Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 22, 2015March 25, 2016

Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila memikirkan apa menu untuk Sahur dan Berbuka Puasa kadang tuu memang boleh bikin tetiba stress kan?
Nak  fikirkan bahan asas, pastu masak apa,nak prepare nak masak pastu lak ngemas….
huhuuu~

Nina lak memang malas nak merasai nikmat stress. Dah lama berlalu Nina tinggalkan jauh-jauh. Tak mau stress-stress! Nak yang mudah cepat dan senang ajer.
So Nina sharekan resepi yang mudah untuk uolls. 

Bahan asas nya daging. Hurmm…. Ada yang rasa macam sengal tak nak masak daging? 
Yalah, daging lah yang paling makan masa nak masak dan empuk. Tips Nina nak cepat empuk, Nina guna magic Pan HIG yang Nina beli masa cuti-cuti Malaysia yang lalu. Dah bertahun daaa…. Suka magic pan ni. Apa pun masak semuanya cepat dimasak. Jimat masa!

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !
3 ALIA CC CREAM MURAH BAGUS ke? INI REVIEW NINA
4 Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.
5 MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE

Daging Masak Kicap Lemak Manis 

Bahan-bahan
+-300g Daging – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih –  diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis 
Minyak masak
Sedikit air
 
Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah
 
Cara-caranya
1-  Daging  dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk. 
2-  Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3-  Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4-  Setelah itu, masukkan kicap lemak manis  dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati. 
5-  Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air  Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih. 
6-  Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau
 
Selamat mencuba!
 

Related posts:

Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !

ALIA CC CREAM MURAH BAGUS ke? INI REVIEW NINA

Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.

MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE

Lifestyle Resepi DagingDaging Masak Kicap lemak ManisJuadah Berbuka PuasaLauk Paukmenu cepatResepiresepi mudahresepi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes