Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KHASIAT SAFFRON MADU IRAN
March 17, 2024March 17, 2024

MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE

Tentu ramai sedia maklum saffron mempunyai banyak khasiatnya. Apa itu Saffron? Ia berasal dari bunga saffron atau crocus sativus menghasilkan 3 putik sahaja. Satu kilo saffron memerlukan kira kira 1,000 putik saffron. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa rempah saffron merupakan rempah termahal. Madu juga mempunya sejuta khasiat untuk kesihatan dan tidak mustahil keduanya digabungkan  – Khasiat MADU SAFFRON akan memberi manfaat terbaik untuk kesihatan kita.

Isi Kandungan hide
1 SAFFRON
2 MANFAAT SAFFRON UNTUK KESIHATAN
2.1 Khasiat nutrisi dalam Saffron
2.2 MADU SAFFRON IRAN With Zam Zam
2.3 KENAPA MADU SAFFRON IRAN PILIHAN NINA ?
2.4 TEKSTUR MADU SAFFRON IRAN
2.5 RAMUAN
2.6 KEBAIKAN MADU SAFFRON IRAN
2.7 MADU SUNNAH NABI
2.8 CARA MINUM MADU SAFFRON
2.9 Harga MADU SAFFRON IRAN – 300gm
2.10 BELI MANA ?
2.11 Related posts:
3 Korban Aqiqah Murah! UTS Trading menawarkan Pakej Qurban TERMurah Hanya RM320 seekor kambing
4 Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL
5 Kuey Teow Goreng Hailam
6 PEMBURU RAHSIA Drama TV3 Full Sinopsis - Akhir

Nina ada share sikit dalam cerita sebelum ni Nina ada consume Madu Saffron dalam story Altenatif ubat batuk untuk anak so Nina tunaikan janji kongsikan tentang khasiat madu saffron yang Nina amalkan ikut pengalaman Nina.

SAFFRON

Khasiat Saffron

Sebelum ni Nina memang pengguna tegar saffron. Pengalaman minum air Saffron
Cara Nina amalkan sangat mudah! Hanya perlu ambil 3 helai urat saffron untuk 500ml air.
Boleh gunakan air sejuk mahupun air suam.
Tunggu seketika air bertukar warna kuning dan minum setiap pagi.
Seisi keluarga pun minum jugak.
Rasa air saffron unik! Macam ada rasa herba sikit gitu laa.. Aroma dia wangi.  

Masa Nina beli OXYMEL KHAL In-Sanivir dan terpandang pulak adanya produk Madu +Saffron, teruja nak cuba! Tentu lagi sedap sebab gabungan kedua-duanya kannn? 

Dicatatkan di dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Imam Ali Alaihis Salam menyatakan :

“Barangsiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan madu, kemudian diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

MANFAAT SAFFRON UNTUK KESIHATAN

Saffron, atau za’faran, adalah rempah yang berasal dari bunga Crocus sativus. Memang banyak khasiat nya! Nina kongsikan antara 12 khasiat saffron untuk kesihatan kita. Tak kira usia boleh amalkannya dan kesan minum air saffron bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran semua peringkat usia.

  • Melancarkan proses penghadaman
  • Mengurangkan gejala sembelit dan buasir
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Menguatkan ingatan
  • Mengurangkan gejala anemia 
  • Mengawal tekanan darah dalam tubuh
  • Melancarkan aliran darah dalam badan
  • Mengawal masalah saraf
  • Mengurangkan bisa-bisa sakit sendi
  • Menghilangkan keletihan atau kelesuan
  • Menambah kesegaran badan dan tenaga
  • Memberi ketenangan dan keceriaan

Namun kena ingat, berpada-pada bersederhana dalam apa juga yang kita amalkan termasuklah  consume saffron. Meskipun saffron memiliki manfaat potensial, penting untuk kita consume dengan bijak. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor dulu ehh…  

Khasiat nutrisi dalam Saffron

Antioxidant, Calcium, Iron, Magnesium, Multivitamin

Madu Saffron

MADU SAFFRON IRAN With Zam Zam

Percaya tak adanya kombinasi kedua-dua bahan hebat ni dalam sebotol?
Hebatnya kombinasi kedua nya adalah campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi dan diimport daripada Iran.
Setiap 300g botol madu saffron ini mengandungi 1gram pati saffron asli dengan campuran beberapa herba terpilih dan dibancuh bersama dengan air zam-zam tulen.
Menarik kann? Senang semua dah siap dalam satu botol.

Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. After taste saffron yang melekat di tekak dan lidah,  madu ini dapat memberikan anda satu rasa kehangatan yang luar biasa…

KENAPA MADU SAFFRON IRAN PILIHAN NINA ?

  • 100% Madu Hutan Asli
  • 100% Pati Saffron Asli
  • 100% High Quality Saffron from Iran
  • Tanpa perasa tambahan
  • KUANTITI MADU: 300gram per bottle
  • KUANTITI SAFFRON: 1gram pure / bottle

Bukan itu aje, Nina sukakan packagingnya sebab botol plastic tak risau pecah.
Mudah dan senang kalau nak bawak travel. So walaupun travel, di mana-mana pun boleh masih boleh consume air saffron setiap hari tanpa perlu bawa debunga saffron dan madu. Style lama leceh. Huhuuu

Rasa dia pun lebih sedap ! Selain dijadikan minuman, madu saffron pun boleh dimasukkan dalam makanan mahupun minuman kegemaran. 

TEKSTUR MADU SAFFRON IRAN

  • Madu sederhana kepekatannya
  • Warna madu perang gelap
  • Akan berubah menjadi kekuningan jika dibancuh dengan air
Manfaat Madu Saffron

RAMUAN

  • Madu Hutan
  • Pati Saffron (negin)
  • Su’dun
  • Zam Zam

KEBAIKAN MADU SAFFRON IRAN

  • Disebut sebagai makanan terbaik untuk mempertajamkan minda

Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381, Imam Ali KMW menyatakan yang bermaksud: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

  • Menguatkan ingatan dan mempertajam fikiran
  • Menghilangkan rasa resah gelisah
  • Menenangkan hati dan fikiran  
  • Menambahkan tenaga rohani dan jasmani
  • Menjadi asbab kecerdasan akal
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Menstabilkan kehangatan tubuh  
  • Memberi tidur yang lena pada waktu malam  
  • Melegakan sakit sendi

MADU SUNNAH NABI

Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai salah satu kaedah perubatan termasuklah menggalakkan umat Baginda menggunakan madu sebagai cara hidup. Sabda Rasulullah SAW; Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat.

CARA MINUM MADU SAFFRON

  1. Untuk mempertajam akal fikiran – Waktu terbaik minum Saffron : Sila minum 2 sudu pada waktu pagi selepas makan pagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Dibancuh sama air lagi sedap.
  2. Amalan harian – Ambil 3 sudu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hari.
  3. Untuk menenangkan diri – Diambil apabila perlu. Caranya ; bancuh 3 sudu madu dengan secawan air sejuk, kacau hingga sebati lalu minum sehingga habis.
  4. Untuk masalah sakit sendi dan hendak tidur lena waktu malam – Sila minum 1 sudu, setengah jam sebelum tidur. Kemudian minum air segelas.
  5. Boleh juga diamalkan seperti madu-madu lain yang sudah biasa anda amalkan.
Cara minum Madu Saffron

Amacam banyak kan khasiat Madu Saffron ni?
Nak consume pun mudah je..  Cara simpan pun senang.
Simpan pada tempat suhu bilik, jauhkan daripada suhu panas, cahaya matahari, kelembapan tinggi. TIDAK PERLU simpan di dalam peti ais.

Harga MADU SAFFRON IRAN – 300gm

Sebotol – RM69.26
2 botol – RM132.91
3 botol – RM189.91
Itu semua harga offer
Lagi banyak lagi murah , lagi untung lagi menjimatkan kann?
Jadi lah pembeli yang bijak!

BELI MANA ?

Shopee : MADU SAFFRON IRAN
Korang boleh intai produk lain dari trusted seller BK NETWORK ni, ada beberapa produk lain yang Nina dah cuba jugak dan Nina sekeluarga sukakannya!

Related posts:

Korban Aqiqah Murah! UTS Trading menawarkan Pakej Qurban TERMurah Hanya RM320 seekor kambing

Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL

Kuey Teow Goreng Hailam

PEMBURU RAHSIA Drama TV3 Full Sinopsis - Akhir

Lifestyle Review Tips Apa ituBeli manaBeli ONLINEBK NetworkCara minumCara simpanHarga Saffron MaduKebaikan Madu Saffron IranKesan minum air Saffron MaduKhasiat Saffron MaduMadumanfaat SaffronPengalaman minum air saffron maduRasa air SaffronSaffon Madu IranSAFFRONShopee

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. LadyBird says:
    March 17, 2024 at 9:55 pm

    Alhamdulillah… dulu sellau guna safron.. tp skrg dah lama tinggalkan.. huhuhuhu..

    terima kasih atas infonya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes