Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis LAYANGAN PUTUS Tonton Online WETV Episod Akhir
January 22, 2022April 5, 2023

LAYANGAN PUTUS ADAPTASI KISAH BENAR TONTON ONLINE DI WETV MALAYSIA PERCUMA

Baru-baru ni TER tonton online Drama LAYANGAN PUTUS yang viral meletop sedang ditayangkan kat WeTV Malaysia. Ya ampunnn..!! Sakit jiwa raga, mendidih rasa marah geram ni daku pegang je hati ni supaya tak gelodak bak gunung berapi nak meletop. Drama yang terlalu sarat dengan emosi dan penghayatan. Serius lah BEST drama Layangan Putus ni. TAHNIAH

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama LAYANGAN PUTUS
1.1 LAYANGAN PUTUS TONTON ONLINE DI WETV MALAYSIA PERCUMA
1.2 Related posts:
2 Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung
3 Dashcam kereta penting sebab
4 Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??
5 Ya Ampun Sedapnya! NASI DAGANG GRANNIES . Korang wajib cuba sebelum terseksa

Tidak dinafikan trending viral Drama Layangan Putus ni se HOT drama lakonan Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina tahun 2020. Sapa ingat Drama TAKDIR YANG TERTULIS ?

Haaa… Netizen meroyan bincang, mana-mana rancak sana sini dok agak-agak umpama mereka lah director apakah ending Drama TYT masa tu kann? Pastu ramai dok post komen superb natural lakonan semua watak.

Sinopsis LAYANGAN PUTUS Tonton Online WETV

Drama LAYANGAN PUTUS lagi menguji kesabaran! Semua pelakon membawa watak mereka dengan berkesan sekali.  So saja nak share sini kasi korang pun meroyan sama! HAhaa
Meh Nina share dulu sinopsis Drama LAYANGAN PUTUS ni dulu kasi korang fahamkan jalan ceritanya sebelum korang pi tonton online di WeTV Malaysia secara PERCUMA. Ya percuma

Sinopsis Drama LAYANGAN PUTUS

Layangan Putus merupakan drama bersiri Indonesia yang dibintangi Reza Rahadian bersama Putri Marino dan Anya Geraldine. Drama ini mengisahkan permasalahan orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino).  Kehidupan mereka bahagia dikurniakan seorang putri bernama Raya dan sedang menantikan kehadiran anak kedua.

Aris seorang suami yang sangat romantis tapi sesuatu berlaku telah meragut kebahagiaan mereka. Perlahan-lahan Aris mula berubah hati. Aris sering terlambat pulang kerja dan jarang memberi kabar kepada Kinan. Hal itu membuat Kinan mulai curiga terhadap perilaku suaminya.

Suatu hari, Aris meminta izin kepada Kinan untuk bekerja di luar kota beberapa hari. Kinan kemudian mengizinkannya pergi. Namun saat Aris pergi, pembantu rumah mereka terjumpa anting-anting dari dalam poket baju Aris. Kinan terkejut kerana anting-anting itu bukan kepunyaan Kinan. Milik siapakah anting-anting ini?

Kinan mula curiga! Adakah benar Aris curang dengan Miranda (Frederika Alexis Cull). Ini kerana Aris dan Miranda sering menghabiskan waktu bersama sehingga diluar waktu kerja mereka.

Kecurigaan Kinan semakin bertambah saat dia terbau aroma parfum asing di baju Aris. Kinan berasa musykil kerana Kinan dan Aris tidak memiliki parfum dengan aroma seperti itu. Namun, kecurigaan Kinan disimpan jauh dalam lubuk hatinya sendiri. Kinan tidak terus melenting tanya pada Aris.

Di tengah kecurigaan Kinan terhadap Miranda, muncul perempuan lain bernama Lidya (Anya Geraldine). Ia merupakan Pakar Psikologi sekolah anak mereka Raya.

Sinopsis LAYANGAN PUTUS Tonton Online WETV Episod Akhir

Satu persatu terungkai, Aris ternyata selama ini berselingkuh dengan Lidya. Setelah Aris sedari Kinan sudah menyetahui selingkuhannya, sikap Aris semakin dingin pada Kinan. Sering marah-marah Kinan. Eeeii . . . Dah berbuat salah lagi memburukkan keadaan. Teruknya perangai Aris!

Sementara itu, Aris mulai menyedari Kinan mencarinya berselingkuh. Alih-alih mengaku, ia malah mulai sering marah kepada Kinan untuk menutupi perselingkuhannya. Teruknya perangai Aris!

Lalu, bagaimana nasib rumah tangga Aris dan Kinan?
Adakah mereka berpisah atau masih utuh cinta dan dapat menyelamatkan perkahwinan mereka?
Bagaimana dengan anak mereka Raya dan anak dalam kandungan Kinan?
Adakah Aris berkahwin dengan Lidya? Bahagiakah mereka?

“Terkadang, satu-satu nya benda yang kita miliki sebagai perempuan adalah harga diri. Yang sedang saya pertahankan sekarang itu hanya harga diri. Bukan suami, bukan jugak pernikahan saya” –
lembut tutur bicara Kinan pada Lidya tapi penuh ketegasan. Kelu tak terkata Lidya. Padan muka Lidya!

Disebalik Drama LAYANGAN PUTUS

Layangan Putus disutradarai Benni Setiawan. Sebelumnya, ia mengarahkan beberapa film, seperti Bukan Cinta Biasa, Cinta 2 Hati, 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta, serta Twivortiare.
Benni Setiawan juga pernah memenangi  Sutradara Terbaik dalam Festival Film Indonesia (FFI) 2010.

Drama  ini diadaptasi  dari kisah viral yang bermula dari tulisan curhat di sosial media yang dilanjutkan penulisannya ke dalam novel berjudul Layangan Putus. Novel itu ditulis seseorang dengan nama pena Mommy ASF.

Watak Kinan adalah Mommy ASF –  nama sebenar beliau Eca Prasetya seorang doktor haiwan. Nama pena ASF adalah singkatan nama anak-anaknya. Pada tahun 2019 lalu, tulisan mengenai keretakan rumah tangga beliau menjadi viral, hingga pada akhirnya dijadikan novel lalu diadaptasi ke Drama bersiri yang ditayangkan di WeTV

“Tidak apa-apa jika sesekali kita harus kehilangan layangan kita. Tidak apa-apa jika sesekali impian kita diterbangkan oleh angin karena satu-satunya yang harus kita genggam erat adalah diri kita sendiri,” kata Kinan.

LAYANGAN PUTUS TONTON ONLINE DI WETV MALAYSIA PERCUMA

Lepas Nina up status Nina dah terjebak nonton drama Layangan Putus ni ramai dok pm dm tanya Nina nonton kat mana? Yelah.. Selalunya Nina ulas Drama TV Malaysia tapi kali ni Drama Online Indonesia pulak. Lagu mana, dok viral tu lah jadi terjebak! HAhaa

Tonton Online secara PERCUMA je awakkk . Siap ada subtitle bahasa melayu. Lebih mudah faham gitu.  Click  >>

Nak pesan ni… Jangan stress sangat nonton ehh sebab penuh sarat dengan emosi drama ni. Ada kawan Nina komen masa dia nonton, dia rasa sampai nak masuk dalam TV bawak Kinan keluar dari situ! Kesian sangat kat Kinan. Betapa hebat nya kesabaran, ketabahan Kinan. Awal-awal kita lihat Kinan macam diperbodohkan tapi percaya lah orang bodoh tak selamanya bodoh!

Selamat terjebak sama dalam Drama trending viral WeTV – Layangan Putus

Related posts:

Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung

Dashcam kereta penting sebab

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??

Ya Ampun Sedapnya! NASI DAGANG GRANNIES . Korang wajib cuba sebelum terseksa

Drama Movie Lifestyle Anya GeraldineBased true storyDrama Adaptasi Noveldrama viralFull EpisodFull Episod hingga AkhirFull SinopsisLAYANGAN PUTUSMommy ASF Eca PrasetyaPutri MarinoReza RahadianSinopsis Layangan PutusTonton Drama Onlinetonton OnlineWeTV Malaysia

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. Ben Ashaari says:
    January 22, 2022 at 10:07 pm

    Wah.. nak kena tonton gak ni !

    Reply
  2. Marina says:
    January 22, 2022 at 10:32 pm

    Terjebak jugak tengok ni kak Nina. Satu hari berapa episod dok layan ni

    Reply
  3. Rawlins GLAM says:
    January 27, 2022 at 4:06 pm

    Rawlins tak tengok lagi tapi baca review di mana-mana, buat sakit hati yang amat. Pastu tau ianya berasaskan kisah benar – lagi la panas diri ini.

    Reply
  4. Fadima Mooneira says:
    January 27, 2022 at 6:12 pm

    I love Indonesian romance movies. This one sounds like a good one to catch. Insya-Allah, I will not miss this one. Thank you for sharing.

    Reply
  5. Dikbee says:
    January 28, 2022 at 6:59 am

    Uishhh, kena tengok ni. Sana sini orang duk share pasal cerita ni. Kalau yg cerita Takdir Yang Tertulis tu dah tengok. Mmg bikin gerammmm je kan

    Reply
  6. Lee Jia Shin says:
    January 28, 2022 at 8:38 am

    Thanks for recommending, I happen to be running out of shows to watch and this seems to be a great drama.

    Reply
  7. Saidila Abdul Rahman says:
    February 1, 2022 at 2:27 pm

    Tak nak tengoklah , risau emosi turun naik. tengok cerita Kau Cipta Kasih rasa sakit hati sebab mak bapak terlalu ego. Tapi yang aenehnya diorang berantam macamtu takder pulak sebut pasal nak cerai. Dia macam just nak kekal hubungan suami isteri jer walaupun dua2 tersiksa. Rasa amazing dekat situ.

    Reply
  8. Sunshine Kelly says:
    February 2, 2022 at 8:11 am

    Wow thanks for sharing this, will check out this platform for more movies

    Reply
  9. Sis Lin says:
    February 3, 2022 at 1:04 pm

    Dia punya geram tak boleh bawa bincang, rasa nak hempuk je TV oiii hahahahaha.. tapi nasib baik Sis langgan VIP, so memang dapat tengok awal dr orang lain hehehehe

    Reply
  10. Ayu Rafikah binti Mohd Am says:
    February 3, 2022 at 11:11 pm

    cerita ni mmg kita kena sabar jer.. sakit hati melihat perempuan diperlakukan mcm tu

    Reply
  11. Rehan Syed says:
    February 15, 2022 at 7:06 pm

    Great article really impressed me. I think you should also write an article about nitrite exam gloves This will be beneficial for others I guess thank you.

    Reply
  12. Tini says:
    February 17, 2022 at 9:03 am

    Geram betul masa tengok si perampas tu. Grrrrr. Si suami tu pulak, muka tak bersalah, ya ampun! I is cannot la Kak Nina. Adaptasi ni telah berjaya mencuri hatiku sebab lakonan para pelakon memang meresap ke dalam jiwa gitu. Terbaik betul lakonannya.

    Reply
  13. Mehak says:
    February 17, 2022 at 8:31 pm

    Nice content, keep sharing with us.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes