Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Mudah Bekal Sekolah
March 1, 2021March 1, 2021

IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan

Bermula nya hari ni 1 March 2021 anak-anak tahun 1 dan 2 memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2021. Tentunya anak sakan excited! Maklumlah setelah berbulan dok rumah asyik PdPR jer kann.. So hari ni akan bersemuka dengan cikgu dan kengkawan yang lain. Resipi Mudah Bekal Sekolah

Isi Kandungan hide
1 Resipi Mudah Bekal SekolahNasi Goreng Pattaya
1.1 Related posts:
2 Apa yang korang tahu tentang Logo HALAL JAKIM?
3 Cheese Banjir Restaurant | Perghhh.... Melelehhhhh . . . .!!
4 Triffle Puding
5 Day8 ROTI TELUR UPIN IPIN Bekal Sekolah Eilhan

Eilhan sejak dapat berita nanti akan ke sekolah, dia dah sesiap susun atur segala kelengkapan sekolah. Abang kakak dia pun sama excited bantu dia siapkan keperluan. Mujur kasut sekolah dan baju sekolah dah Nina siapkan awal. Hujung tahun lepas dah beli online baju sekolah dan kasut sekolah. Alhamdulillah… Mudah!

Ada kengkawan minta Nina share kan resipi mudah simple cepat dan ringkas untuk buat bekal sekolah anak. Yelah . . . Kat sekolah nanti pelajar tahun 1 dan 2 tidak dibenarkan ke kantin. Cikgu dah pesan sesiap, digalakkan bakal bekal dari rumah. Tapi yang mana tak sempat, staff kantin akan lalu depan kelas, so pelajar yang tak bawak bekal masih boleh beli.

Nak celoteh panjang sorry tak done, anak dah mula sekolah ni time Nina amat lah padat dan agak rushing Nina kena kesana kesini kesana kesini, Yolaaa… Lagu mana, bertabah laaa. Kita ni merangkap supir dan bibik sibuknya usah tanya.

Resipi Mudah Bekal Sekolah

Resipi Mudah Bekal Sekolah
Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan
Lebih kurang 4 cawan Nasi putih
4 ulas bawang putih – diketuk dan cincang halus
1 biji bawang merah – dihiris dadu nipis
3 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
Lebih kurang segenggam ikan bilis – dicuci, direndam kemudian ditumbuk halus. Lebih kurang segenggam ikan bilis baby – cuci dulu bersih-bersih kemudian toskan
Rencah :-
Mix vege secukupnya
2 batang fish cake – dipotong dadu
Letak laaa sayur kegemaran anak-anak. Hirisan Kacang panjang pun sodap
Minyak untuk menumis

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Goreng seketika. Kemudian masukkan fish cake goreng seketika diikuti bahan rencah lain. Goreng lagi..
2-. Kemudian masukkan nasi bersama bawang putih, bawang besar, sos tiram, dan telur yang telah diketepikan tadi. Gaul rata hingga kesemuanya sebati masaknya.
3-. Perasakan dengan garam dan beberapa titisan minyak bijan.
4-. Sebiji telur di pukul lalu digoreng nipis atas non stik pan. Agak-agak telur dadar mulai masak, tuangkan nasi goreng atas nya. *jangan banyak sangat, nanti susah nak tutup* Kemudian lipat kiri kanan atas bawah tutup permukaan telur dadar tersebut. Telangkupkan atas pinggan dan kemudian masukkan dalam Bekal Sekolah anak!
5-. Sedia dihidangkan.

Ok, adios! Ada masa nanti Nina kongsikan Resipi Mudah yang sesuai untuk MakMak masak buat Bekal Sekolah anak ehhh . . .

Related posts:

Apa yang korang tahu tentang Logo HALAL JAKIM?

Cheese Banjir Restaurant | Perghhh.... Melelehhhhh . . . .!!

Triffle Puding

Day8 ROTI TELUR UPIN IPIN Bekal Sekolah Eilhan

Lifestyle Resepi bekal anak sekolahBekal Nutrisibekal sekolahIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Nak Masak ApaKids Menumenu anak-anakmenu cepatNasi Goreng Pattayaresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (21)

  1. Khai Artzfar says:
    March 1, 2021 at 2:26 pm

    ni bukan setakat budak. semua golongan pun suka! hahahahaha senang pun senang kan? cuma kalau khai suka buatkan dia pedas sikit and telur tu pun macam tebalkan baru puas makan hahaah

    Reply
  2. Salina Johari says:
    March 1, 2021 at 3:52 pm

    Rajin Kak Niena .. moga anak² sentiasa dilindungi Allah SWT. Aamiin

    Reply
  3. ummi nani says:
    March 1, 2021 at 4:48 pm

    Wah menarik..nak rasa sikitt

    Reply
  4. bae roslan says:
    March 1, 2021 at 6:42 pm

    rajinnya akak. dah bermula musim mak2 share bento anak2. suka tengok macam2 jenis bento. kreatif betul

    Reply
  5. MUHAMMAD YUSUF AHMAD says:
    March 1, 2021 at 7:10 pm

    Best bawak bekal ni…lagi2 kalau masakan tu dari mak kita….time makan tu memang tak tgk kiri kanan jawabnya

    Reply
  6. Tekkaus says:
    March 1, 2021 at 8:11 pm

    Wow! Best lar si kecil kerana dapat makan makanan bekas yang cantik dan cute kan? Mesti semangat bila bukak bekas.

    Reply
  7. Rawlins GLAM says:
    March 1, 2021 at 8:41 pm

    Good idea buat nasi pattaya untuk bekalan anak-anak. Rawlins masih lagi gagal menyaluti telur dadar pada nasi goreng. Sudahnya jadi nasi goreng lauk telur dadar hahaha

    Reply
  8. huda halid says:
    March 1, 2021 at 11:12 pm

    kak nina ni memang ibu yang sangat rajin tau. bertuah yer anak2 kak nina. huda bawa bekal anak sandwich jer.. tu pun papa yer yang buatkan..hehe

    Reply
  9. Bella Jamal says:
    March 2, 2021 at 5:32 am

    Wah sedapnya nasi goreng pataya. Bella tk prnh try takut tak jd telur nk buat bungkus nasi. Elokla kalo bw bekal, terjamin bersih buat anak2. Selamat bersekolah dan buat ibu dah sibuk smula uruskan anak2.

    Reply
  10. Zaza says:
    March 2, 2021 at 9:24 am

    Comel je nmpk bekal nasi pattaya nak bwk pegi sekolah. Anak za si aisy ni tak suka nasi sgt,. Xleh la mama dia acah2 nak buat bekal mcmni

    Reply
  11. Pingback: Resipi ROTI TELUR MATAHARI Menu Mudah Bekal Sekolah Anak
  12. Sis Lin says:
    March 2, 2021 at 10:37 am

    Lately ni suka betul tengok bento Mak-Mak buat untuk anak-anak, tengok je dah menyelerakan.. lama takde anak sekolah ni, tiber Sis rindu plak nak beranak kecik hahahahahaha

    Reply
  13. Sunshine Kelly says:
    March 2, 2021 at 2:40 pm

    Sedap juga, kt rumah i pun boleh try masak nasi goreng pattaya and add some vegetables, dah siap.

    Reply
  14. Saidila Abdul Rahman says:
    March 2, 2021 at 3:08 pm

    Nina memang kreatif bab sediakan bento untuk anak-anak. Kagum sangat . No wonder anak-anak ceria setiap masa. Boleh bagi semangat dekat anak-anak masa belajar juga kan. Mesti kawan-kawan dan cikgu pun puji tengok bekal anak Nina.

    Reply
  15. Ruby says:
    March 2, 2021 at 5:27 pm

    Fuhh menyelerakan! Serius la kak bekal anak ada sayuran macam-macam tu. Memang Elhan makan? Best betul! Bekal anak saya nasi goreng cina takda sayur dan wajib ada ayam bijan. Suka benor. Buat menu yang confirm makan. Hehee.

    Reply
  16. Marina says:
    March 2, 2021 at 7:40 pm

    Ooo takde guna sos cili atau tomato ye. Marina kalau masak nasi goreng mesti nak letak sos. Simple resepi ni. Thank you kak nina share resepi

    Reply
  17. Ayu Rafikah Mohd Amin says:
    March 2, 2021 at 11:32 pm

    rajinla maknya buat bento ke sekolah..kita masih belum ada mood nak berbento hahahah..suka tgk mak2 skrg makin kreatif menarik anak menikmati makanan berkhasiat dr rumah

    Reply
  18. Kitkat Nelfei says:
    March 3, 2021 at 1:18 am

    Uishhh teringin nak makan nasi pattaya pulak at this hour lepas baca ni.. macam few steps jer untuk sediakan.. boleh la masak2 jap ni, lapar terus..

    Reply
  19. Dorsett Pink says:
    March 3, 2021 at 8:02 pm

    Tahniah Kak Nina sebab berjaya buat bekal untuk anak. Nanti Kak Nina share la jadual waktu kak Nina masa waktu anak sekolah ni

    Reply
  20. Nadia johari says:
    March 5, 2021 at 1:21 am

    Happy la Eilhan, maknya sempat masak sedap2 untuk dia..hehee

    Reply
  21. Pingback: AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes