Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tempat Makan Sedap Murah Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson
June 1, 2015October 21, 2021

Nasi Ayam BAKAR Station PD best LUNCH MURAH SEDAP

Nasi Ayam Bakar Station PD Lunch Sedap Murah Port Dickson 

Isi Kandungan hide
1 Nasi Ayam Bakar Station PD
1.1 Air murah !! Hanya RM1.50 boleh refill
1.2 Related posts:
2 DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK
3 Senang jer masak Creamy Mushroom Soup Homemade
4 Sotong Goreng Kari
5 Puashati Bercuti di Legend Cherating Beach Resort | Family Day KBBA9 2017 Havoc Enjoy!

 

Hari ni Nina nak share satu kedai makan lunch sedap mudah di Batu 11, Port Dickson. Kebetulan Nina bercuti sakan di Primaland Waterpark so malas nak keluar jauh dari sini. Pusing-pusing sekitar sini je cari makan tengahhari pastu tengok satu kedai tepi jalan ni ramai sangat orang.  Signboard juga menarik kan perhatian untuk buzy body nak tahu awat lah ramai orang. Terlintas di fikiran nak tahu apa yang menarik kat sini… Kenapa ramai orang….?? Sedap ker…?? Maka terjahan pun bermula! Acececehhhh… Dah macam jalan-jalan cari makan . HAhaa

 

Tempat Makan Sedap Murah Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson

 

Nasi Ayam Bakar Station PD

 

Hhrmm…. Intai-intai kelihatan sajian Menu nasi putih bersama Ayam Bakar. Ayamnya dibakar depan mata dan mengikut permintaan. So dapat makan panas-panas. Nina sukakan menu yang simple, mudah dan semestinya sesuai buat anak-anak. Ok cun, dan Nina pun cari tempat – dok bawah pokok Chery. Redup, nyaman….. Suka!

Standard Nasi ayam  bakar kat KL, ada nasi putih, ayam bakar, sup ayam, sambal cili dan bersama tomato dan timun. Simple!

Kat sini, Nina suka nasi nya yang lembut, (idok lerr yang keras sampai rasa macam nak tercekik kadang tuu) Ayamnya pula, moist…. Isi yang sedang elok empuk masak di Bakar, berjus lagi.  Rempah pun tak heavy sangat. Suka suka…. Light -light gitu. Anak-anak pun laju jer makan dengan berselera. Sup pun sedap dihirup laju.. Slurp slurpp~

 

Lunch sedap murah PD 
Nasi Ayam Bakar Station Baru 11 Port Dickson

 

Tempat Makan Sedap Murah Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson

 

Amacam nampak sedap kannn? 
Ya memang sedap!

 

Selain menu yang segar lagi panas dan menepati citarasa Nina sekeluarga **maksudnya bukan nasi berlauk siap masak** . Ni ayam bakar yang kita order baru dia bakar so fresh from oven gituh!


Apa yang menarik lagi kat adalah air minumannya. Apa yang terhidang kat meja luar ni harga nya per gelas. Segelas hanya RM1.50 Ada sirap, sarsi, tea o, jambu batu, asam masin. Katanya layan diri. Ambik sendiri gelas, buh ais ikut suka banyak mana dan hanya tekan air pilihan di hati. Nak ulang (refill) ikut suka ambik jer sendiri. Yang penting, harganya di kira per gelas. Best kan….??

 

Air murah !! Hanya RM1.50 boleh refill

 


Antara menu lain yang ada untuk lunch selain menu utamanya, ada juga Ayam bakar Madu dan beraneka pilihan lauk-pauk. Menurut owner, (sempat lak nina beborak) hehee…. Menu Nasi Ayam beroperasi bermula jam 11am-4:30pm
Akan tapi kedai dah mula niaga seawal 8am untuk menu sarapan. Contohnya ada nasi lemak, lauk-pauk, Mee goreng, bihun goreng dan sebagainya.

Nina juga dimaklumkan ada beberapa cawangan kat area KL, Bangi, Petaling Jaya. Hhrmm…. Hebat rupanya. Nina aje yang belum tahu rupanya.. Huhuu.. So lepas ni, kalau nina sekeluarga ke Port Dickson lagi – mudah laa…. Nina dah ada tempat yang hendak dituju untuk makan tengahhari 
 

Lunch sedap murah PD 
Nasi Ayam Bakar Station Baru 11 Port Dickson

 
Makan Sedap Murah PD NASI AYAM BAKAR STATION


Kalau korang  ada sekitar Port Dickson dan tak tahu area mana nak dituju sila lah singgah sini…  recommended! 

Ayam Bakar Station
Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson
Operation hours 11:30am – 5:30pm
Selesa – tutup kecuali cuti umum/ cuti sekolah
Hubungi untuk sebarang tempahan : 0136774878 abang mamat
0108685512/01110975150 kak era
Waze : http://waze.to/smrenchhiArl1SB1UA

Related posts:

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK

Senang jer masak Creamy Mushroom Soup Homemade

Sotong Goreng Kari

Puashati Bercuti di Legend Cherating Beach Resort | Family Day KBBA9 2017 Havoc Enjoy!

Lifestyle Review Travel AyamAyam Bakar StationAyam Bakar Station PDInfo - Food ReviewJalan Jalan Cari MakanLunch Best Port DicksonLunch sedap Port DicksoonMakan sedap Port DicksonNasi Ayam Best PDReview

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. SalinaJohari says:
    January 5, 2018 at 2:17 pm

    Harus singgah ni kalau ke PD. Namoak sedap je tu ha..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes