Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Idea Sarapan Minum Petang Mudah
February 20, 2021February 21, 2021

Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah

Selalu tak korang alami kebuntuan? Takde idea sampai tak tahu nak masak apa untuk sarapan atau minum petang. Pernah jadi tak? Resipi JEJARI KENTANG KRISPI

Isi Kandungan hide
1 Idea Menu Sarapan Minum Petang Paling MudahResipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
2 Related posts:
3 Resepi Muffin Coklat Sedap Mudah
4 Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis
5 Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!
6 FISH CHIP RICE BALL MENU UNTUK SIMANJA PICKY EATER

Bukan apa, kadang tu bosan jugak asyik dok ulang menu yang sama jer kann? Opkos laaa jemu! Bukan kita jer, anak-anak pun sama. Nanti dah penat masak, derang makan ciput jer. Geram dibuatnya kannn.

Tu ari sambil dok belek-belek facebook, ternampak menu yang mudah, senang dan sesuai djadikan menu sarapan ataupun menu minum petang. Lagi best menu ni bagus sebagai menu pilihan untuk anak yang susah makan nasi

Anak Nina yang bongsu – Eicha agak susah sikit banyak bab makan. Pitty Eater orangnya! So Nina selalunya hidangan nasi yang dia tak berapa nak suka tu Nina gantikan dengan sumber karbohidrat lain. Contohnya pasta, mee, bihun, kuey teow atau pun kentang. Janji dia makan hati serang Mak lega nengoknya.

Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah

Korang boleh laaa try Resipi Jejari Kentang ni. Mudah sangat nak buatnya dan sedap di makan sebagai kudap-kudapan. Disarankan korang masak double sukatan ni sebab gerenti tak cukup, sekejapan dah licin!

Idea sarapan atau minum petang ni nama dia Jejari Kentang atau nama omputeh nya Potato Fingers. Sumber dari FB/ Cookings by Maria so moh ler tengok resipi nya..

Idea Menu Sarapan Minum Petang Paling Mudah
Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah

Bahan-bahan
3 Biji kentang
5 susu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
Daung bawang dihiris
1 batang carrot – cincang
1 sudu kecik lada sulah
1 sudu kecik garam
Sedikit minyak

Note : tepung beras untuk jadikan jejari rangup. Tapi kalau takda tepung beras boleh digantikan dengan tepung jagung.

Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah

Cara-caranya

1. Rebus kentang dan lenyekkan
2. Masukkan semua bahan di atas dan gaulkan jadikan doh
3. Bila doh kelihatan kering tambah 1 sudu kecik butter/minyak
4. Bentukkan silinder panjang-panjang. Dah nama jejari kann
5. Simpan kejap dalam 5-10 minit dalam peti ais
6. Kemudian goreng deep fried. Tos dan sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
Selamat mencuba!

Kalau terbuat banyak dont worry, korang boleh frozenkan. Goreng half cook gitu pastu simpan beku. Nanti nanti nak makan, nyahbeku kan dan kemudian goreng deep fried sekejap dah settel.

Oh ya, tak lama lagi kan sekolah so hidangan ni sesuai jugak dijadikan bekal sekolah anak nanti. So sila lah buat lebih..

Related posts:

Resepi Muffin Coklat Sedap Mudah

Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!

FISH CHIP RICE BALL MENU UNTUK SIMANJA PICKY EATER

Lifestyle Parenting Tips anak susah makanbekal anak sekolahBentoIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Nak Masak ApaJejari KentangKids Menukudap kudapanmenu anak-anakMenu anak-anak susah makan nasimenu kegemaran anak-anakmenu minum petangMenu sarapanPotato Frittersresipi mudahresipi ringkassnack

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Suria Amanda says:
    February 21, 2021 at 1:34 pm

    Wah kak nina…resepi ni senang betul la..x pernah buat lagi ni..biasa potong2 jer kentang and goreng…nak cuba buat la…

    Reply
  2. Akashah says:
    February 21, 2021 at 10:18 pm

    Macam mudah je buatnya

    Reply
  3. Ai says:
    February 22, 2021 at 12:43 pm

    Kalau baca semalam ni boleh buat minum petang. hari ni dah start keje.

    Reply
  4. Dorsett Pink says:
    February 23, 2021 at 2:05 pm

    nampak sedap

    Reply
  5. Nadia johari says:
    February 24, 2021 at 2:15 am

    Sedap tengoknyaa.. Ade je idea kak nina ye.. Menarik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes