Asyik kata nak diet, asyik kata menu diet tak syok. Acaner? Pastu ada kata menu diet tak sedap. Iyer ke? EatClean Resipi Sup Ayam Clear Chicken Soup
Eh.. Sapa kata menu diet tak sedap? Antara menu diet eat clean yang Nina selalu masak – Sup Ayam Jernih atau nama omputeh dia Clear Chicken Soup.
Menu ni senang sangat disediakan. Method masak nya hanya rebus, kalau orang cina style mereneh. Korang should try… Rasa dia light light jer sesuai jugak untuk menu anak-anak.
Kekadang Nina makan dengan nasi. Ingat tau, segenggam aje! Nasik tak salah, yang salah adalah kuantiti portion yang kita makan. Atau makan sama pasta pun layannn.. Cuma sebaiknya makan gini aje sebab kentang tu karbohidrat. Dah cukup dah sebenarnya korbo yang badan kita perlukan. Cuma typical Malaysian, nak jugak nasik. HAhaaa
Untuk kita dewasa ni, memang kena ada killer touch baru uumphhhhh..!! Last nanti Nina share tips nya eh
EatClean Resipi Sup Ayam Clear Chicken Soup
Bahan-bahan
1 ekor ayam potong kecik
3 biji ubi kentang – potong ikut suka
1 batang carrot – potong ikut suka
tomato – belah 4
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sup tulang bunjut
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Daun sup
Cara penyediaan Clear Chicken Soup
1. Masukkan jer semua dalam periuk yang berisi air. Masak sampai mendidih dan ayam kentang empuk
2. Perasakan dengan garam secukup rasa. Taburkan daun sup, tutup api siap!
Senang sangat kannnn? 2 step aje. Gini pun kata susah tak tau laa nak habaq camner lagi. HAhaaa.. Dah laaa tak perlu tumis bagai, rebus renih sampai masak. Lebih berkhasiat lagi..
Nak lagi sedap, matching dengan telur dadar. Lagi kawwwww adanya sambal belacan pedas terangkat. Perghhhh…. Berpeloh-peloh!
Kekadang Nina suka match kan dengan cili kicap pedas berapi. Hadoi… Musnah diet. Berketul-ketul ayam, portion nasik pun kelaut. Terus cheat day. HAhaaa… Sila jangan follow
Kalau ada yang tak makan ayam, korang buleh try menu Eat Clean Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Selalu jugak masak sup ayam cara macam ni. Sebab mudah sangat.
Nad kalau malsnak mask sup memg campak je smeua, takde nak tumis2.. Hehehe..
woahhh ni betul2 sup campak2 ni. InsyaAllah boleh try lepas ni. Sup ayam ni best sbb byk nutrisi. dan versatile. nak makan dgn roti dan mi pon boleh. Hirup gitu pon sedap, hee
Marina slalu masak sup tumis2.lepas ni boleh try macam ni plak. Rebus je semua
selalu buat sup ayam..sebab anak2 suka
It’s an amazing blog post, and it is really helpful as well.