Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan
March 2, 2018August 9, 2022

Stress nya bila anak cerewet makan! Apa nak buat ni…??

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan

Isi Kandungan hide
1 Stress! Anak cerewet makan
2 Eilhan picky eater / cerewet makan
3 Nak makan pun banyak drama!
4 Cuba solusi anak picky eater – Bonnisan Himalaya
5 Kebaikan dan kelebihan Bonnisan Himalaya
6 Bahan dalam Bonnisan
7 Apa rasa Bonnisan? Sedap ke?
8 Cara consume Bonnisan
9 Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan
10 Testimoni Nina
11 Yeayyy. ..!! Mama happy
12 Kat mana nak beli Bonnisan?
13 Related posts:
14 Resepi mudah tatkala kebuntuan tak tau nak masak apa.. Ayam Masak Halia Chinese Style
15 Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...
16 Pizza Simple Roti Pita
17 Satay Ayam Goreng dan Capsicum

Stress!  Anak cerewet makan

Stress nya bila tengok anak kita cerewet bab makan ni. Kadang tu asal makan jer tak pernah habis! Tak pernah licin pinggannya. Mesti ada baki lebihan.

Awat laaaa gini. Stress mama… Tengok kerenah anak tak mau makan,  boleh bikin   darah naik,  pastu rasa mendidih tuu boleh automatic  transfom mama  jadi incredible hulk gamaknya. Mak kau hijo gitu!

Korang pun tentu pernah alami situasi yang sama kannn…? Bukan apa, rasa nya semua mak mak pun tak sukakan pembaziran. Nina pantang tengok rezeki tak habis. Eeeeeewwww… Tak suka tak suka!

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan

Eilhan picky eater / cerewet makan

Boleh dikatakan anak-anak Nina semua picky eater. Kalau timbang berat semua bawah garisan.  Doktor tenung macam kita tak bagi anak makan jer … Sedey tau! Tak tahu  kita dah bertungkus  lumus siapkan makanan,  bagi makan. Macam-macam laaa dah buat.

Cuma bila dah besar sikit dalam 4tahun derang dah mula menghargai makanan. Chewah.. Padahal mama nya dok ulang ayat iklan. Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Gitu! Terus kesian kat petani, pastu kasi licin pinggannya. Hahaa…

Nak makan pun banyak drama!

Buat masa sekarang, dak Eilhan selalu bikin mama stress bila tiba nya masa makan. Aduyai… Macam-macam episod ada nak kasi dia makan. Kadang Nina terpaksa sogok dia dengan janji manismu. Pastu terpaksa laaa tunaikan. Huhuuu

Tak semua benda dia nak makan dengan rela. Kena layankan dia makan, kadang tu kena suap. Tu pun tak habis. Sedey tengok baki yang tinggal. Akhirnya mama dia yang habiskan. Sian mama lak gemoks. Acaner? Huhuu

Cuba solusi anak picky eater – Bonnisan Himalaya

Kat facebook dok ulang lalu testimoni Himalaya Bonnisan. Pastu masa Nina pi Butik Himalaya stok lak habis. Promoter dia kata, Bonnisan memang cepat sold out!

Hurmm… Hati meronta-ronta nak cuba kat Eilhan. Tentu bagus ni. . Ramai dok ulang beli. Lagipun Nina yakin dengan produk dari Himalaya sebab Nina amalkan Shatavari Himalaya untuk milk booster dan ia berkesan!

Bonnisan Himalaya ni boleh diambil tuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 10 tahun. Memang sesuai laaa tuk Eilhan. Boleh share ngan kakak Yana yang susah gak bab makan ni. Huhuu…

Sebelum tu Nina dok google manfaat dan kebaikkan Bonnisan. Baca gak testimoni orang lain yang dah cuba. So far semua berjaya buat anak depa suka makan dan pastu anak depa tembam semula.

Nah… Nina share ngan korang lak kebaikkan yang ada dalam Bonnisan Himalaya ni.

Kebaikan dan kelebihan Bonnisan Himalaya

1- Perangsang selera makan yang berkesan.
2- Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
3- Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
4- Membantu penambahan berat badan.
5- Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
6-Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.
7- Bonnisan terbukti selamat 100%, HALAL dan bebas daripada alkohol dan natrium bikarbonat.

Kot korang nak lagi details, nah… Nina share bahan ingredients dalam Bonnisan ni. Manalah tau kot kot doktor ke, pharmaceutist ke yang baca cerita Nina ni kannn…?

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Bahan dalam Bonnisan

Berasaskan dari ekstrak tumbuhan iaitu Tinospora cordifolia (stem),Piper Longum (fruit),Cichorium intybus (seed),Terminalia Chebula (fruit),Achillea millefolium, (seed),Tribulus terresstrics (fruit),capparis spinosa (bark),Emblica officinalis (fruit)Cassia occidentalis(whole plant),Elettaria cardamomum (fruit),Tamarix galica (whole plant),Boehaavia diffusa(root).

Bahan kandungan dalam Bonnisan juga bebas daripada alkohol,klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate. Bonnisan juga HALAL .

Apa rasa Bonnisan? Sedap ke?

Ahaaa… Soalan standard mak mak. Yelah… Risau kannn dah beli sekali anak tak lalu nak telan. Rugi wey…

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan

Sebelum bagi kat Eilhan, Nina rasa dulu. Ianya berbentuk cecair.  Rasa macam gula-gula berangin peppermint gitu. Tak manis pun macam sesetengah produk tu. Sedap! Ok lulus…

Masa nak suap kan Eilhan berdebar-debar gak. Siap kasitau dia, rasa gula-gula yang kakak Eillya suka makan tu. Ment_s.

Akhirnya laju jer dia minum. Syukur Alhamdulillah…

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan

Cara consume Bonnisan

Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun : 2 sudu teh
Untuk kanak-kanak 2 tahun : 2 hingga 3 sudu teh ( 3 hingga 4 kali sehari )

Goncang dulu sebelum digunakan. Di ambil selepas makan.Tak perlu simpan dalam peti ais selepas dibuka. Biar jer atas meja makan. Lepas makan bagi sesudu. Senang kannn… Letak tempat lain, kang lupa lak! Hehe

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan

Testimoni Nina

Alhamdulillah lepas seminggu Eilhan makan eh makan ke minum eh… Ok minum sebab cecair kan. Hehe..

Ok, lepas lebih seminggu Eilhan dah consume Bonnisan Himalaya ni, Alhamdulillah selera makan dia memang bertambah. Senang nak bagi makan. Tak payah suruh pun sekarang . Dia yang mintak nak makan. Aduyai… Berbunga-bunga hati Nina.

Yeayyy. ..!! Mama happy

Seronok nya tengok feed back penangan Bonnisan ni. Sekarang balik sekolah jer Eilhan dah sibuk nak makan. Pepandai dia sendiri selongkar dapur cari makanan. Nina nengok rasa nak lompat bintang awak! Hahaha

Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan

Kat mana nak beli Bonnisan?

Tak susah pun. Kalau korang nak cuba produk Bonnisan ni korang boleh beli kat Butik Himalaya. Kat farmasi pun ada! Nak lagi senang, tak payah nak drive, cari parking korang beli jer online. Settel! Bukan apa, pi farmasi ni berhantu boleh terbeli entah pe benda lain gamaknya! Korang pun sama kannn….?? Hahaa

Nah…. Korang terjah page depa beli online. Informasi lain pun banyak depa sharing dalam tu…

Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
Facebook Page: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/

Ok daaa… Usaha tangga kejayaan. Selamat menggemoks kan anak-anak! Caiyok caiyok..

Related posts:

Resepi mudah tatkala kebuntuan tak tau nak masak apa.. Ayam Masak Halia Chinese Style

Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...

Pizza Simple Roti Pita

Satay Ayam Goreng dan Capsicum

Lifestyle Parenting Review Tips anak susah makanbonnisanHIMALAYAHimalaya Malaysiaimprove appetiteNaikkan berat badan anakpicky eaterpromote weight gainTambah berat bandantambah selera anak makantips anak cerewet makan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. ina says:
    March 2, 2018 at 9:31 am

    suka tengok eilhan makan.kaknina.. takde ker ulasan dari eilhan? nak dengar dia cakap..best tengok dia bcerita tu.

    Reply
  2. azni says:
    March 2, 2018 at 9:51 am

    iman pun dah start kuat makan… heheh mak suker

    Reply
  3. mas saari says:
    March 2, 2018 at 2:19 pm

    Seronok kan bila tengok anak dah kuat makan.

    Reply
  4. Ema says:
    March 2, 2018 at 3:28 pm

    Makan jangan tak makan…nanti eilhan dah kuat makan.

    Reply
  5. Qaseh says:
    March 3, 2018 at 2:15 am

    Susah jugak kalau anak cerewet makan sebab Rayyan pun cerewet hihi nasib baik de Bonnisan

    Reply
  6. Caroline jimin says:
    August 21, 2018 at 8:19 pm

    Sesuai tak untk ank yg sllu smbelit….ada brand lain tak utk atsi smbelit?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 22, 2018 at 12:36 am

      Hai… So far Bonnissan ok for Eilhan. Sembelit ni pasal kurang take fiber and mineral water. Sayur. Oh sayur…. Anak payah makan sayur kan? Huhuu…
      My experience, anak sembelit Nina bagi betik atau prune. Efektif!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes