Drama MASIH ADA RINDU

Sinopsis Drama MASIH ADA RINDU Lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana

Nama Farid Kamil memang sudah tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Paling popular dalam Lagenda Budak Setan. Tapi Farid Kamil jarang-jarang muncul kat TV kann? Rasanya last drama dia yang Nina tonton dalam Drama Pelindung Seorang Puteri bergandingan dengan Lisa Surihani. Kali ni Farid Kamil digandigkan bersama Mimi Lana dalam Drama MASIH ADA RINDU. Hurmm . . . Ada chemistry kah gandingan mereka ni?

Sinopsis Drama MASIH ADA RINDU

Nurul Syafika lakonan MImi Lana mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Ibunya mahu Syafika tamat pengajian dulu dan kemudian berkahwin mengikut pilihan nya – Imran. Dengan hanya mendapat restu bapanya, perkahwinan Syafika berlangsung juga tanpa kehadiran ibunya.

Selepas berkahwin Syafika tinggal dengan ibu mertuanya yang amat baik menerima Fika. dalam meniti perkahwinan Syafika rasa bahagia namun kebahagian mereka hanya sekejap, Satu kejadian tak terduga terjadi semasa mereka honeymoon, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Syafika kemurungan sukar menerima ketentuan. Syafika menagih kasih dengan ibu mertuanya. Sedih dihati Syafika kerana ibu Fika masih berdendam Fika berkahwin dengan Hakim dan enggan menerima Fika. Hari demi hari dengan bantuan ibu mertuanya , Syafika bangkit meneruskan hidupnya demi Lukman Adam.

Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu mertuanya dan ayahnya.

Luqman Hadi (wajah seiras dengan Hakim) yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu. Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika dan Syafika juga cuba membuka hati dan cintanya untuk Hadi. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi. Apa yang telah Hadi lakukan?
Apakah yang bakal terjadi seterusnya?

Nantikan drama ‘Masih Ada Rindu’ diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie. Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Diarahkan oleh Osman Ali. Bakal bersiaran di slot Akasia TV3.

JUDUL : MASIH ADA RINDU
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Mimie Afini
PENULIS SKRIP : Naza Manas
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Nurulazia

WATAK PELAKON
Farid kamil sebagai Hadi
Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
Halim Radzi sebagai Imran
Dayang Areeda sebagai Nasya
Fahmi Reza sebagai Badrul
Aishah Ilias sebagai Syazwani
Kuna Muzani sebagai Zaleha

Drama MASIH ADA RINDU

Kalau korang terlepas episod, don’t worry. Semuanya dihujung jari. Korang boleh tonton drama online drama ni di saluran rasmi WeTVMalaysia. Sejam selepas tayangan dah ada daaaa… Click sini Tonton Online Drama MASIH ADA RINDU

So far nod bad laa chemistry antara farid kamil dan Mimi Lana. Tak kurang hebat lakonan Dayang Areeda dan Halim Radzi. Geram tul tengok Abang Im yang tak reti bahasa nak jugak kat Fika walaupun Fika dah cakap dah takde perasaan kat dia. Tapi karektor Abang Hadi dan Hakim tak berapa nak sampai dan rasa sepatutnya boleh dikembangkan lagi agar nampak beza orang yang berbeza. Sebab bila Fika flashback, takde beza Abang Hadi dan Hakim. Huhuuu . . . . Lelain onz!

4 Comments
  • ummi nani
    Posted at 12:55h, 09 June Reply

    wah bestnya.. ni kalau sekali tengok boleh terjebak ni .. farid kamil masih aummm

  • Yb Shehan
    Posted at 15:14h, 09 June Reply

    wah blog laju. dah lama tak layan cte melayu. rajin kak nina..

  • SalJohari
    Posted at 16:22h, 09 June Reply

    Farid Kamil ni antara pelakon yang not bad dari segi lakonan. Mantap student ITM ni kalau part koje . Watak yang dibawak sure menjiwai sungguh !

  • huda halid
    Posted at 21:54h, 09 June Reply

    baru tahu boleh layan drama kat WeTV. nnt nak tengok lah thanks for sharing kak nina..

Post A Comment