utama harganya berpatutan dengan kualiti kesedapannya…. Cerewet plak Nina nie kann~ memang punnnn ! hehee . . . .
Hhurmm….. ada ker? Ada . . . .!!
Buat warga Shah Alam khususnya, Nina nak share sebuah restoran yang menepati citarasa Nina seperti yang Nina maklumkan di atas tadi. ..
Kat mana tuuu…??
Di Hot Pindang Kitchen, Seksyen 10 Shah Alam
Alhamdulillah…. Tadi 16/9/15 – sekitar 12pm Nina dan family #KelabBloggerBenAshaari seramai lebih kurang 16orang blogger telah diundang untuk bersama-sama menikmati sajian makan tengahhari di sini.
Yeah yeahhh….!!Bertuah lah badan…. Impian Nina menjadi kenyataan. Tatkala cuti memang malas nak masak. Dapat lak jemputan. Senyum meleret sampai ke petang. Hehe . . . Sekali sekala kannnnn
Restoran ini menerapkan masakan panas dari dapur. Suasana restoran yang santai, kemas, teratur cukup menampakkan kebersihan dari setiap ruang yang ada. Dekorasi nya yang simple amat menarik dan nampak cool. Sederhana lebih cantik. Nina suka!
Ini lagi best – ruang dapur yang berkonsepkan ‘transparent’ lebih meyakinkan pelanggan. Sambil lalu jelas nampak tukang masak bertungkus lumus menyediakan hidangan kita.
Relax brother relax~ Kami nak makan makanan aje…. tak makan orang punnn. Hehee . . . .
dan Ini antara menu yang Nina dan kengkawan order
Jom cuci mata. . . Sila jangan jilat screen ya! Buruk orang nampak! hehehe . . . .
Keseluruhan Nina berpuashati makan lunch kat sini. Semuanya menepati citarasa Nina sekeluarga. Harga juga berpatutan dengan kualiti hidangan dan kesedapannya.
Paling best Nina perasan, staff kat sini amat friendly. Asal ada tetamu singgah masuk aje akan kedengaran “Selamat Datang ke Hot Pindang Kitchen” … Ramah-tamah derang… Good Job! Kekalkan suasana ini …
Terima kasih berjuta lemon buat owner Puan Norhana Abu Bakar yang sudi menjemput kami. Semoga selepas ini Puan Ana lebih sukses dan perniagaan semakin maju.. InsyaAllah.. Aaminn….
Untuk pengetahun uolls, Hot Pindang Kitchen juga ada menyediakan penghantaran ke office di sekitar Shah Alam. Catering juga ada untuk Klang Valley. Hah..!! Pasni kot ada nak buat jamuan ker, kenduri ker, birthday party ker, doa selamat ker atau apa-apa majlis keramaian – boleh lah order dari Hot Pindang Kitchen.
Hot Pindang Kitchen Restoran dan Katering
No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11,
Seksyen 10, Shah Alam Selangor
Landmark : (Next to Azira & Hatini Restoran)
Seberang jalan nampak Hotel Concorde
☎ 03-5523 1259 / 012 2043773
Waktu perniagaan : 11am-11pm
Tutup : Raya Aidilfitri dan AidilAdha
Ehem ehem ….. Biasalah sebelum balik, gambar beramai-ramai buat kenang-kenangan bersama owner Puan Norhana Abu bakar yang super sporting & friendly.. Sampai ketemu lagi~