Bila cerita bab Ekzema memang boleh buat kita jadi stress kann? Sebabnya merawat Ekzema Psoriasis adalah satu cabaran dugaan tanpa henti. Payah nak baik! Payah nak jumpa ubat selamat tanpa chemical yang serasi. Bukan apa, pakai krim yang ada chemical ni jangka masa yang panjang tak bagus sebab ada efek kesannya kemudian hari. Setuju?
Apa itu Ekzema?
Korang tahu tak apa itu Ekzema? Menurut Wikipedia Bahasa Melayu Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Yang mengalaminya akan berasa tidak selesa, gatal, gelisah, merenyam, stress, kurang keyakinan diri dan ini mengganggu rutin harian mereka. Paling sedih bila ianya berlaku pada bayi kita. Sebagai ibubapa usah sedih dan jangan lah korang menangis berduet ngan bayi korang, jom ambil tahu dan teruskan baca perkongsian Nina ini – Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi
Kawasan kulit sensitif pada bayi
Kesan penyakit kulit Ekzema pada bayi boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Erti kata lain Penyakit kulit ekzema ni, kulit mereka ni sangat sensitif dan lebih senang diserang infeksi dan alergi terhadap sesuatu bahan yang boleh membuat keadaan lebih teruk. Kesian …
Garu sampai berdarah
Kadang tu ada yang menggaru sampai berdarah. Bila dah berdarah lagi lah pedih. Dalam tempoh nak baik, akan jadi kudis. Masa kudis ini lah dugaan datang kembali. Gatal! Bila dah baik pula, akan meninggalkan parut. Ada besar 10sen, 50sen. Kan…? Kesian tengok.. Kurang nanti hantaran kawin hehee
Ok, jangan risau, berita baik untuk korang ialah kebanyakan ekzema pada bayi akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ini tidak di nafikan kerana anak Nina yang pertama ada penyakit kulit ekzema semasa bayi namun sekarang dia berusia 13 tahun dan kulit nya tidak lagi sensitif. Penyakit Ekzema pada bayi ini tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Psoriasis
Apa itu Psoriasis?
Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang hampir sama simptom nya dengan Ekzema. Kulit meradang kemerahan, ruam merah pada kulit, kulit mengelupas, kulit tebal dan sangat kasar dan kering di ikuti dengan kegatalan.
Kesannya boleh di lihat ketara pada bahagian siku, kulit kepala dan punggung. Psoriasis ini cenderung terjadi pada orang dewasa berbanding bayi namun dengan ujian diagnostik daripada doktor pakar sakit kulit sahaja yang dapat menentukan samada ianya adalah Ekzema atau pun Psoriasis.
Walaupun kedua-dua penyakit kulit ini tidak dapat di pulihkan sepenuhnya, namun dengan cara merawat ekzema dan psoriasis yang bersesuaian mampu mengelakkan penyakit ini menjadi lebih kronik dan berulang kembali. Sebagai ibubapa, janganlah ambil mudah dan biarkan ianya berlarutan tanpa sebarang rawatan. Cara merawat ekzema dan psoriasis ini tidak sukar mana tetapi sebelum itu, kita haruslah kenali dulu punca penyakit kulit ekzema dan psoriasis terjadi.
Punca Ekzema dan Psoriasis?
Setiap apa yang terjadi ada puncanya. Sebagai ibubapa kita perlu ambil tahu akan punca penyakit kulit ekzema pada bayi ini terjadi. Walaupun tidak secara tepat, namun kita haruslah berusaha elakkan irritasi ini terjadi. Jika dibiarkan berlanjutan, ianya akan merebak lebih kritikal dan kronik. Secara ringkasnya ekzema dan psoriasis ini berpunca dari beberapa faktor. Antaranya :-
Bahan kimia
Radang ekzema dan psoriasis boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik.
Alergi persekitaran
Persekitaran yang tidak bersih, berdebu, kotor juga antara punca penyakit kulit ekzema pada bayi terjadi. Begitu juga psoriasis. Ada juga yang alah kepada asap kenderaan, hujan dan paling ketara sebab cuaca panas. Pabila cuaca panas, mereka akan berpeluh dan ini antara punca membuatkan kulit bayi lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Pemakanan
Ada sesetengah kes dari bayi telah di dianogsis alah terhadap beberapa jenis makanan. Antaranya makanan laut dan kekacang. Selain itu makanan segera, MSG, pewarna makanan juga antara faktor yang mendorong ekzema dan psoriasis menyerang.
Genetik
Genetik merupakan antara faktor yang mendorong seseorang itu alami penyakit kulit ekzema. Terutama sekali ekzema pada bayi. Jika ibubapa punya simptom ekzema, berkemungkinan anaknya juga turut akan mengalaminya.
Selain merawat penyakit ekzema, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan dalam mengawal ekzema di kalangan anak kecil seperti dikongsikan oleh Dr. Mazlin Baseri, Pakar Dermatologis, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.
Selepas mempraktikkan cara merawat Ekzema dan Psoariasis, mengawal dan mencegah ianya berulang kembali harus di titik beratkan. Bayi tak selesa, dia punya meraung dengan maknya pun boleh meraung! Huhuuu
18 Cara Penjagaan dan kawal supaya tidak melarat
Salah satunya ialah penjagaan diri secara teliti dan konsisten. Ikuti beberapa perkara yang mesti dilakukan supaya ekzema dapat dikawal.
- Pastikan badan anak bersih dan lembap. Mandi secara cepat, satu hingga dua kali setiap hari dapat membantu mengurangkan kekeringan kulit.
- Meluangkan masa tidak lebih daripada 10 minit bagi memberi sapuan minyak semula jadi pada kulit badan.
- Gunakan air suam atau sejuk dan bukannya air panas. Air panas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan mendorong kemerahan dan kegatalan.
- Elakkan penggunaan krim mandi wangi, mandi minyak dan mandi buih yang boleh mengundang pencetus ekzema.
- Gunakan pembersih yang lembut semasa mandi di kawasan di mana ia diperlukan. Bilas dengan sempurna.
- Jangan gosok badan dengan tuala kecil kerana ini boleh merengsakan kulit.
- Pelembap yang baik (krim dan losen) membantu memelihara kelembapan semula jadi kulit dan mencegah daripada kering. Ini membantu penurunan gatal, ruam dan jangkitan.
- Lembapkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Selepas mandi, melembapkan kulit segera, dalam masa tiga minit. Jika perlu terus sapu krim dalam bilik mandi.
- Sediakan bekas kecil yang mengandungi pelembap. Kemudian bawa ia ke mana-mana sahaja.
- Kuku melindungi hujung jari dan jari kaki daripada keadaan sensitif. Namun kuku boleh membahayakan kulit jika mula menggaru. Kulit mungkin berdarah dan bakteria boleh memasuki badan melalui luka terbuka.
- Jika pesakit ekzema terus menggaru, kulit akan menjadi lebih tebal dan kurang responsif terhadap rawatan. Oleh itu, sentiasa jaga kuku agar pendek dan bersih.
- Amalan menjaga kuku dapat dilakukan dengan mencuci sekeliling dan di bawah kuku setiap hari.
- Memotong kuku secara kerap dengan pemotong kuku.
- Potong kuku selepas mandi kerana ketika ini kuku akan lebih lembut dan mudah untuk dipotong.
- Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan ringan. Pakaian kapas adalah paling sesuai. Dengan ini, tidur pun lebih selesa.
- Elakkan pakaian yang diperbuat daripada kain yang mempunyai gentian keras, permukaan tajam atau tekstur tegang yang boleh merengsakan kulit. Bahan perlu dielakkan adalah bulu, poliester, nilon atau akrilik.
- Basuh pakaian baru sebelum memakainya. Gunakan bahan pencuci bebas pewarna dan pakaian bebas minyak wangi. Pastikan pakaian anda dicuci teliti untuk mengeluarkan sebarang sisa sabun.
Penyakit kulit ekzema terutama sekali Ekzema pada bayi menjadi ujian hebat kepada ibu bapa dan keluarga pesakit. Kefahaman dan pengetahuan menguruskan pesakit ini dan paling penting tahu cara merawat ekzema dan psoriasis dengan betul dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung pesakit. Andai segala usaha telah di usahakan namun percaya masih ada rawatan lain yang mampu menangani permasalahan ini.
Rawatan Altenatif
Cara merawat Ekzema Psoriasis pada bayi secara semulajadi
Bedak Asmak
Bedak Asmak ini keluaran Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd antara rawatan altenatif cara merawat ekzema dan psoriasis yang berkesan . Korang boleh tengok dari beberapa perkongsian testimoni dari pengguna Bedak Asmak ini.
Testimoni
Apa keistimewaan Bedak Asmak?
Bedak Asmak ini bukan sekadar merawat penyakit kulit ekzema pada bayi malah kegunaan nya lebih daripada itu. Ianya semulajadi 100% iatu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi, tidak membahayakan dan boleh dimakan. Bedak dari tanah liat ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur.
Paling bagus ianya juga pelbagai fungsi kegunaannya. Tidak hanya untuk penyakit kulit ekzema pada bayi malah untuk psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, kayap, gatal, cacar air, luka dan banyak lagi. Kalau korang terkena cirit-birit, dengan Bedak Asmak ini InsyaAllah sakit perut boleh di ubati. Tak percaya?
Korang tonton youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=i2TPnL7mwLM dan saksikan sendiri keberkesanannya
Bedak Asmak mampu merawat Ekzema Psoriasis
Bukan itu sahaja, Bedak Asmak juga mampu merawat masalah kulit wajah. Mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika di guna selalu. Sesuai di gunakan setiap malam sebelum tidur. Teksturnya yang lebih halus, mudah serap dan tidak menyumbatkan liang pori. Korang guna macam pakai bedak sejuk.
Dengan pengunaan Bedak Asmak ini secara berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan wajah lebih halus.
Ini kerana Bedak Asmak mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iatu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kdar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. Dapat mengekalkan kejelitaan dan awet muda!
Harga
Hanya RM38 (Berat 150g+-)
Mesti di miliki oleh setiap keluarga. Produk premium pada harga TERENDAH!
Sebab itu Bedak Asmak ini mempunyai permintaan tinggi semenjak dikeluarkan. Pilihan terbaik zaman-berzaman. Korang harus cuba!
Berita baik untuk korang yang sedang mencari duit sampingan, pihak syarikat berbesar hati memberi peluang untuk sesiapa yang berminat nak menjadi agen. Korang boleh terus hubungi :-
Hotline HQ : 019-970 88897
Untuk maklumat lanjut tentang produk, korang boleh layari :-
Web rasmi syarikat :
http://mham.com.my/
IG :
mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd
Pb Page Produk :
Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
Album Testimoni Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/pg/bedakasma/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184
Info bedak Asmak juga boleh didapati di page fb :
Penawar Asma Mujarab HQ
https://www.facebook.com/penawarasma
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd
Setiap penyakit ada penawarnya. Berikhtiar lah. Semoga dengan perkongsian Nina tentang cara merawat ekzema dan psoriasis dan penggunaan Bedak Asmak ini secara berterusan mampu merawat penyakit kulit ekzema pada bayi korang. InsyaAllah
Aamiin…
perkongsian yang bagus.. anak saya no 2 pun ekzema,bila makan telur habis gatal,garu sampai berdarahlah..
Rose,
Alahai… siannya… Part anak menggaru sampai berdarah tuu yang sedih kann…??
lagi pedih.. Huhuu
nice info.. mohon share ye nnti.. 😀 bnyk info berguna..
p/s : hi… sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. 😀 ty..
waa.. bestnya bila penyakit kulit kat anak-anak dah sembuh.. kan ? ibu pun lega.. kulit anak pun makin cantik.. hee~
Perkongsian menarik.. memang terbukti keberkesanannya.. tak rugi beli berbekas2 pun.
bagus, bnyk info dpt.. tqkak nina
SS pun dah cuba sebagai masker dan bedak sejuk! Ternyata lain dari yang lain rasa pakai
Mujur ada bedak asmak kan?
Info penting nii.. kena take note !
terima kasih kak nina sebab share !
🙂
http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html
Bersabar ya jika anak anda mengalami penyakit ekzema..
In Sha Allah mampu sembuh..
aiyorkk… meremang tgk gmbar yg kat rambut tu… huhuhu… penyakit kulit ni mcm x bahaya tp ksian giler kalau sape yg kena terutama bebudak sbb mmg sgt x selesa…
tahniah akak mng contest nih…