Serius teruja nak tonton drama terbaru Astro yang ni. Arahan sutradara hebat dari Yusry Abdul Halim. Para pelakon bukan kaleng-kaleng! Sapa tak kenal dengan Lisa Surihani, Farid Kamil dan Sharnaaz Ahmad. Power-power kannn lakonan derang ni? Sinopsis PELINDUNG SEORANG PUTERI
Setelah 10 tahun, selepas Filem Lagenda Budak Setan kali ni gandingan semula Lisa Surihani bersama Farid Kamil. Dulu sebagai pasangan kekasih dan kali ni sebagai suami isteri. Yelah, dah 10 tahun berlalu tak sesuai dah kot nak jadi dak dak remaja gitu. Watak yang lebih matang dan mencabar dalam Drama PELINDUNG SEORANG PUTERI
Sinopsis PELINDUNG SEORANG PUTERI
Mengisahkan Rose (Lisa Surihani) yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?
Simple sangat ehh? Tak puas lak kann…HEheee
Okies, Nina share kan pula Sinopsis Dari Novel PELINDUNG SEORANG PUTERI
Sinopsis Novel PELINDUNG SEORANG PUTERI
Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat?
Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami. Selepas berkahwin, ibu mentuanya, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.
“Ada tak, rahsia yang awak sembunyikan dari saya?”
“Ada. Abang ada penyakit…”
“Hah? Penyakit apa?”
“Penyakit gila…” Saiful merenung tajam wajah isterinya. Rose kecut perut, janganlah dia mengaku hal sebenar.
Abang gilakan Rose!
“Gilakan Rose…” Saiful mengekek tawa, padahal jantung Rose bagaikan mahu meletup kerana terlalu takut.
“Jadi, berikan abang kasih sayang Rose agar abang selalu sihat…. “
Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca. Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya? Alahai kesiannya Rose! Huwaaaa….
Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya.
Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya?
Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih?
Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?
Drama adaptasi novel ‘Pelindung Seorang Puteri’ karya Mia Kiff di slot MegaDrama Astro Ria. Menemukan kembali gandingan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Yusry Abdul Halim.
Drama Pelindung Seorang Puteri telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
JUDUL : PELINDUNG SEORANG PUTERI
EPISOD : 16 TARIKH TAYANGAN : 28 Julai 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson
WATAK PELAKON
Lisa Surihani sebagai Rose
Farid Kamil sebagai Saiful (Epul)
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazril
Zain Hamid sebagai Firdaus (Fido)
Nadiyah Shahab sebagai Nurul
Haleeda Mazlin sebagai Mak Dak Liza (Mak Saiful)
Arash Mohd sebagai Mustapha (Suami Mak Dak)
Jasmine Suraya sebagai Bainun Haris Ismail sebagai Alif (Abang Rose)
Wan Nor Azlin sebagai Hayati (Mak Rose)
Hafidzuddin Fazil sebagai Kamaruddin (Ayah Rose)
Norreen Iman sebagai Muna
Asyiqin Zaed sebagai Aziani
Juliana Evans sebagai Laila
Faez Nick sebagai Halim
Lagu tema : Terlanjur Cinta nyanyian Hael Husaini dan Cakra Khan
Sekarang ni tengah trending minggu akhir kesudahan Drama Pelindung Seorang Puteri. Harapnya happy ending.. Tak mo lagi Rose terseksa.
“Betapa aku derita mencintai seorang perempuan bernama Rose. Hanya satu cara untuk menghilangkan sakit yang aku rasa, kau harus mati! Kalau kau nak terus hidup, sentiasa sihatkan jiwa aku dengan kasih sayang kau. Jangan sesekali buat sesuatu yang aku benci. Faham?”
Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?
Kalau korang terlepas episod, boleh jer tonton Drama Online Gempak Astro Official – Drama Pelindung Seorang Puteri . Sekarang semuanya dihujung jari.
Sinopsis PELINDUNG SEORANG PUTERI mengisahkan Saiful terlalu cintakan Rose. Baginya Rose adalah ubat tapi bagi Rose Epul adalah racun berbisa
Semalam dah last episode kan? Nanti nak marathon tengok.
Tak layan lagi tengok cerita ni. Haritu tengok 3 kali je.. Hahaha.. Nanti nak tgk dri mula
Cerita best. Pelakon mantap. Farid Kamil memang menjadi.
Very beautiful article and much appreciated your thoughts thanks for share.
Thanks for sharing this amazing content. Your information is really very outstanding to read.
What a superb post! I have no words to describe this post because everything is clear with your wonderful words. I hope you will publish again such type of post. Thanks.
Great ideas for home improvement and best for everyone. Thanks for share!
I actually like reading all of the blog posts on your website, sir. In general, this essay is pleasant and informational. Everything has a purpose and exists for a reason. Your article is really good.
Your blog is amazing it gives so many ideas and information.