Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 21, 2016February 14, 2020

Dah tak tau nak masak apa… Nasi Goreng jer laa..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Hari ni Nina kembali lagi. Kelmarin aje Geng interframe. Tak de nya der Geng nak ngadap type entri lagi. Katanya bukan senang nak tulis entri rupanya. Huru hara otak dia nak bina ayat. Padan muka dia. Haha.. Nasi Goreng Paling Simple Sedap

Isi Kandungan hide
1 NASI GORENG Paling Simple Sedap
2 Related posts:
3 Drama CINTA NON GRATA TV3 Full Sinopsis
4 Telur Dadar Berinti
5 Nikmati Rasa Sashimi Salmon Segar dengan Harga Terendah di Pulau Pinang
6 Koleksi Nina ....

Mmm… Macam tak cukup gelak laaa. Wakakaka..!! *gelak besar + jahat sambil guling-guling*  haha . Ok apa, bukan selalu dapat kenakan dia! Oopss.. nakal punya isteri kann… hehe (dengan harapan Geng tak baca) :p

Dah dahh… Usah melalut. Ok, kembali lagi dengan perkongsian resepi dari Nina. Tapi .. macam biasa lah, resepi yang biasa-biasa dan resepi paling simple, mudah tapi sedap! Perasan. Ikut selera tekak kami laa.. hehe

Kalau korang nak cari resepi yang perlu 3hari 3malam kena siapkan bukan kat sini ehh.. Tak akan jumpa! Tapi kalau setakat nak masak menu yang sesenang ala masakan kampung ke, western ke, Chicken Chop ke, Kek Coklat Paling Sedap ke .. semua ada dalam ni.

Senang jer.. Korang gi kat home pastu cari kat search. Korang type laa apa aje menu yang terlintas kat fikiran dan anak tekak korang. Semua yang Nina kongsikan tak de yang susah pun. Gerenti korang mampu masak! Sebab Nina pun bukannya reti sangat masak. Haha.. Kita belajar sesama ehh… Baik hati campur jujur kan Nina ni.. mengaku tak pandai masak. Hehe.. Serius, bukan poyo.

Nasi Goreng Paling Simple sedap

NASI GORENG Paling Simple Sedap

Bahan-bahan
Lebih kurang 4 cawan Nasi putih
4 ulas bawang putih – diketuk dan cincang halus
1 biji bawang merah – dihiris dadu nipis
3 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
Sedikit Sos Ikan
Lebih kurang segenggam ikan bilis – dicuci, direndam kemudian ditumbuk halus.Lebih kurang segenggam ikan bilis – cuci dulu bersih-bersih kemudian toskan
Rencah :-
2 biji telur
Sayur kacang panjang – dipotong kecik
2 batang fish cake – dipotong kecil
Minyak untuk menumis

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Goreng seketika. Kemudian masukkan fish cake goreng seketika diikuti bahan rencah lain. Goreng lagi..
3-. Kemudian masukkan nasi bersama bawang putih, bawang besar, sos tiram, dan telur yang telah diketepikan tadi. Gaul rata hingga kesemuanya sebati masaknya.
4-. Perasakan dengan garam dan beberapa titisan minyak bijan dan sos ikan. Tutup api dan sedia dihidang….. Senang kan…..

Bismillah …

Nasi Goreng ni Nina masak ngan anak sulung Nina – Eillya. Cuti sekolah kali ni dia nak belajar masak. Kiranya menu ni dah masuk dalam buku catatan resepi dia. Pasni jangan tanya nak makan apa, gerenti dia dok ulang ketagih nak masak nasi goreng lak… Hari tu dia masak Udang Goreng Butter. Sejak tuu asal nampak udang dia nak masak udang goreng butter… Haha… Positif positif. Sabar jer laa . . .

Related posts:

Drama CINTA NON GRATA TV3 Full Sinopsis

Telur Dadar Berinti

Nikmati Rasa Sashimi Salmon Segar dengan Harga Terendah di Pulau Pinang

Koleksi Nina ....

Lifestyle Resepi Bila tak tahu nak masak apamenu cepatmenu kegemaran anak-anaknasi gorengnasi goreng mudahNasi Goreng Sedapresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. cik nor says:
    December 21, 2016 at 9:21 am

    ui..sedapnya nampak goreng tu..:)

    Reply
  2. shazillahsani says:
    December 22, 2016 at 11:41 am

    nasi goreng pun sodap..hahaha

    Reply
  3. Blogger Lelaki says:
    December 24, 2016 at 11:25 pm

    kalau tengok gambar dah sedap sangat dah tu…

    Reply
  4. ema says:
    December 28, 2016 at 3:15 pm

    kalau ada banyak nasi putih lebih..nasi goreng lah jadinya.

    Reply
  5. Laman Resepi says:
    December 29, 2016 at 5:21 pm

    Mudah je campak2. Tapi tak apa, asalkan sedap. hehehe

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says:
    December 30, 2016 at 6:43 am

    Nasi goreng simple macam ni laa yg best, mau bertambah tambah bila makan hehe

    Reply
  7. JMR says:
    December 30, 2016 at 11:46 am

    campak-campak je pun tapi nampak sedap tu..

    Reply
  8. temple run says:
    April 22, 2021 at 9:47 am

    This topic is very interesting and I am interested but do not know where to find, thankfully you create this topic, hope everyone will help me

    Reply
  9. BitDefender VPN Coupon says:
    June 3, 2022 at 2:01 pm

    That’s an amazing fried rice recipe you have shared. I am going to note down the steps and cook it for myself.

    Reply
  10. ok says:
    September 26, 2023 at 6:38 pm

    ok

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes